Pesan buat Diriku yang sering lupa..
Salah satu cara untuk menghindari maksiat ialah dengan sentiasa bermuhasabah.
Apa maksud muhasabah?
Muhasabah ialah suatu tindakan yang penuh teliti terhadap segala tingkah laku agar tidak mendatangkan kemurkaan Allah. Jadi, setiap orang yang beriman wajib melakukan muhasabah atau memperbaiki diri dalam setiap tindakan agar sifat tercela tidak bersarang didalam hatinya.
Firman Allah dalah surah Al-Mujahadah ayat 6 yang bermaksud:
"Pada hari Allah membangkitkan mereka, lalu dikhabarkanNya apa-aoa yang telah mereka kerjakan.
Allah telah menghitungkannnya tetapi mereka melupakannya. Allah menjadi saksi atas setiap sesuatu"
Firman Allah dalam surah Al-Qasas Ayat 77 yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu berbuat bencana di muka bumi ini. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang
yang berbuat bencana"
Muhasabah perlu disusuli dengan sifat membersihkan diri, jiwa dan pemikiran, menerima nasihat serta sentiasa memohon petunjuk dan hidayah di samping memohon keampunan Allah.
Kesimpulannya, muhasabah memainkan peranan penting dalam kehidupan orang yang beriman kerana ia dapat meningkatkan tahap keimanan dan ketakwaan kepada Allah dengan sentiasa memelihara diri daripada berbuat sebarang kemungkaran dan larangan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment