Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Apabila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.Sujud syukur merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat.
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Dari Abu Bakrah: Apabila RASULLULLAH S.A.W menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).
Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat NABI MUHAMMAD S.A.W. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau RASULLULLAH S.A.W dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi RASULLULLAH S.A.W untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.
Sejenak kemudian RASULLULLAH S.A.W mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang bingung ?"
Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.
Akhirnya RASULLULLAH S.A.W menyatakan yang maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (RASULLULLAH) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)
Berdasarkan Sunnah Nabi itu, maka ianya tidak hairanlah apabila para Sahabat sering melakukan sujud syukur tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan. Amalan sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan kesyukuran atau terima kasih kepada ALLAH S.W.T.
Apabila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.Sujud syukur merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat.
Cara Sujud Syukur
Menurut Dr Wahbah Zuhaily di dalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan dii atas kenderaan jika seseorang dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun di dalamnya iaitu:
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah di luar solat.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama' mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdoa setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."[ Rujukan : Al-Ahkam.net]
Maksud bacaan doa sujud tilawah/syukur:
"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta"
No comments:
Post a Comment