Bismillahirrahmanirrahim/بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah SAW bersabda:“Kita (umat Muhammad) adalah yang terakhir (datang ke dunia) tetapi yang terdahulu (diadili) pada hari kiamat. Kita adalah yang paling dahulu masuk syurga, padahal mereka diberi kitab lebih dahulu daripada kita sedangkan kita sesudah mereka. Kita diberikan petunjuk oleh Allah akan kebenaran yang mereka perselisihkan itu yang Allah telah tunjukkan kepada kita iaitu Hari Jumaat. Maka hari ini (Jumaat) adalah untuk kita. Besok (Sabtu) untuk kaum Yahudi dan lusa (Ahad) untuk kaum Nasrani. “
(al-Bukhari)
Huraian
1. Islam menyerlahkan perbezaan yang begitu ketara dengan agama-agama lain agar umatnya tidak terkeliru seperti membezakan arah qiblat, kitab suci, hari raya, hari kebesaran dan sebagainya.
2. Islam menetapkan bahawa hari Jumaat adalah sebagai penghulu segala hari. Ini berbeza dengan Yahudi yang membesarkan hari Sabtu dan Kristian yang membesarkan hari Ahad.
3. Perbezaan-perbezaan yang ditetapkan oleh Islam ini hendaklah diamalkan dan dihayati secara praktikal oleh umat Islam kerana dengan cara ini akan menyerlahkan lagi jati diri setiap muslim serta menjauhkan mereka daripada terpengaruh dengan adat dan budaya yang cuba dibawa masuk oleh musuh Islam.
4. Kegagalan umat Islam dalam mempromosikan Islam terhadap masyarakat bukan Islam akan mengakibatkan umat Islam dipandang hina dan Islam dipandang sepi. Dengan itu umat Islam hendaklah berhati-hati agar tidak terikut dengan semua adat dan budaya orang-orang bukan Islam sehingga membawa kepada rosaknya aqidah dan terpadamnya garisan yang telah ditetapkan oleh syarak.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
KELEBIHAN SOLAT DAN HARI JUMAAT -- TAZKIRAH
Hari Jumaat adalah antara hari-hari kemuliaan dan terpenting bagi umat Islam setaraf dengan Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji malahan keberkatannya melebihi kedua-dua hari perayaan ini.
Namun begitu, ramai manakah umat Islam yang menghormati hari ini? Ramai manakah yang dapat mengambil keberkatan dan kemuliaannya?... Ramai manakah umat Islam yang menantikan kedatangannya dengan penuh ketaqwaan dan kesyukuran kepada Allah?
Hari Jumaat ini pasti akan datang pada setiap minggu sehinggalah hari kiamat kelak. Dan Allah sangat menegaskan supaya mendatangi hari jumaat dan tinggal semua perkara dunia
Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala :
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya), " (Al-Jumu'ah:9)
KEUTAMAAN HARI JUMAAT
1) Sebaik-baik hari
Sabda Nabi Shalallaahu 'alaihi wa sallam : “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 )
2) Hari Kiamat datang pada hari Jumaat.
Rasulullah s.a.w menjelaskan, “Tidaklah makhluk melata kecuali pasti sangat cemas pada hari Jumaat sejak subuh tiba hingga matahari terbit, kerana takut jika kiamat datang. Kecuali manusia dan jin.” (HR Ibnu Hibban).
3) Pada hari Jumat ada saat dikabulkannya Doa
Rasulullah s.a.w bersabda “Pada hari itu ada saat dimana tidaklah seorang hamba yg muslim berdoa sedang ia juga mendirikan solat, lalu ia memohon kepada Allah sesuatu kecuali ia akan diberi.” (Hr. Bukhori)
4) Hari Pengampunan Dosa
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dari solat sampai sholat pada solat 5 waktu dan Jumaat sampai Jumaat,dari Ramadhan sampai ramadhan berikutnya adalah penebus dosa dosa di antaranya jika pada masa itu dosa dosa besar dijauhi.” ( HR. Muslim ).
PERSEDIAAN SEBELUM MENDATANGI JUMAAT
1) Mandi dan berwangi-wangian (bagi lelaki saja).
Rasulullah s.a.w berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wewangian jika mempunyainya.” (Shahih, al-Bukhari:880, Muslim:846). Mandi Jumaat ini disunaahkan bagi setiap muslim pria yang telah baligh, tetapi tidak wajib bagi anak-anak, wanita, orang sakit dan musafir. Sedangkan waktunya adalah sebelum berangkat sholat Jumat. Adapun tata cara mandi Jumaat ini seperti halnya mandi janabah biasa. Rasulullah bersabda yang artinya, “Barang siapa mandi Jumaat seperti mandi janabah.” (HR. Bukhari dan Muslim)
2) Memperbanyak shalawat kepada Rasulullah s.a.w
Nabi s.a.w bersabda : “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (Shahih, Abu Daud:1047, dishahihkan oleh al-Arnaouth)
3) Memperbanyak berdoa terutama di akhir waktu Asar.
