Rasulullah memperisterikan Sayiditina Khadijah Khuwailid bukan kerana status sosialnya tinggi, yang terkenal sebagai seorang hartawan lagi dermawan tetapi kerana sifat Khadijah sendiri yang mempunyai peribadi dan akhlak yang mulia.
Khadijah isteri yang mampu menyuntik semangat seorang suami dalam menyempurnakan amanah kepada Allah.Bahkan beliaulah orang yang mula-mula memeluk Islam sebelum suaminya berdakwah di kalangan sahabt yang lain.
Dalam diri Khadijah ditemui wanita terbaik; wanita yang subur dengan kasih sayang yang juga telah melahirkan anak-anak baginda iaitu al-Qasim, Abdullah, Zainab, Ruqqaya, Ummu Khulthum dan Fatimah.
Dalam perjuangan baginda menegakkan agama Islam, Khadijahlah orang yang paling banyak berkorban harta dan tenaga dalam mempertahankan baginda daripada disakiti oleh kaum Quraisy.
Begitu banyak peranan yang telah dimainkan oleh Khadijah, bahkan boleh dikatakan bahawa beliau telah menjadi tulang belakang dalam kegiatan dakwah Rasulullah.Dan brpadanan dengan jasa dan pengorbanannya itu Allah telah mengurniakannya sebuah rumah di dalam tempat yang paling mulia iaitu Syurga...
Kita kalangan Muslimah, mampukah jadi sehebat Khadijah?
Subhanallah....
Renungan buat diriku dan semua sahabat yang lain terutama Muslimah.....
Moga kita diberi kekuatan seumpama Khadijah wanita kesayangan Rasulullah s.a.w. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment