بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Dari Surah al-Baqarah:Ayat 201..
Umat Islam digalakkan berdoa untuk kebaikan di dunia dan di akhirat.Manusia hanya mampu berusaha,segala ketentuan adalah daripada Allah S.W.T.Memohon sesuatu daripada Allah S.W.T hendaklah disertai dengan perasaan insaf, jujur,dan ikhlas supaya mendapat petunjuk dan hidayah-Nya..
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:
Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!
Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:
a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:
Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...(Surah Yunus ayat 10)
*Setiap Muslim hendaklah berdoa kepada Allah S.W.T untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
*Islam menegah seseorang itu hanya berdoa sahaja tanpa berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu hajat.
Ya Rahman..Ya Rahim...
Panjatkanlah doa semoga seluruh umat Islam selamat daripada apa jua bencana dan wabak durjana.
Ya Allah..
Ampunilah dosa-dosa kami,
Lindungilah kami daripada segala bencana dan penyakit-penyakit yang berjangkit,Jadikanlah kami, hambaMU yang sentiasa taat dan tabah dalam menghadapi dugaan,Bantulah kami dalam memperbaiki amalan dan perlakuan kami,
Bantulah kami dalam meningkatkan keimanan kepadaMU,
Ya Allah,
Ya Allah,
Bantulah kami dalam menjadi hambaMU yang taat dan patuh kepadaMU, Ya Allah..
Ya Rahman..Ya Rahim...
Permudahkan kami dalam menghadapi dugaanMU,
Ya Allah...
No comments:
Post a Comment