Doa-doa Asmaul Husna ni aku kongsi daripada seorang rakan baikku ketika di SMK Abu Bakar Temerloh (1989) ketika membelek-belek wall pagenya iaitu "JAGALAH ALLAH, ALLAH MENJAGAMU" untukku panjang2kan pahalanya. Dia yang kumaksudkan ialah Hajjah Hasnah...memang rajin orangnya sejak di sekolah dulu..nota-notanya sering dipuji oleh guru2 kerana kekemasan terutamanya oleh Cikgu Ong iaitu guru Geografiku...Notanya memang lengkap, dia memang pintar orangnya. Aku amat menyayanginya.Meskipun tidak bersua agak terlalu lama, namun ikatan ukhuwah yang kami bina di laman muku buku terasa seolah2 kami berada terlalu dekat. Sering berkongsi cerita tika ada masa terluang. Ku doakan mudah2an kehidupan sahabatku ini akan sentiasa diberkati Allah, Insya Allah. Tq Hjh...atas perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat ini |
“Katakanlah (Wahai Muhmmad): Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Rasulullah (صلى الله عليه وسلم), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali 'Imraan, 3:31)
Friday, November 18, 2011
Doa Asmaul Husna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment