Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Wednesday, November 30, 2011

SUJUD SYUKUR/ SUJUD TILAWAH


‎Assalamualaikum w.b.t/لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Dari Abu Bakrah: Apabila RASULLULLAH S.A.W menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud  syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah S.W.T. (HR Abu Daud, Ibnu Majah dan Tirmizi).

Dalam salah satu riwayat dinyatakan bahawa Abdul-Rahman bin Auf melihat NABI MUHAMMAD S.A.W. sedang melakukan sujud. Kerana baginda bersujud lama sekali, maka timbullah  kebimbangan kepada Abdul-Rahman bin Auf kalau-kalau RASULLULLAH S.A.W dalam keadaan'bahaya', mungkin baginda dipanggil Tuhan secara mendadak. Dengan segera Abdul-Rahman bin Auf mendatangi RASULLULLAH S.A.W  untuk mengetahui keadaan baginda yang sebenarnya.

Sejenak kemudian RASULLULLAH S.A.W  mengangkat kepalanya, bangun dari sujud dan bertanya kepada Abdul-Rahman bin Auf : " Ada Apa gerangan, wahai Sahabatku, maka anda nampak seperti orang yang  bingung ?"

Abdul-Rahman bin Auf menjelaskan kebimbangannya itu, sepertimana yang dinyatakan di atas.

Akhirnya RASULLULLAH S.A.W  menyatakan yang  maksudnya : " Bahawasanya Jibril datang kepadaku dan berkata : Sukakah engkau : Barangsiapa  yang mengucapkan salawat ke atas engkau, maka Allah Swt. akan memberikan salawat kepadanya. Barangsiapa yang memberikan salam kepada engkau,maka Allah akan memberikan salam (pula) kepadanya..Mendengar hal itu, maka saya (RASULLULLAH) terus melakukan sujud kepada Allah sebagai tanda bersyukur". (HR Ahmad)

Berdasarkan Sunnah Nabi itu, maka ianya  tidak hairanlah apabila para Sahabat sering  melakukan sujud syukur  tatkala mereka mendapat nikmat atau memperoleh berita yang menggembirakan.  Amalan  sujud syukur itu adalah antara manifestasi untuk menyatakan  kesyukuran atau  terima kasih  kepada ALLAH S.W.T.


Apabila menerima sesuatu yang baik dan menggembirakan, maka kita diajarkan untuk sujud syukur.Sujud syukur merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat. 

Cara Sujud Syukur

Menurut Dr Wahbah Zuhaily di dalam al-Fiqh al-Islami (2/118), Sujud Syukur di dalam Mazhab Syafie serupa dengan sujud Tilawah. Ia boleh dilakukan dii atas kenderaan jika seseorang dalam permusafiran. Terdapat 5 rukun di dalamnya iaitu:

a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.

Dalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.

Cara sujud syukur dalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.

Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah di luar solat.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama' mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdoa setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."[ Rujukan : Al-Ahkam.net]


Maksud bacaan doa sujud tilawah/syukur:
"Aku sujudkan wajahku ini kepada yang menciptanya dan membentuk rupanya dan yang membuka pendengarannya dan penglihatannya. Maha Suci Allah sebaik-baik Pencipta"

KELEBILAN SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir ialah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam selepas solat Isyak sehingga terbit fajar saddiq (sebelum masuk waktu subuh), lebih afdal lagi bila ia dilakukan pada sepertiga malam yang terakhir. Ia boleh dilakukan setiap malam, tidak hanya pada bulan Ramadhan sahaja.
Solat Witir adalah solat yang unik kerana dikerjakan pada jumlah rakaat yang ganjil jumlahnya iaitu sekurang-kurangnya satu rakaat, selebihnya 11 rakaat. Paling afdal ialah 3 rakaat iaitu dimulai dengan solat witir dua rakaat satu salam dan disambung dengan solat witir satu rakaat satu salam. Kerana ianya unik, Solat witir mesti dilakukan dengan rakaat yang ganjil sebagai penyudah.


