Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Wednesday, August 10, 2011

Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Apabila bertemu sesama rakan...

Memberi dan menjawab salam sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut di pandang kecil kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara :

1) Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam.
2) Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.
3) Apabila ia meminta nasihat darimu, hendaklah kamu menasihatinya.
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan " Alhamdulillah," maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah."
5) Apabila ia sakit, hendaklah kamu menziarahinya.
6) Apabila ia meninggal dunia, hendaklah kamu menghantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : " Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang diantara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam diantara kamu." ( HR Muslim dari Abu Hurairah r.a )

Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Wahai sekalian manusia, tebarkan salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat tahajud), nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera." ( HR At-Termidzi - hadis Hasan )

No comments:

Post a Comment