Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Monday, June 4, 2012

~FADHILAT ZIKIR~

Gambar : Perkongsian daripada rakan FB
Hafiz ibnu Qaiyim R.A. adalah seorang ulama hadis yang termasyhur, di dalam risalah beliau menggariskan beberapa kelebihan berzikir antaranya:

* Zikir menjauhkan syaitan dan meningkatkan kekuatan hati kita
* Zikir menyebabkan Allah terima dan redha
* Zikir menjauhkan kekusutan, kesusahan, keperitan daripada hati manusia
* Zikir menggembirakan dan menenangkan hati
* Zikir menyihatkan badan dan mendamaikan sanubari
* Zikir memurahkan dan meluaskan rezeki pemberian Allah
* Zikir adalah cahaya pembuka hati dalam penyucian diri
* Zikir adalah membawa orang yang berzikir itu kepada kehebatan dan meningkatkan darjat.

* Zikir melahirkan cinta sejati kepada Allah kerana cinta itulah roh islam, jiwa agama, dan sumber kejayaan dan kebahagiaan. Zikrullah itu merupakan pintu cinta Ilahi.

* Zikir adalah mendatangkan hakikat Muraqabah.
Muraqabah itu membawa seseorang kepada martabat ihsan. Dengan adanya martabat ihsan maka manusia dapat beribadat kepada Allah dalam keadaan yang seolah-olah ia melihatNya kebenaran kewujudan Allah.

* Zikir membawa seseorang kepada penyerahan diri dengan sebulat-bulatnya kepada Allah. Dengan ini lama kelamaan maka setiap urusan dan dalam setiap keadaan Allah menjadi pelindung dan pembantu baginya.

* Zikir adalah membawa seseorang kepada mendekatkan diri kepada Allah. Jika zikir itu bertambah banyak maka dengan sendirinya ia bertambah dekat kepada Allah dan semakin bertambah lalai daripada berzikir maka dengan sendirinya ia bertambah jauh dari Allah.

* Zikir adalah membuka pintu makrifat Allah

* Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah dan semangat bersatu diri kepada Allah.

* Zikir keutamaan dalam diri adalah mencari dan memohon KEREDHAAN Ilahi.

* Zikir adalah menyebabkan Allah ingat kepada seseorang yang ingat kepadanya seperti mana disebutkan di dalam Al-Quran;

Firman Allah yang bermaksud:
"Fazkuruunii azkurkum" ertinya; "kerana itu ingatlah kamu kepadaKu, nescaya Aku ingat pula kepada mu".
(surah Al Baqarah :152)
 
Sumber :
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=136417243158818&set=a.101898213277388.2241.100003716284829&type=1&theater

No comments:

Post a Comment