Solat witir sangat digalakkan untuk dilakukan berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw. Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” - Hadis Riwayat Abu Daud dan Tirmizi
“Sesiapa yang mengerjakan sembahyang dhuha, berpuasa tiga hari daripada sebulan dan tidak pernah meninggalkan sembahyang witir sama ada dalam pelayaran dan bermuqim, dicatat baginya pahala orang syahid.” - Hadis riwayat at-Thabran
Witir itu hak (benar). Barangsiapa yang tidak berwitir ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak maka barang siapa yang tidak mengerjakannya ia bukan dari golongan kita! Witir itu hak, barangsiapa yaang tidak mengerjakannya maka ia bukan dari golongan kita!” - Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud
Nabi Muhammad saw bersabda:
Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiahkan) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta-unta yang terbaik. Iaitulah Solat Witir.” - Hadis Riwayat Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah
Gambaran masyarakat Arab ketika itu ialah sesiapa yang memiliki unta yang terbaik akan dianggap sebagai orang yang berharta dan kaya. Boleh diibaratkan seperti zaman sekarang ialah orang ynag berstatuskan jutawan, memiliki kekayaan.
Bayangkan berapa lama untuk mengumpulkan harta sehingga menjadi jutawan dan memiliki kekayaan, adalak kita cuma perlu lakukan selama 10 tahun? 30 tahun untuk menjadi seorang jutawan?
Tetapi dengan mengerjakan solat witir dengan hanya satu rakaat sahaja, melebihi daripada apa yang kita idamkan iaitu menjadi jutawan dan miliki harta yang berlimpah luah. Bayangkan pula jika solat witir itu dilakukan 3 rakaat atau 5 rakaat. Berapa kali ganda kekayaan yang boleh dibayangkan dengan hanya mengerjakan solat witir.
Tetapi ini hanyalah satu perumpamaan, apa yang diterangkan oleh Rasulullah saw adalah untuk memudahkan fahaman kita kepada gambaran kebendaan, sedangkan di Akhirat nanti balasan yang diterima adalah berkali ganda di dalam syurga.
Ia seolah-olah mengambarkan betapa mudahnya kita boleh menjadi kaya raya iaitu hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Ternyata hadiah ini sememangnya bernilai diberikan oleh Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Terlalu mudah untuk hamba-hamba-Nya memasuki syurga tetapi hanya segelintir sahaja yang mengambil manafaatnya,
Oleh yang demikian janganlah ditinggalkan solat witir, kerjakanlah walaupun hanya sedikit bilangan rakaatnya tetapi berterusan. Amalan yang berterusan tetapi sedikit adalah perkara yang disukai oleh Allah swt.
Sebagai mana di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra yang bermaksud:
“Ditanya Nabi Muhammad saw tentang amalan-amalan yang disukai oleh Allah. Baginda bersabda: “Amalan yang berterusan walaupun sedikit.” - Hadis riwayat Bukhari

Sumber: http://langkahmindapositif.com

DOA UNTUK MENGHILANGKAN KESEDIHAN




Kesedihan bukanlah sesuatu yang dicari2 dan bukan pula sesuatu yang kita semua harapkan, bahkan ia tidak mendatangkan sebarang manfaat.
Oleh itu, Rasulullah s.a.w. sentiasa memohon perlindungan drp Allah agar dijauhkan dari kesedihan.
Baginda selalu berdoa seperti berikut :
“Allahumma inni auzubika minal hammi wal hazan..”;
Maksudnya:
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kecemasan dan kesedihan..”∙·


ZIKIR PAGI





Bacalah doa ini sebagai zikir pagi.

أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ للهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٍ، رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِي هَذَا اْليَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِي هَذَا الْيَوْمِ وَشَـرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فيِ النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ

“Kami telah memasuki waktu pagi, kerajaan milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia-lah yang Maha Kuasa atas segala sesuatu. Ya Tuhanku, aku mohon kepada-Mu kebaikan hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan-ku, aku berlindung kepada-Mu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhanku, aku berlindung kepada-Mu dari siksaan di neraka dan siksaan di kubur“. [HR. Bukhari dalam Fathul Baari: 6/35.]

