Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Thursday, December 1, 2011

PENGHULU ISTIGHFAR



Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

"Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan, 
Ya ALLAH, ENGKAUlah Tuhanku tiada Tuhan melainkan ENGKAU yang menjadikan aku dan akulah hambaMU dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)MU dan aku terikat dengan perjanjian denganMU semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMU segala nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMU dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali ENGKAU). 

Nabi MUHAMMAD SAW bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga".

(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)

No comments:

Post a Comment