"Kenapa kita dihidupkan di dunia ini?"
Mungkin persoalan ini pernah timbul di benak hati kita. Walaupun tak banyak, sikit tu mesti ada, kan? Kita menjadi tertanya-tanya. Kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Mengapa aku yang dipilih? Apa tujuan sebenarnya?! Astagfirullah, jangan merungut mahupun mempertikaikan itu semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk atas sesuatu kejadian.
Antara sebab atau tujuannya adalah:
Untuk kita bersujud menyembah Allah
Allah berfirman, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar."
[al-Bayyinah:98]
Untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini
Allah berfirman, "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kapada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-An'am: 165]
Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan
Firman Allah, "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran: 104]
Allah tidak menjadikan kita sia-sia
Firman Allah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?" [al-Mukminun:115]
Kita merupakan insan terpilih lagi istimewa yang dihidupkan di dunia ini. Maka hendaklah kita bersyukur dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul dengan penuh kegembiraan..
No comments:
Post a Comment