POHON DAN KEIMANAN



Sebatang  pohon rendang berdiri tegap di taman nan asri
Pohon indah itu terlihat lebih menawan dengan buahnya bergelayutan menari di dahan
Pohon indah berbuah lebat, pastilah BESAR FAEDAH NYA

Sebatang pohon yang tak kalah rendangnya berdiri tegap terlihat segar
Namun cukup di sayangkan
Dahan yang bergelayutan itu tidak terlihat anggun dengan sebiji buahnya

Ada satu pohon lagi yang BERUSAHA HIDUP di sekitar mereka
Pohon yang tak terlihat tegar itu seperti malas menjalani hari
Ia tak mati hanya saja hidupnya setengah mati.
POHON YANG HIDUP SEGAR dengan lebat buahnya ibarat seorang beriman nan berilmu
Kehadirannya tidak hanya menyejukkan hati juga membawa berkah untuk semua

Sementara POHON TANPA BUAH mengkiaskan seorang beriman yang kurang
ilmunya
Meskipun terlihat cukup menyejukkan mata namun keberkahan tak mengiasinya

Pohon yang terlihat kurus dan lemah bagaikan seorang yang tak beriman jauh dari ilmu
Kehadiranya tak mengiasi dunia. menyesakkan tak bererti


DAHSYATNYA DOA SEORANG IBU


Ibu Kita dan Kita Sebagai Ibu 


Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita. Kita adalah di bawah seksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tak baik tapi tak ada masa nak buat yang baik.
Jika kita tak pernah kecukupan duit maksudnya kita diseksa Allah.
Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu, sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.
***Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebajikan anak hilang jadi ibu-ibu jangan jatuhkan air mata ye dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata. Menangis kerana anak berjaya dan bukan sedih kerana angkara anak. 

Ada 3 mata yang tak dijilat api neraka. 
Melihat kaabah sehingga menitis air mata.
Membaca quran sehingga menitis air mata.
Memandang wajah ibu yg sedar tidur/sedar hingga berlinang air mata.

3 orang yg kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup, tengok masa tidur! 
Anak.
Ibu.
Suami.

Sebagai selingan kata ustaz lagi, kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai nak bercerai, tengoklah muka laki kita ketika dia tidur. Kalau masih terbit perasan kasih, sayang, cinta, rindu atau simpati, janganlah bercerai tapi jika tiada timbul rasa itu semua, maksudnya jodoh dah memang tak ada, jadi boleh proceed apa yang patut.. 

Orang yang selalu menatap dan memandang ibunya takkan menangis di hari kematian ibunya..kira menangis dalam hati je..Bagi siapa yg masih ada ibu, pandanglah ibumu selalu. 

Adalah menjadi satu dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesuatu pada ibu. 

Kalau ada niat yang baik teruskan lah.. Allah akan bersama kita. 

Kalau tak mampu lakukan sesuatu, pasang niat pun mencukupi e.g. tak mampu tolong orang, niat nak tolong pun sudah memadai. 

Kalau kita tak mampu letakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakan ibu kita di tempat yang terbaik terlebih dulu. 

Ada kaedah yang mana kita boleh minta pada Allah, "ungkit" kebaikan yang menimpa dengan tujuan untuk makbulkan doa kita. Kaedah tu dipanggil "wasilah amal". 
"Ya Allah semalam aku sudah bersedekah sebanyak RM1, kalau itu satu kebaikan jadikanlah ia penyebab makbulnya doaku ini"
Antara lain yang boleh dituntut adalah apabila kita ditimpa sakit/musibah.
***Lagi banyak buat baik dengan ibu kita, lagi mustajab. Makna dia wasilah amal ni sangat berkesan kalau yang dituntut tadi adalah hal yang berkaitan kebaikan yang dibuat kepada ibu kita.

