Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Sunday, December 18, 2011

TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU WAHAI SI IBU




بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم 

Catatanku malam ini hanyalah perkongsianku ketika menghadiri majlis ilmu pagi tadi sekadar pesanan buat para ibu yang memiliki anak perempuan. Tunaikanlah tanggungjawab kalian sebagai seorang ibu untuk mengajarkan doa ini kepada anak2 gadis kalian yang menempuhi alam haidnya yang pertama. Jom kita kongsi sama-sama....



Riwayat daripada Saiyidina Aishah r.a dari kitab Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar yang dikarang oleh  Osman Bin Hasan Ahmad As Sakiril Khubuwi ;

” Tidak ada seorang perempuan yang kedatangan haid melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia membaca doa (di bawah) pada hari yang pertama, maka menulis Allah baginya terlepas daripada api neraka dan dapat lalu di atas titian Sirat dengan selamat dan aman daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala baginya dengan tiap satu hari dan satu malam akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid. manakala adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala di dalam masa haidnya.”



"Alhamdulillahi `Alaa Kulli Haalin Wa Astaghfirullaha Min Kulli Zanmbin"




Ertinya:

Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku

memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.


No comments:

Post a Comment