Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Monday, August 22, 2011

Kasihnya Ibu dan Bapa Bawa ke Syurga

Salam untuk semua, semoga dirahmati Allah

Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.

Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.

Rasulullah menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira sama ada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Melalui nas ini jelas menunjukkan, berbakti kepada ibu bapa bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang wajib dilakukan. Sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa agar sentiasa akrab meskipun sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri. Perbuatan derhaka amatlah dilarang sama sekali dan mereka yang menderhaka akan mendapat dosa besar. Dalam satu hadis ada menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi SAW pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi saw bernama Alqamah, seorang yang taat dan rajin beribadat; mendirikan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Namun pada saat kematiannya Alqamah sangat menderita. Begitu sulit hendak menghadap Allah SWT. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan kalimah tauhid sungguhpun setelah ditalqin yakni diajarkan oleh para sahabat. Ini adalah kerana Alqamah lebih mengutamakan dan terlalu cintakan isterinya sehingga mengabaikan ibunya.

Di akhir hayat Alqamah, ibunya tidak memaafkannya kerana masih berkecil hati dengan Alqamah. Melihat keadaannya yang nazak, Nabi memerintahkan sahabat untuk mengumpul kayu api sebanyaknya untuk membakar Alqamah, Maka pada saat itulah, cinta seorang ibu yang telah lama terkubur dalam hatinya mulai hidup dan bersemi lagi, akhirnya ibu Alqamah memaafkannya dan Alqamah dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Redha Tuhan (Allah) ada dalam redha kedua-dua ibu bapa dan kemurkaanNya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

Sekadar renungan buat semua.. sudahkah kita berbakti kepada kedua-duanya?


Renungkanlah dan Ingatlah...

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya;  ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah  kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. Luqman, 31:14)

Sunday, August 21, 2011

INDAHNYA ANDAI MENJADI WANITA SOLEHAH

Beritahu kepada muslimah itu
Jaga pakaian;
Ia cermin peribadi,
Juga lambang bangsa,
Di mana dan dalam keadaan macam manapun,
Biar orang kenal…
Dia orang ISLAM
Beritahu kepada muslimah itu
Simpan secebis malu;
Kerana malu itu sebahagian daripada iman.

Indahnya andai menjadi wanita Solehah..
Lembut wanita sebab senyumannya..
Cekal wanita sebab beraninya...
Patuh wanita sebab kesetiaannya..
Sabar wanita sebab keimanannya..
Kasih wanita sebab belaiannya..
Lemah wanita sebab air matanya...
Ikhlas wanita sebab simpatinya...
Pendendam wanita sebab cemburunya...
Sayang wanita sebab sifat keibuannya..
Tanpa wanita sebagai sayap kiri perjuangan Islam..lelaki akan mnjadi lemah..
Wallahualam..

Semoga kita tergolong dalam golongan wanita Solehah..Amin ya Rabbal Aalamin

JANGAN BERPUTUS ASA KEPADA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
لَا يَكُنْ تَأَخُّرُ اَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الاِلْحَاحِ فِى الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لك الاِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لَا فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِى يُرِدُ لَا فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ
“Tertundanya pemberian setelah doa itu dipanjatkan dengan berulang-ulang, hal itu jangan menimbulkan putus asamu kepada Allah. Sebab, Allah telah menjamin diterimanya do’a, akan tetapi mengikuti pilihan Allah untukmu bukan mengikuti pilihanmu untuk dirimu dan di dalam waktu yang dikehendaki Allah bukan di dalam waktu yang engkau kehendaki”.

Berdoa adalah salah satu kewajiban seorang hamba kepada Tuhannya. Allah s.w.t berjanji akan mengabulkan do’a-do’a tersebut sebagaimana firmanNya:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong-kan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (QS. al Mu’min(40)60)

Ketika seseorang hamba berdoa kepada Allah s.w.t dengan sungguh-sungguh, terlebih lagi doa itu dilaksanakan dengan istiqamah (terus-menerus), maka doa tersebut akan dikabulkan. Demikian itu karena Allah s.w.t sudah berjanji, maka sedikitpun Allah s.w.t tidak akan mengingkari janji-janji-Nya.

Tuesday, August 16, 2011

KONGSI RESIPI-Bebola Biskut Marie


Sumber : Citarasawan

Bahan-bahan
  • 150gm biskut marie-di hancurkan
  • 60gm coklat masakan, dicairkan
  • 50gm jem (ikut suka)
  • 50ml susu segar
Hiasan : Manik gula, coklat rice atau kekacang



Cara-cara :
  1. Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata. Panaskan susu segar tetapi jangan sampai mendidih.
  2. Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  3. Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong dan golek dengan bahan hiasan.
Perkongsian dari Riezanie's Resipi


Monday, August 15, 2011

ANTARA PEREMPUAN SOLEHAH DAN BIDADARI SYURGA

Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.
Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?
Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.
BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”
Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”
Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”
“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.
“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”
Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.
“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”
Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”
Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”
NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

RUJUKAN:
1.  Burhan Sodiq. Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu; Kemilau Publika Sdn. Bhd; 2009.
2.  Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga. http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/496-wanita-solehah-lebih-baik-daripada-bidadari-syurga.html

Sumber: PSIPUM

Friday, August 12, 2011

Doa Keinsafan & Kemantapan Iman & Kecemerlangan

1.Tips Membakar Semangat Belajar
Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Ba’its
(Yang Maha Membakar Semangat)

Sambil Berdoa:

Ya Allah Ya Ba’its Yang Maha Membakar Semangat, hambaMu ini sangat lemah semangat, bakarkan semangatku untuk membolehkan daku belajar dengan penuh semangat.

2. Tips Menundukkan Hawa Nafsu

Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Qohhar
(Yang Maha Menundukkan Nafsu dan Ego)

Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Qohhar, sesungguhnya Engkau Maha menundukkan nafsu dan ego hamba-hambaMu, kami ini hamba-hambaMu seringkali kalah dengan hawa nafsu kami sehingga melakukan banyak kesalahan terhadapMu. Kami merintih kepadaMu agar Engkau menundukkan nafsu dan ego kami agar kami mampu melakukan agendaMu.


3. Tips Mendapatkan Ilmu Kebijaksanaan & Kecerdasan

Seru Nama Allah (40X selepas solat dan sebelum belajar / kelas bermula).
  • Allah Ya Alim ( Yang Maha Berilmu)
  • Allah Ya Hakim ( Yang Maha Bijaksana)
  • Allah Ya Rashid ( Yang Maha Cerdas)
Sambil Berdoa:

Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, bijaksana dan cerdas, kami ini hambaMu yang jahil merayu dan merintih akan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kecerdasanMu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu di dunia ini.


4. Tips Mengatur Jadul Hidup & Belajar

Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Baari’
(Yang Maha Mengatur Jadual)

Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Baari’, sesungguhnya Engkau Maha mengatur jadual hidup hamba-hambaMu ini, kami ini hambaMu yang tidak mampu mengatur jadual hidup kami sendiri. Kami menyerahkan seluruh jiwa raga kami kepadaMu untuk Engkau aturkan dengan agenda dan jadualMu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu.


5. Tips Menyucikan Kekotoran Pada Jiwa

Seru Nama Allah (40X selepas setiap solat)

  • Allah Ya Quddus Ya Jalil
( Yang Maha Menyucikan dan Yang Maha Menjernihkan)

Sambil Berdoa:

Ya Allah Quddus Ya Jalil, Engkau Maha Menyucikan dan menjernihkan, sucikan dan jernihkan jiwaku yang kotor ini. Bersihkan penyakit malas, pentingkan diri, mengikut hawa nafsu, pentingkan dunia yang menghinggapi jiwaku ini agar jiwaku bersih dan mampu untuk taat kepadaMu.


6. Tips Mengingat Dalam Peperiksaan

Seru Nama Allah (40X selepas setiap solat dan sebelum masuk dewan peperiksaan)

  • Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan)
  • Allah Ya Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk)
  • Allah Ya Nur (Yang Maha Memancarkan Cahaya)
  • Allah Ya Baari’(Yang Maha Mengatur)


Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Zohir, yang Maha Menampakkan, nampakkan kepadaku jawapan-jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan ini.

Ya Allah Ya Haadi, yang Maha Memberi Petunjuk, berikanlah petunjuk kepada jawapan bagi soalan ini.

Ya Allah Ya Nur, yang Maha Memancarkan Cahaya, pancarkan cahayaMu dalam fikiranku agar daku nampak jawapan-jawapan bagi soalan-soalan ini.

Ya Allah Ya Baari’, yang Maha Mengatur, aturkan jari-jari tanganku untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.

Insya Allah aamiin ya Allah.

Thursday, August 11, 2011

Kasih Dan Cinta Dalam Islam

                                                                                           
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta ditanya,
“Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”,
maka dijawabnya,
“Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,”
Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yangtepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikatcinta.Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengahjalan?Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.