Rasulullaah s.a.w bersabda : “Pada hari Jumaat terdapat dua belas jam, pada waktu itu tidaklah seorang hamba Muslim memohon sesuatu kepada Allah melainkan Dia akan memakbulkannya. Oleh kerana itu, carilah ia di akhir waktu setelah solat Asar.” (Shahih Abu Daud: 1048, di shahihkan oleh al-Hakim, adz-Dzahabi, an-Nawawi dan al-Albani)
4) Membaca surah al-Kahfi.
Rasulullah s.a.w berkata: “Barang siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia akan disinari cahaya di antara dua Jumaat.” (Shahih, al-Hakim:3392, dishahihkan oleh al-Albani)
5) Bersegera dengan berjalan kaki ke masjid.
Kata Nabi Muhammad s.a.w : “Barang siapa yang mandi pada hari Jumaat (seperti mandi janabat), kemudian bersegera dengan berjalan kaki, tidak menaiki kenderaan, dan mendatangi imam lalu mendengar (khutbah) dan tidak bermain-main, maka adalah baginya setiap langkah (bersamaan) amalan puasa dan solat selama setahun.” (Shahih Sunan Abi Daud: 345, al-Albani menshahihkannya)
6) Memenuhi shaf terdepan.
Kata Nabi s.a.w : “Jika kalian atau mereka mengetahui apa yang terdapat di hadapan shaf paling depan, nescaya akan dilakukan undian. [untuk mendapatkan shaf terdepan]” (Shahih, Muslim:439)
7) Solat tahiyyatul masjid apabila tiba di masjid, walaupun imam sedang berkhutbah.
Nabi s.a.w bersabda: “ Jika salah seorang dari kalian tiba (di masjid) pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka solatlah dua rakaat dan ringkaskanlah solat tersebut.” (Shahih, Muslim:875)
8) Solat Sunnah Setelah Solat Jumaat
Rasulullah s.a.w bersabda yang artinya, “Apabila kalian telah selesai mengerjakan solat Jumaat, maka solatlah empat rakaat.” Amr menambahkan dalam riwayatnya dari jalan Ibnu Idris, bahwa Suhail berkata, “Apabila engkau tergesa-gesa kerana sesuatu, maka solatlah dua rakaat di masjid dan dua rakaat apabila engkau pulang.” (HR. Muslim, Tirmidzi)
APA YANG TIDAK HARUS DILAKUKAN JIKA MENDATANGI JUMAAT
1) Datang terlambat ke masjid.
Kata Rasulullah s.a.w : “Pada hari Jumaat para malaikat duduk di pintu-pintu masjid, bersama mereka lembaran-lembaran catatan. Mereka mencatat (orang-orang yang datang solat), apabila imam telah keluar (untuk memberi khutbah), maka lembaran-lembaran itu ditutup.” (Hadits Hasan, Ahmad:21756, dinilai Hasan oleh al-Albani)
2) Membaca al-Quran atau memasang rakaman bacaan al-Quran dengan kuat.
Kata Nabi s.a.w: “Ketahuilah sesungguhnya kalian semua bermunajat kepada Tuhan. Oleh kerana itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lainnya, dan janganlah sebahagian mengangkat suara atas yang lainnya dalam membaca al-Quran”, atau baginda berkata “di dalam solat.” (Shahih, Abu Daud:1332, dishahihkah oleh Ibn Abdil Barr dan al-Alb
3) Bermain tasbih, bersiwak dan lain-lain ketika mendengar khutbah.
Nabi s.a.w bersabda : “Barangsiapa memegang batu kerikil [ketika khutbah], maka dia telah berbuat hal yang sia-sia.” (Shahih, Muslim:857)
4) Masih melakukan urusan keduniaan apabila azan telah berkumandang.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala : “Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui ”
(Surah al-Jumuah:9)
5) Bercakap ketika sedang ada khutbah.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Jika engkau berkata kepada teman engkau “Diam” pada hari Jumaat dan imam sedang berkhutbah, maka engkau telah membuat sesuatu yang sia-sia.” (Sahih,al-Bukhari:934, Muslim:851)
6) Bersandar ke dinding dan tidak menghadap khatib.
Kata Ibn Mas’ud r.a: “Jika Rasulullah SAW sudah berdiri tegak di atas mimbar, maka kami menghadapkan wajah kami ke arah beliau.” (Hasan, at-Tirmizi:509, disahihkan oleh al-Albani)
7) Duduk dengan Memeluk Lutut Ketika Khatib Berkhutbah
“Sahl bin Mu’ad bin Anas mengatakan bahawa Rasulullah melarang Al Habwah (duduk sambil memegang lutut) pada saat solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah.” (Hasan. HR. Abu Dawud, Tirmidzi)
BAHAYANYA MENINGGALKAN SOLAT JUMAAT
Rasulullah s.a.w bersabda
Barangsiapa yang meninggalkan tiga (3) Jumaat kerana memudah2kannya(meremehkannya) maka Allah mencap (Nifaq) atas hatinya’’
( H.R Ahmad Al-hakim shahieh Muslim)
Rasulullah s.a.w bersabda
“Sungguh Aku berkeinginan jika dibenarkan menyuruh seseorang bershalat dengan para jemaah,kemudian aku pergi membakar rumah2 mereka yang tidak mahu menghadiri Jamaah JUMAAT beserta dengan mereka sendiri”
(H.R Ahmad Muslim Shahieh Muslim)
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)
No comments:
Post a Comment