Firman Allah S.W.T: Yang bermaksud:
”Dan dirikanlah sembahyang itu semata-mata untuk mengingati Daku”.
(S. Thaha: 14).
Sembahyang adalah pengabdian seorang hamba kepada Allah S.W.T. Berdasarkan maksud ayat ini sembahyang adalah jalan bagaimana untuk kita sentiasa mengingati Allah Ta’ala. Sekali gus sembahyang juga merupakan tanda pengabdian dan syukur seorang hamba kepada Allah S.W.T. atas segala nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada kita. Firman-Nya:Yang bermaksud:
Hikmah Sembahyang Dalam Menghapus Dosa.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud:
”Sembahyang lima waktu dan sembahyang Jumaat hingga Jumaat berikutnya adalah penebus dosa antara jarak waktu sembahyang-sembahyang itu, selama dijauhinya dosa-dosa besar”. (HR Muslim).Sembahyang Mencegah Perbuatan Keji dan Mungkar
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:”…dan dirikanlah sembahyang. Sesungguhnya sembahyang itu mencegah daripada perbuatan keji dan kemungkaran”. (S. Al-Ankabuut: 45).
Inilah kesan kebaikan kepada orang yang benar-benar taat mendirikan sembahyang, ikhlas semata-mata kerana Allah Ta’ala, bahawa sembahyang itu menjadi benteng diri dari perbuatan keji, jahat, maksiat dan kemungkaran.
Jom...Sempurnakan Solat kita,
Bahagian 1
Bahagian 2
Bahagian 3
No comments:
Post a Comment