Wednesday, August 10, 2011

Andai Ini Ramadhan Terakhir

Tulisan ini bukan nukilan kusendiri tetapi karya indah ini begitu menyentuh hati. Sengaja kukongsikan di sini andai ada kelapangan pasti kuulang2 membacanya..

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu..merayu. ..kepada- NYA Tuhan yang satu

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjakan.. .sungguh khusyuk lagi tawadhu’
tubuh dan qalbu…bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil… menangisi kecurangan janji

“innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil ‘alamin”
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang…bakal kau syairkan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan
bertarawih.. .berqiamullail. ..bertahajjud. ..
mengadu…merintih. ..meminta belas kasih

“Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU
tapi…aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU”


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang
mari kita meriahkan Ramadhan
kita buru…kita cari…suatu malam idaman
yang lebih baik daripada seribu bulan
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir
mempersiap diri…rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan …lorong-lorong redha Ar-Rahman

Duhai Ilahi….
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti…paling berseri…
menerangi kegelapan hati kami
menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman…
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia …meminta belas-NYA

Wahai tuhan ku tak layak ke Syurgamu … namun tak pula aku sanggup ke Nerakamu … kami lah hamba yang mengharap belas darimu “Ya Allah jadikanlah kami hamba2 Mu yang bertaqwa..ampunkan dosa2 kami,kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia” Amin…..

Andai benar ini Ramadhan terakhir buatku..
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH KULAKUKAN

Sunnah Berbuka Puasa


1. Bilakah waktu berbuka ?

- Apabila tenggelam matahari

2. Menyegerakan berbuka (tidak menangguhkannya)

- Dari Amru bin Maimun Al-Audi, telah berkata:

[ كان أصحاب محمد أسرع الناس إفطارا و أبطأهم سحورا ]


Maksudnya : ” Sesungguhnya sahabat Muhammad adalah orang yang paling cepat berbuka dan paling lambat bersuhur ” [HR Abdurrazzaq : 7591]

- Mengapakah perlu segera berbuka ?

a. Dapat menghasilkan kebaikan

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

[ لا يزال الناس بخير ما ععجلوا الفطر ]

Maksudnya : ” Manusia tidak akan sunyi dari kebaikan selama mana menyegerakan

berbuka puasa ” [HR Al-Bukhari : 1856, Muslim : 1093]

b. Ia merupakan sunnah Rasulullah r :

- Dari Sahl bin Sa’d, Nabi r telah bersabda :

[ لا تزال أمتي على سنتي ما لم تنتظر بفطرها النجوم ]
Maksudnya : ” Umatku akan sentiasa dalam sunnahku selama mana mereka tidak

menunggu bintang untuk berbuka puasa “. [HR Ibnu Hibban : 891]

c. Mengelakkan dari menyerupai amalan yahudi dan nasrani

- Dari Abu Hurairah, Nabi r bersabda :

[ لا يزال الدين ظاهرا ما عجل الناس الفطر، لأن اليهود و النصارى يؤخرون ]

Maksudnya : ” Agama ini akan sentiasa menang selama mana manusia menyegerakan

berbuka, kerana yahudi dan nasrani mengakhirkannya “. [HR Abu Daud : 2353]

3. Berbuka sebelum solat maghrib

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطرقبل أن يصلي ]

Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka sebelum solat “. [HR Abu Daud : 2356]

4. Dengan apa berbuka ?

- Dari Anas bin Malik :

[ كان النبي صلى الله عليه وسلم يفطر على رطبات قبل أن يصلي ، فإن لم يكن رطبات فتمرات ، فإن لم يكن تمرات ؛ حسا حسوات من ماء ]
Maksudnya : ” Sesungguhnya Nabi r berbuka puasa dengan beberapa kurma basah (ruthob) sebelum solat (maghrib), sekiranya tidak ada kurma basah (ruthob) Baginda berbuka dengan beberapa tamar (kurma kering), jika tidak ada tamar (kurma kering), Baginda meneguk seteguk air “. [HR Abu Daud : 2356]

5. Apakah doa berbuka puasa ?

- Berdoalah dengan apa-apa doa pun, cuma alangkah baiknya kita dapat mencontohi doa Rasulullah r,

kerana Baginda r tidak akan melafazkan sesuatu melainkan padanya pasti ada kebaikan. Sesungguhnya doa orang yang berpuasa sebelum berbuka adalah doa yang mustajab insyaAllah, sebagaimana diriwayatkan dari Abu Hurairah, telah bersabda Rasulullah r :

[ ثلاثة لا ترد دعوتهم : الصائم حين يفطر، و الإمام العادل، و دعوة المظلوم ]

Maksudnya : ” Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka : Orang yang berpuasa di saat berbuka,

imam yang adil, dan orang yang dizalimi “. [HR At-Tirmidzi : 2526]

- Doa yang thabit serta shahih dari Nabi r ketika berbuka adalah :

[ ذهب الظَمَأُ وابتَلَّتِ العُروق، وثَبَتَ الأجر إن شاء الله ]

Maksudnya : ” Telah hilang dahaga, telah basah urat-urat, dan telah ditetapkan pahala insyaAllah ” [HR Abu Daud : 2357]

- Adapun doa :

[ اللهم لك صمت، وعلى رزقك أفطرت ]

Maksudnya : ” Ya Allah, ya Tuhan kami, kerana-Mu kami berpuasa, dan atas rezeki-Mu kami berbuka”.[HR Abu Daud : 2358]

Hadis yang menyebut tentang doa ini, adalah dari riwayat Mu’az bin Zuhrah. Beliau bukan sahabat sebaliknya beliau adalah tabi’in (generasi selepas sahabat Nabi r). Tetapi beliau telah meriwayatkan hadis ini secara langsung dari Nabi r. Dalam ilmu mustolah, hadis ini dikenali sebagai hadis mursal, kerana tabi’in meriwayatkan dari Nabi r sedangkan dia tidak pernah bertemu dengan Nabi r. Hadis mursal mengikut muhaddithin adalah hadis yang lemah dan tidak boleh dijadikan hujjah. Syeikh Salim ‘Eid Al-Hilali dalam Nailul Authar Bi Takhrij Ahadisil Azkar, menyebut : Sanad hadis ini lemah kerana 3 kecacatan :

1. Mu’az bin Zuhrah tidak dikenali (مجهول)
2. Hadis ini mursal, kerana Mu’az adalah tabi’i
3. Perawi dari Mu’az adalah seorang lelaki yang tidak diketahui namanya (مبهم)

Oleh itu, untuk menyandarkan doa ini kepada Nabi r adalah salah sama sekali!! Sebaliknya, jika seseorang itu ingin berdoa tanpa menyandarkannya kepada Nabi r, maka perkara itu dibolehkan. Tetapi alangkah baiknya, melafazkan kalimah yang dilafazkan oleh manusia yang paling mulia iaitu Rasulullah r.

6. Dianjurkan memberi makan untuk orang berbuka puasa

- Nabi r bersabda :

[ من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من أجر الصائم شيئا ]

Maksudnya : ” Barang sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun dari pahalanya ” [HR At-Tirmidzi : 804, Ibnu majah : 1746]

- Apakah doa untuk orang yang memberi makan kepada kita ?

Antaranya: dari Miqdad, Nabi r bersabda :

[ اللهم أطعم من أطعمني، و اسق من سقاني ]

Maksudnya : ” Ya Allah ya Tuhan kami, berilah makan kepada orang yang memberi makan kepada kami, dan berilah minum kepada orang yang memberi minum kepada kami “. [HR Muslim : 2055].
Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl
Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

Apabila bertemu sesama rakan...

Memberi dan menjawab salam sesama Muslim merupakan hak yang tidak patut di pandang kecil kerana ia salah satu jalan mencetuskan persaudaraan dan perpaduan, di samping ia merupakan syariat dan cara hidup orang mukmin. Oleh itu apabila bertemu sesama Islam hendaklah saling memberi dan menjawab salam.

Imam Muslim meriwayatkan hadis dari Abu Hurairah r.a bahwasanya Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Hak seorang Muslim kepada Muslim lainnya ada enam perkara :

1) Apabila engkau bertemu dengannya, ucapkanlah salam.
2) Apabila ia mengundangmu, maka kabulkanlah.
3) Apabila ia meminta nasihat darimu, hendaklah kamu menasihatinya.
4) Apabila ia bersin, lalu mengucapkan " Alhamdulillah," maka hendaklah kamu sambut dengan "Yarhamukallah."
5) Apabila ia sakit, hendaklah kamu menziarahinya.
6) Apabila ia meninggal dunia, hendaklah kamu menghantarkan jenazahnya ke kubur.

Menyebar salam pencetus kasih sayang sesama Muslim

Sabda Rasulullah s.a.w maksudnya : " Kamu tidak akan masuk syurga kecuali kamu beriman dan tidaklah sempurna iman kamu sehingga kamu berkasih sayang. Mahukah jika aku beritahu kepada kamu sesuatu yang apabila kamu lakukan boleh mencetuskan kasih sayang diantara satu sama lain? Iaitu sebarkanlah salam diantara kamu." ( HR Muslim dari Abu Hurairah r.a )

Dari Abu Yusuf Abdullah bin Salam r.a katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : " Wahai sekalian manusia, tebarkan salam, sentiasalah membuat jamuan makan, sambunglah silaturrahim, solatlah ketika manusia sedang tidur (solat sunat tahajud), nescaya kamu akan dapat masuk syurga dengan sejahtera." ( HR At-Termidzi - hadis Hasan )

Tuesday, August 9, 2011

Kenapa Kita Dihidupkan Di Dunia Ini

"Kenapa kita dihidupkan di dunia ini?"

Mungkin persoalan ini pernah timbul di benak hati kita. Walaupun tak banyak, sikit tu mesti ada, kan? Kita menjadi tertanya-tanya. Kenapa aku perlu hidup di dunia ini? Mengapa aku yang dipilih? Apa tujuan sebenarnya?! Astagfirullah, jangan merungut mahupun mempertikaikan itu semua. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk atas sesuatu kejadian. 

Antara sebab atau tujuannya adalah:

Untuk kita bersujud menyembah Allah
 
Allah berfirman, "Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan solat serta memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar." 
[al-Bayyinah:98]

Untuk kita menjadi khalifah di muka bumi ini
 
Allah berfirman, "Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kapada kamu. Sesungguhnya Tuhanmu amatlah cepat azab seksaNya dan sesungguhnya Dia maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." [al-An'am: 165]


Untuk kita menyeru kebaikan dan membenteras kejahatan
 
Firman Allah, "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam) dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk lagi keji) dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." [Ali 'Imran: 104]

Allah tidak menjadikan kita sia-sia
 
Firman Allah, "Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan kembalikan kepada Kami?"  [al-Mukminun:115]

Kita merupakan insan terpilih lagi istimewa yang dihidupkan di dunia ini. Maka hendaklah kita bersyukur dan melaksanakan tanggungjawab yang terpikul dengan penuh kegembiraan..

Ketika Tangan dan Kaki Berkata



Akan datang hari

Mulut dikunci

Kata tak ada lagi


Akan tiba masa

Tak ada suara

Dari mulut kita


Berkata tangan kita

Tentang apa yang dilakukannya


Berkata kaki kita

Ke mana saja dia melangkahnya


Tidak tahu kita

Bila harinya

Tanggungjawab tiba........



Subhanallah....bait-bait yang cukup menyentuh tangkai hati...
Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami sama ada yang kami sedari mahupun tidak.

Mudah-mudahan pancaindera kita terpelihara daripada segala kemaksiatan..Semoga kita akan sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah.
Insya Allah, Amin ya Allah.


Doa Antara Dua Sujud

Dengan rendah hati, nyatakanlah permohonan ampun kepada Allah melalui doa ini.
Rabbighfirli [Tuhanku, ampuni aku]

Kemudian sampaikanlah permintaan kedua,
 “Warhamni [sayangi aku]



Kemudian, berturut-turut sampaikanlah permintaan-permintaan 
Wajburnii [tutuplah aib-aibku]
Warfa’nii [angkatlah darjatku]
Warzuqnii [berilah aku rezeki]
Wahdinii [berilah aku petunjuk]
Wa’Aafinii [sihatkan aku]
Wa’fuannii [maafkan aku]

Setelah selesai, diamlah sejenak, kemudian lahirkan rasa syukur kita kepada Ya Rabbi.
Ulangi permintaan itu beberapa kali hingga kita merasakan ketenangan.

Sekian, renung-renungkan dan sampaikanlah.
Ilmu yang ada tidak banyak sekadar berkongsi.

Doa Untuk Elakkan Lupa


Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .

"Ya-Allah, tambahkanlah buat kami jangan Engkau kurangkan, muliakanlah kami jangan dihina, berilah kami jangan ditahannya, dan pilihlah kami jangan Engkau biarkan, dan redailah kami dan redailah pula semua usaha kami." [riwayat Tarmizi]


[google mari]

Menurut Ahmad al-Tarmizi, doa ini dibaca oleh Rasulullah sebaik sahaja selesai menerima wahyu. oleh sebab itu, kita digalakkan membaca doa ini semasa memperoleh ilmu agar dikurniakan keberkatan apa yang telah dipelajari menyebabkan semuanya itu terus tersemat dalam minda dan dijauhi penyakit lupa..

PUASA vs AURAT

Abu: Awak puasa?
Minah: Yela..
Abu: Kenapa awak puasa?
Minah: Bodohnya awak.. kan ALLAH suruh puasa, saya puasa la..
Abu: Kenapa tak tutup aurat?
Minah: Eh, suka hati saya la.. hak masing2..
Abu: Owh.. tp kan ALLAH yg suruh kita tutup aurat?

Janganlah menjadi hamba kepada PUASA semata-mata, tetapi jadilah hamba kepada ALLAH s.w.t. Semoga kita terpilih menjadi salah seorang hamba yang mendapat hidayah di bulan tarbiah yang penuh berkat dan rahmat ini.

Insya Allah..Amin ya Allah.

hot ! cover your aurat :)

Monday, August 8, 2011

Mencontohi Akhlak Mulia Nabi Ibrahim

Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Selawat dan salam kepada Nabi kita Muhammad, keluarga dan para sahabatnya serta orang-orang yang meneladani mereka dengan baik hingga akhir zaman.

Ada banyak pelajaran berharga yang boleh kita petik dari kisah Nabi Ibrahim ‘alaihis salam –Kholilullah (kekasih Allah)-. Di antara kisah beliau adalah ketika beliau didatangi p
ara malaikat yang akan diutus untuk membinasakan kaum Luth. Para malaikat tersebut terlebih dahulu mendatangi Ibrahim dan istrinya, Sarah untuk memberi kabar gembira akan kelahiran anak mereka yang ‘alim yaitu Nabi Allah Ishaq ‘alaihis salam. Kisah tersebut disebutkan dalam ayat berikut.

هَلْ أَتَاكَ حَدِيثُ ضَيْفِ إِبْرَاهِيمَ الْمُكْرَمِينَ (24) إِذْ دَخَلُوا عَلَيْهِ فَقَالُوا سَلَامًا قَالَ سَلَامٌ قَوْمٌ مُنْكَرُونَ (25) فَرَاغَ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِعِجْلٍ سَمِينٍ (26) فَقَرَّبَهُ إِلَيْهِمْ قَالَ أَلَا تَأْكُلُونَ (27) فَأَوْجَسَ مِنْهُمْ خِيفَةً قَالُوا لَا تَخَفْ وَبَشَّرُوهُ بِغُلَامٍ عَلِيمٍ (28) فَأَقْبَلَتِ امْرَأَتُهُ فِي صَرَّةٍ فَصَكَّتْ وَجْهَهَا وَقَالَتْ عَجُوزٌ عَقِيمٌ (29) قَالُوا كَذَلِكِ قَالَ رَبُّكِ إِنَّهُ هُوَ الْحَكِيمُ الْعَلِيمُ (30)

“Sudahkah sampai kepadamu (Muhammad) cerita tentang tamu Ibrahim (yaitu malaikat-malaikat) yang dimuliakan? (Ingatlah) ketika mereka masuk ke tempatnya lalu mengucapkan: “Salaama”. Ibrahim menjawab: “Salaamun (kamu) adalah orang-orang yang tidak dikenal.” Maka dia pergi dengan diam-diam menemui keluarganya, kemudian dibawanya daging anak sapi gemuk. Lalu dihidangkannya kepada mereka. Ibrahim lalu berkata: “Silahkan anda makan.” (Tetapi mereka tidak mau makan), karena itu Ibrahim merasa takut terhadap mereka. Mereka berkata: “Janganlah kamu takut”, dan mereka memberi kabar gembira kepadanya dengan (kelahiran) seorang anak yang alim (Ishak).” (QS. Adz Dzariyat: 24-30)

Menjawab Salam dengan Yang Lebih Baik

Dalam ayat di atas, Allah Ta’ala benar-benar memuji kekasih-Nya, Ibrahim ‘alaihis salam. Para malaikat sebagai tamu tadi, ketika masuk ke rumah beliau, mereka memberikan penghormatan dengan ucapan, “Salaaman”. Aslinya, kalimat ini berasal dari kalimat, “Sallamnaa ‘alaika salaaman (kami mendoakan keselamatan padamu)”. Namun lihatlah bagaimana jawaban Nabi Ibrahim ‘alaihis salaam terhadap salam mereka. Ibrahim menjawab, “Salaamun”. Maksud salam beliau ini adalah “salaamun daaim ‘alaikum (keselamatan yang langgeng untuk kalian)”. Para ulama mengatakan bahwa balasan salam Ibrahim itu lebih baik dan lebih sempurna daripada salam para malaikat tadi. Karena Ibrahim menggunakan jumlah ismiyyah (kalimat yang diawali dengan kata benda) sedangkan para malaikat tadi menggunakan jumlah fi’liyah (kalimat yang diawali dengan kata kerja). Menurut ulama balaghoh, jumlah ismiyyah mengandung makna langgeng dan terus menerus, sedangkan jumlah fi’liyah hanya mengandung makna terbaharui. Artinya di sini, balasan salam Ibrahim lebih baik karena beliau mendoakan keselamatan yang terus menerus. Inilah contoh akhlaq yang mulia dari Nabi Allah Ibrahim ‘alaihis salam. Kita bisa mengambil pelajaran dari sini bahwa hendaklah kita selalu menjawab ucapan salam dari saudara kita dengan balasan yang lebih baik. Sebagaimana Allah Ta’ala pun telah memerintahkan kita seperti itu dalam ayat,

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا

“Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa).” (QS. An Nisa’: 86)

Bentuk membalas salam di sini boleh dengan yang semisal atau yang lebih baik, dan tidak boleh lebih rendah dari ucapan salamnya tadi. Contohnya di sini adalah jika saudara kita memberi salam: “Assalaamu ‘alaikum”, maka minimal kita jawab: “Wa’laikumus salam”. Atau lebih lengkap lagi dan ini lebih baik, kita jawab dengan: “Wa’alaikumus salam wa rahmatullah”, atau kita tambahkan lagi: “Wa’alaikumus salam wa rahmatullah wa barokatuh”. Bentuk lainnya adalah jika kita diberi salam dengan suara yang jelas, maka hendaklah kita jawab dengan suara yang jelas, dan tidak boleh dibalas hanya dengan lirih. Begitu juga jika saudara kita memberi salam dengan tersenyum dan menghadapkan wajahnya pada kita, maka hendaklah kita balas salam tersebut sambil tersenyum (bukan cemberut) dan menghadapkan wajah padanya. Inilah di antara bentuk membalas salam dengan yang lebih baik.


Memuliakan Tamu

Dalam cerita Ibrahim ini juga terdapat pelajaran yang cukup berharga yaitu akhlaq memuliakan tamu. Lihatlah bagaimana pelayanan Nabi Ibrahim ‘alaihis salam untuk tamunya. Ada tiga hal yang istimewa dari penyajian beliau:

Beliau melayani tamunya sendiri tanpa mengutus pembantu atau yang lainnya.
Beliau menyajikan makanan kambing yang utuh dan bukan beliau beri pahanya atau sebagian saja.
Beliau pun memilih daging dari kambing yang gemuk. Ini menunjukkan bahwa beliau melayani tamunya dengan harta yang sangat berharga.
Dari sini kita bisa mengambil pelajaran bagaimana sebaiknya kita melayani tamu-tamu kita yaitu dengan pelayanan dan penyajian makanan yang istimewa. Memuliakan dan menjamu tamu inilah ajaran Nabi Ibrahim, sekaligus pula ajaran Nabi kita Muhammad ‘alaihimush sholaatu wa salaam. ‘Abdullah bin ‘Amr dan ‘Abdullah bin Al Harits bin Jaz’i mengatakan, “Barangsiapa yang tidak memuliakan tamunya, maka ia bukan pengikut Muhammad dan bukan pula pengikut Ibrahim” (Lihat Jaami’ul wal Hikam, hal. 170). Begitu pula dalam hadits yang shahih, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

وَمَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tamunya” (HR. Bukhari no. 6018 dan Muslim no. 47, dari Abu Hurairah)

Seseorang dianjurkan menjamu tamunya dengan penuh perhatian selama sehari semalam dan sesuai kemampuan selama tiga hari, sedangkan bila lebih dari itu dinilai sebagai sedekah. Hal ini sebagaimana ditunjukkan dalam sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,



Penulis: Muhammad Abduh Tuasikal
Referensi:

Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, Yahya bin Syarf An Nawawi, Dar Ihya’ At Turots, 1392.

Jaami’ul ‘Ulum wal Hikam, Ibnu Rajab Al Hambali, Darul Muayyid, cetakan pertama, 1424 H

Qishoshul Anbiya’, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, Dar Ibnu Hazm, cetakan pertama, 1422 H

Syarh Al Bukhari, Ibnu Baththol, Asy Syamilah.

Syarh Riyadhus Sholihin, Syaikh Muhammad bin Sholeh Al Utsaimin, Darul Kutub Al ‘Ilmiyyah, cetakan ketiga, 1424 H.

