Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Thursday, January 26, 2012

ANDAI TERLAJAK LAKU



Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada kesilapan terutama dengan orang sekeliling.Kadangkala tanpa kita sedar, kita telah melukakan hati ibu bapa, suami dan anak-anak.Ada ketikanya dalam bergurau senda, kita tidak sengaja telah menyinggung perasaan teman-teman sekerja dan orang lain di pejabat.

Namun andai terlajak laku, segeralah kembali ke pangkal jalan.Maka sebab itu amat penting bagi kita bermuhasabah atau menilai diri agar kita tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama.Itulah juga yang kerap disarankan al-Quran, antaranya seperti firman Allah dalam surah al-Hasyr :18 yang bermaksud :
" Wahai oang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya) dan hendaklah setiap diri melihat dan memerhatikan (muhasabah) terhadap apa yang telah dia sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (akhirat).Dan sekali lagi diingatkan, bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah amat meliputi pengetahuan-Nya akan segala apa yang kamu lakukan"
Tidak dinafikan setiap orang tidak lepas daripada melakukan kesilapan.Namun selaku orang Islam yang insaf, kita harus bertaubat dan mengubah diri.Itulah proses pembelajaran yang terbaik.


Rasulullah SAW bersabda dalam hadis riwayat Tarmizi, al-Darimi dan Ibnu Majah yang bermaksud, " Setiap insan pasti melakukan kesilapan dan sebaik-baik manusia yang melakukan kesilapan ini adalah mereka yang sentiasa bertaubat."


Pintu untuk berbuat kebaikan sentiasa terbuka.Jadi mengapa mesti bertangguh-tangguh?
Renung_renungkan...Subhanallah..

No comments:

Post a Comment