Puasa, mengingatkan kita kepada situasi ulat. Belajar daripada ulat..kata orang, meskipun ulat bulu ialah sejenis binatang kecil yang sangat menjijikkan namun menakutkan meskipun ia tidak berdaya.
Bolehkah ulat mengubah dirinya
menjadi simpatik ? Ternyata boleh, iaitu dengan masuk ke dalam kepompong. Di dalam kepompong, ulat berpuasa, "berzikir"dan "bertafakkur" selama 36 hari.
Apa yang terjadi setelah itu ?.
Ulat bulu yang menjijikkan ternyata telah berubah menjadi kupu-kupu yang sangat menarik, berwarna-warni, terbang ke sana dan ke mari.
Bagi manusia yang kelakuannya menyebalkan orang lain dan ingin memperbaiki diri, belajarlah daripada ulat bulu ini, masuklah ke dalam kepompong Ramadhan, patuhi sistem berpuasa seperti kepatuhan ulat di dalam kepompong. Kenapa 36 hari ? 30 hari puasa Ramadhan masih belum cukup, tetapi harus disempurnakan dengan puasa Syawal 6 hari. Kata Nabi, barang siapa puasa Ramadhan dan ditambah dengan 6 hari puasa
Syawal maka nilainya setara dengan puasa setahun.
No comments:
Post a Comment