Kalau ditimpa sakit, bacalah Innalillahiwainnaillaihirojjiu
n, selepas itu bicaralah dengan Allah. 
"Ya Allah, berilah pahala besar untuk sakit yang aku tanggung ini"
"Ya Allah, bagilah aku keampunan dosa atas sakit ku ini"
Walau suapkan anak pun kita boleh tuntut, apatah lagi sedekah kepada ibu dan orang yang memerlukan.

***Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya hidup dia tak pernah menderhaka. Maksudnya jika ibu masih hidup atau telah tiada, selepas setiap solat kita mesti doakannya! 

Doa orang yang masih hidup makbul untuk orang yang hidup dan mati. Jadi doakan ibu kita jika dia telah tiada. 

***Doa orang yang mati makbul untuk orang yang masih hidup. 
Masa ni ustaz tu bagi contoh sadis sikit. Pergi ke pusara emak kita dan cakap: "Mak, esok anak saya nak kawin, kalau mak ada tentu mak bahagia tengok cucu mak kawin, kan?" atau "bapa, saya nak kawin esok, kalau bapa ada, pasti bapa akan gembira tengok sayakan.." Ustaz kata luahkan kepada ibu/bapa yang telah tiada kerana mereka mendengar dan mereka boleh mendoakan kita dari sana. 

Bila lalu kubur, perlahankan dan beri salam! Mereka akan doakan kita "berkatilah si A ini" dan jika tak bagi salam, mereka akan kata "celakahlah orang ini" Jadi, jangan lupa bagi salam kepada mereka. 

Tanda tanda seksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan zakat. 

Sesiapa yang bersedekah selalu, takkan miskin orang itu selamanya.. 

Bila nak berbelanja @ shopping selalu sparekan duit untuk sedekah kerana dalam duit kita tu ada hak orang susah. Jadi bila orang buta datang masa makan, bagilah duit sebab kita nak cari orang susah untuk sedekah dah amat susah masa sekarang dan tak ada masa, jadi Allah hantarkan orang-orang susah ini untuk kita dapatkan pahala! 

***Jika emak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila emak kita dah tak ada teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah. Jangan kurangkan peruntukkan!! "Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ini sampai kepada ibuku". Itu yang yang buat ibu kita bahagia di sana. 

Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

***Allah panjangkanlah usia ibu bapaku supaya dia sakit dan nyanyuk ini bertujuan memberi syurga pada anak-anaknya. Doa ini bukan bermaksud minta mereka sakit atau nyanyuk. Ironinya keadaan demikian membolehkan anak-anak berebut mahu menjaga mereka disaat mereka dalam keuzuran itu sebab balasannya adalah syurga. Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita. Besar sangat pahalanya. 

Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita. 

Selalu Bergaduh Dengan Ibu 
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.
Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak. Dukung bayi, susu bayi atau selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asar.
Saka dipindahkan melalui kasih sayang/ harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / amalan / sentuhan.

Tanda-tanda terkena saka: 
Tak boleh tidur lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena.
Bila dah peringkat teruk, di usia tua kita, tengah malam selalu lapar.
Susah nak dapat anak, senang keguguran.
Ada rasa kelibat orang lalu.
Yang lagi parah, saka bersetubuh dengan kita, mengandung tetapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak berintim, bercakaplah sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam.

Cara hilangkan saka, Zikir "Laillahaillalah" 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan. 

Antara penyakit saka adalah kanser payudara, kanser rahim dan kanser tulang. 

3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang daripada syaitan adalah kanser, aids dan leukemia. 

Kalau ibu kita sakit dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan. 

Kalau ada penyakit was-was, bacalah surah al-ikhlas "Qulhuwallahuahad…" 1000x sehari. 

Anak Degil 
Bila anak dah tidur, duduk di hujung kepala pangil ROH ANAK 
Wahai roh anakku "nama anak", jadilah kamu roh yang baik, roh yang bertimbang rasa pada ibu dan bapa, roh yang taat pada Allah, roh yang sayang sesama manusia. Respon daripada orang yang dah cuba sungguh menakjubkan setakat ni Alhamdullilah kebanyakannya menjadi. Contoh kalau kita nak anak senang bangun ke sekolah. 

