1. Kepelbagaian pendapat dalam hukum Islam merupakan satu kebaikan jika umat Islam tahu bagaimana hendak berinteraksi dengannya.
2. Namun sayang, kepelbagaian pendapat ini menjadi sebab pula bagi umat Islam untuk saling salah-menyalahkan, saling bida'h membida'hkan, saling sesat menyesatkan dan sebagainya.
3. Dalam satu riwayat hadis, ada disebutkan tentang sifat beberapa perkara yang boleh merosakkan. Antaranya rasa u'jub (kagum) dengan diri sendiri atau pendapat sendiri.
4. Perbezaan pendapat dalam hukum Islam sebenarnya masih lagi berdasarkan dalil dan hujah syarak. Dalil dan hujah syarak ada beberapa jenis. Perkara ini boleh dikaji dalam ilmu usul fiqah.
5. Apabila ada pendapat mengatakan sesuatu perkara haram, sudah tentu ada di sana dalil syarak. Namun selagi mana dalilnya tidak sabit secara pasti dan tidak pasti pula petunjuknya, maka sudah tentu wujud perbezaan pandangan. Maka ada pendapat akan menyatakan ia halal.
6. Jika ada pendapat ulama membida'ahkan sesuatu perkara, namun di sana masih ada ulama berpendapat bahawa ia bukan bida'ah.
7. Justeru itu, marilah kita menanam beberapa sifat yang penting. Antaranya sifat beramal berdasarkan ilmu masing-masing. Kedua, sentiasa menambahkan ilmu dengan membaca, mengkaji, mengaji dan sebagainya. Ketiga, berlapang dada dalam persoalan yang masih menjadi perbezaan pendapat para ulama.
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)
No comments:
Post a Comment