Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Tuesday, December 13, 2011

Berterima Kasihlah-(Jazakallahu Khairan)



Sahabatku.............
Dalam sebuah hadits yang terdapat di dalam Kitab Sunan At-Tirmidzi, Rasulullah SAW. bersabda,” Barangsiapa yang diberikan suatu kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengucapkan jazakallaah khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan) bererti dia telah sempurna dalam memuji.”

Masih di dalam kitab hadits yang sama, Rasulullah SAW juga bersabda,”Barangsiapa yang diberi pemberian maka hendaklah dia membalasnya dengan itu pula. Kalau tidak maka dengan memuji, sebab dengan memuji bererti telah berterima kasih dan siapa yang menyembunyikan (kebaikan orang padanya) bererti dia telah kufur nikmat.”

Selain itu, berterima kasih kepada sesama manusia merupakan salah satu bentuk syukur atas nikmat dari Allah SWT, sebagaimana terungkap dalam hadits dari Abu Hurairah ra. bahawa Rasulullah SAW. bersabda,”Tidak dinamakan bersyukur kepada Allah bagi siapa yang tidak berterima kasih kepada manusia.”

Semoga Allah SWT. meredhai, memberkati dan membalas semua amal ibadah mereka dan memasukan mereka ke dalam syurga-Nya....

Insya Allah, Amin ya Rabbal A'lamin

No comments:

Post a Comment