Subhanallah 

by: Misteri & keajaiban alam

TUNAIKAN TANGGUNGJAWABMU WAHAI PARA SUAMI...


1. Memberikan mahar kepada isteri

“Berikanlah mahar kepada wanita yang kalian nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan”.(An-Nisa`:4)

“…berikanlah kepada isteri kalian maharnya dengan sempurna sebagai suatu kewajiban”.(An-Nisa`:24)

“Lihatlah apa yang boleh engkau jadikan mahar dalam pernikahanmu, walaupun hanya cincin dari besi”. (HR. Bukhari-Muslim)

2. Menjadi pelindung dan pemimpin bagi isteri

“Laki-laki (suami) itu pelindung bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebagian yang lain (perempuan), dan karena mereka (laki-laki) telah memberikan nafkah dan hartanya”. (Q.S. An-Nisa:34)

3. Berlemah-lembut dalam memperlakukan, mendidik dan memimpin isteri

“Bergaullah kalian dengan para isteri secara patut. Apabila kalian tidak menyukai mereka maka bersabarlah kerana mungkin kalian tidak menyukai sesuatu padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak”. (An-Nisa`: 19)

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhirat, janganlah dia mengganggu tetangganya, dan perlakukanlah wanita dengan baik. Sebab, mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok, dan sesungguhnya bahagian tulang rusuk yang paling bengkok adalah bahagian atasnya. Jika engkau bermaksud meluruskannya, maka engkau akan mematahkannya dan jika engkau membiarkannya, maka ia akan tetap bengkok. Oleh kerana itu, perlakukanlah wanita dengan baik”. (HR. Al-Bukhari Muslim)

4. Memberikan nafkah kepada isteri

“Hendaklah orang yang diberi kelapangan memberikan nafkah sesuai dengan kelapangannya dan barangsiapa disempitkan rezekinya maka hendaklah ia memberi nafkah dari harta yang Allah berikan kepadanya”. (Ath-Thalaq: 7)

“Bertakwalah kepada Allah dalam perihal wanita. Kerana sesungguhnya kalian mengambil mereka dengan amanat Allah dan dihalalkan atas kalian kemaluan mereka dengan kalimat Alah. Maka hak mereka atas kalian adalah memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang ma’ruf”. (HR. Muslim)

“Engkau beri makan isterimu apabila engkau makan, dan engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Janganlah engkau memukul wajahnya, jangan menjelekkannya, dan jangan memboikotnya (mendiamkannya) kecuali di dalam rumah”. (HR. Abu Dawud)

“Ketahuilah, kalian memiliki hak terhadap isteri-isteri kalian dan mereka pun memiliki hak terhadap kalian. Hak kalian terhadap mereka adalah mereka tidak boleh membiarkan seseorang yang tidak kalian sukai untuk menginjak permadani kalian dan mereka tidak boleh mengizinkan orang yang kalian benci untuk memasuki rumah kalian. Sedangkan hak mereka terhadap kalian adalah kalian berbuat baik terhadap mereka dalam hal pakaian dan makanan mereka”. (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

“Seseorang sudah cukup berdosa apabila menyia-nyiakan siapa yang wajib diberinya makan”. (HR. Muslim)

5. Tidak menyebarkan aib isterinya

“Manusia yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari Kiamat adalah laki-laki yang ‘mendatangi’ isterinya, dan wanita itu pun ‘mendatangi’ suaminya, kemudian ia menyebarkan rahsia isterinya”. (HR. Muslim)

6. Berbuat baik (ma’ruf) dan sabar terhadap isteri

“Dan para isteri mempunyai hak yang seimbang dengan kewajiban mereka menurut cara yang ma’ruf”. (Al-Baqarah: 228)