Taisir Al Karimir Rahman, ‘Abdurrahman bin Nashir As Sa’di, Muassasah Ar Risalah, cetakan pertama, 1423 H.

Zaadul Muhajir, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, Darul Hadits.


“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia memuliakan tetangganya. Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah ia perhatian dalam memuliakan tamunya.” Ada yang bertanya, “Apa yang dimaksud perhatian di sini, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Yaitu perhatikanlah ia sehari semalam dan menjamu tamu itu selama tiga hari. Siapa yang ingin melayaninya lebih dari tiga hari, maka itu adalah sedekah baginya.” (HR. Bukhari no. 6019 dan Muslim no. 48, dari Syuraih Al ‘Adawi). Para ulama menjelaskan bahwa makna hadits ini adalah seharusnya tuan rumah betul-betul perhatian melayani tamunya di hari pertama (dalam sehari semalam) dengan berbuat baik dan berlaku lembut padanya. Adapun hari kedua dan ketika, hendaklah tuan rumah memberikan makan pada tamunya sesuai yang mudah baginya dan tidak perlu ia lebihkan dari kebiasaannya. Adapun setelah hari ketiga, maka melayani tamu di sini adalah sedekah dan termasuk berbuat baik. Artinya, jika ia mau, ia lakukan dan jika tidak, tidak mengapa (Lihat Al Minhaj Syarh Shahih Muslim, 21/31). Imam Asy Syafi’i rahimahullah dan ulama lainnya mengatakan, “Menjamu tamu merupakan bagian dari akhlaq yang mulia yang biasa dilakukan oleh orang yang nomaden dan orang yang mukim” (Lihat Syarh Al Bukhari libni Baththol, 17/381). Sudah sepatutnya kita dapat mencontoh akhlaq yang mulia ini.

Berbicara dengan Lemah Lembut


Dalam ayat yang kami bawakan di awal tadi, kita dapat menyaksikan bagaimana Nabi Ibrahim ‘alaihis salam juga mencontohkan akhlaq berbicara lembut kepada para tamunya. Lihatlah ketika menjawab salam tamunya, beliau menjawab, “Salaamun qoumun munkarun” (selamat atas kalian kaum yang tidak dikenal). Kalimat ini dinilai lebih halus dari kalimat ‘ankartum‘ (aku mengingkari kalian). Begitu pula ketika Ibrahim mengajak mereka untuk menyantap makanan. Bagaimana beliau menawarkan pada mereka? Beliau katakan, “Ala ta’kuluun” (mari silakan makan). Bahasa yang digunakan Ibrahim ini dinilai lebih halus dari kalimat, “Kuluu” (makanlah kalian). Ibaratnya Ibrahim menggunakan bahasa yang lebih halus ketika berbicara dengan tamunya. Kalau kita mau sebut, beliau menggunakan bahasa “kromo” (bahasa yang halus dan lebih sopan di kalangan orang jawa). Inilah contoh dari beliau bagaimana sebaiknya seseorang bertutur kata. Inilah pula yang diajarkan oleh Nabi kita shallallahu ‘alaihi wa sallam. Dari ‘Ali, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Di surga terdapat kamar-kamar yang bagian luarnya dapat dilihat dari dalam dan bagian dalamnya dapat dilihat dari luar.” Kemudian seorang Arab Badui bertanya, “Kamar-kamar tersebut diperuntukkan untuk siapa, wahai Rasulullah?” Beliau pun bersabda,

لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ

“Kamar tersebut diperuntukkan untuk siapa saja yang tutur katanya baik, gemar memberikan makan (pada orang yang butuh), rajin berpuasa dan rajin shalat malam karena Allah ketika manusia sedang terlelap tidur.” (HR. Tirmidzi no. 1984 dan Ahmad 1/155, hasan)

Demikianlah akhlaq mulia dari Nabi Ibrahim yang seharusnya dapat kita jadikan teladan. Dalam sebuah ayat, Allah Ta’ala berfirman,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِيهِمْ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ

“Sesungguhnya pada mereka itu (Ibrahim dan umatnya) ada teladan yang baik bagimu; (yaitu) bagi orang-orang yang mengharap (pahala) Allah dan (keselamatan pada) Hari Kemudian.” (QS. Al Mumtahanah: 6)

Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.

~~KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM~~

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt…

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt…

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt…

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya…

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya…

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya…

Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati manusia itu.

DOA SEORANG ISTERI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di A’rash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya

Tetapi Ya Allah
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu

Ya Allah
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa di hati

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..