“Kaum mukmin yang paling sempurna keimanannya ialah yang paling baik akhlaknya, dan sebaik-baiknya kalian ialah yang terbaik kepada isteri-isterinya”. (HR. At-Tirmidzi)

“Islam itu mempunyai tanda dan petunjuk jalan,” dan seterusnya…, di antaranya disebutkan, “Engkau memberi salam kepada keluargamu ketika menemui mereka dan engkau memberi salam kepada suatu kaum ketika melewati mereka. Siapa yang meninggalkan sesuatu dari hal itu, maka dia telah meninggalkan satu bahagian dari Islam. Dan siapa yang meninggalkan semuanya, maka ia telah berpaling dari Islam”. (HR. At-Tirmidzi)

“Barang siapa  antara para suami- bersabar atas perilaku buruk dari isterinya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Ayyub a.s atas kesabarannya menanggung penderitaan. Dan barang siapa antara para isteri bersabar atas perilaku buruk suaminya, maka Allah akan memberinya pahala seperti yang Allah berikan kepada Asiyah, isteri fir’aun”. (HR. Nasa`i dan Ibnu Majah)

7. Membantu isteri untuk taat kepada Allah SWT, menjaganya dari api neraka, dan memberikan pengajaran agama

“Wahai orang-orang yang beriman, jagalah diri-diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu….” (At-Tahrim: 6)

“Setiap kalian adalah pemimpin dan setiap kalian akan ditanya tentang kepemimpinannya. Penguasa yang memimpin atas manusia adalah pemimpin dan ia akan ditanya tentang mereka dan seorang pria adalah pemimpin atas keluarganya, dan ia akan ditanya tentang mereka”. (HR. Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi, Abu-Dawud, Ahmad)

“Semoga Allah merahmati seorang pria yang bangun malam untuk solat dan membangunkan isterinya untuk solat. Jika isterinya menolak, maka ia memercikkan air ke wajahnya. Dan semoga Allah merahmati seorang wanita yang bangun malam untuk mengerjakan solat dan membangunkan suaminya untuk solat. Jika suaminya menolak, maka ia memercikkan air ke wajahnya”. (HR. An-Nasa’i)

8. Suami berhak cemburu dan menjaganya

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu dan putri-putrimu serta wanita-wanita kaum mukminin, hendaklah mereka mengulurkan jilbab-jilbab mereka di atas tubuh mereka. Yang demikian itu lebih pantas bagi mereka untuk dikenali (sebagai wanita merdeka dan wanita baik-baik) hingga mereka tidak diganggu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Penyayang”. (Al-Ahzab: 59)

“Katakanlah kepada wanita-wanita mukminah: ‘Hendaklah mereka menundukkan sebahagian pandangan mata mereka dan menjaga kemaluan mereka…” (An-Nur: 31)

“… janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali apa yang biasa tampak darinya (tidak mungkin ditutupi). Hendaklah pula mereka menutupkan kerudung mereka di atas leher-leher mereka dan jangan mereka tampakkan perhiasan mereka kecuali di hadapan suami-suami mereka, atau ayah-ayah mereka, atau ayah-ayah suami mereka (ayah mertua), atau di hadapan putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau di hadapan saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka (keponakan laki-laki), atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau di hadapan wanita-wanita mereka..” (An-Nur:31)

Dalam khutbah haji wada’ Rasulullah SAW berpesan kepada umatnya tentang banyak hal. Salah satunya adalah mengenai hidup berumah tangga. Rasulullah SAW berpesan:

“Ingatlah, berilah pesan yang baik terhadap isteri kalian. Sesungguhnya mereka memerlukan perlindunganmu. Sedikitpun kamu jangan berbuat kejam kepada mereka. Janganlah berbuat sesuatu yang melampaui batas kepada mereka, kecuali telah nyata bahawa mereka melakukan kejahatan. Jika memang mereka melakukan kejahatan, janganlah kamu menemui mereka di tempat tidur. Jika engkau telah memisahkan mereka dari tempat tidurmu, mereka masih tidak merasa bersalah, maka pukullah mereka dengan pukulan yang ringan yang tidak melukai. Apabila mereka taat, janganlah berlaku keras terhadap mereka”.

“Ingatlah, sesungguhnya isterimu mempunyai hak terhadap kalian para suami. Hak kalian terhadap isterinya adalah melarang mereka mengizinkan masuk seseorang yang tidak kamu sukai kedalam kamarmu dan tidak mengizinkan masuk orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumahmu. Hak mereka atas kamu adalah kamu pergauli mereka dengan cara yang baik, tidak memukul mukanya, tidak boleh menjelek-jelekkannya dan memenuhi segala keperluan mereka terutama makanan dan pakaian serta tidak boleh mendiamkannya kecuali di dalam rumah”. (HR Abu Daud dan At Tirmidzi)

Dalam kesempatan lain Rasulullah saw bersabda, “Ingatlah, orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah orang yang paling baik budi pekertinya. Orang yang paling baik budi pekertinya adalah yang paling baik perlakuannya terhadap isterinya” (HR At Tirmidzi)

“Janganlah seorang mukmin memarahi isterinya ataupun seorang wanita beriman. Jika tidak suka terhadap salah satu sifatnya, maka pasti ada sifat lainnya yang menyenangkan. Dunia ini adalah suatu kesenangan yang sementara, dan sebaik-baik kesenangan di dunia adalah wanita yang solehah” (HR Muslim)

Sumber:
Mutiara Hati

Friday, November 18, 2011

Doa Asmaul Husna

Doa-doa Asmaul Husna ni aku kongsi daripada seorang rakan baikku ketika di  SMK Abu Bakar Temerloh (1989) ketika membelek-belek wall pagenya  iaitu "JAGALAH ALLAH, ALLAH MENJAGAMU" untukku panjang2kan pahalanya. Dia yang kumaksudkan ialah Hajjah Hasnah...memang rajin orangnya sejak di sekolah dulu..nota-notanya sering dipuji oleh guru2 kerana kekemasan terutamanya oleh Cikgu Ong iaitu guru Geografiku...Notanya memang lengkap, dia memang pintar orangnya. Aku amat menyayanginya.Meskipun tidak bersua agak terlalu lama, namun ikatan ukhuwah yang kami bina di laman muku buku terasa seolah2 kami berada terlalu dekat. Sering berkongsi cerita tika ada masa terluang. Ku doakan mudah2an kehidupan sahabatku ini akan sentiasa diberkati Allah, Insya Allah. Tq Hjh...atas perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat ini





















Thursday, November 3, 2011

SEMOGA REDHAMU SENTIASA BERSAMA





 
Bismillahirrahmanirrahim
 
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Ya Allah Ya Tuhanku...

Kau lindungilah ibu dan ayahku, adik beradikku serta ahli

keluargaku daripada segala bahaya dan musibah. Kau 

lindungilah mereka daripada kejahatan orang-orang yang zalim.

 Kau berkatilah mereka dalam segala perkara...

Semoga redhaMu bersama mereka.

Aamiin Ya Robbal A'lamin








Tuesday, November 1, 2011

Waktu terkabul DOA


Berdoa Pada Waktu Yang Tepat 

Di antara usaha yang bisa kita upayakan agar doa kita dikabulkan oleh Allah Ta’ala adalah dengan memanfaatkan waktu-waktu tertentu yang dijanjikan oleh Allah bahawa doa ketika waktu-waktu tersebut dikabulkan. Di antara waktu-waktu tersebut adalah: 

1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir 

Allah Ta’ala mencintai hamba-Nya yang berdoa di sepertiga malam yang terakhir. Allah Ta’ala berfirman tentang ciri-ciri orang yang bertaqwa, salah satunya: 

وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُون 

“Ketika waktu sahur (akhir-akhir malam), mereka berdoa memohon ampunan” (QS. Adz Dzariyat: 18) 

Sepertiga malam yang paling akhir adalah waktu yang penuh berkah, sebab pada saat itu Rabb kita Subhanahu Wa Ta’ala turun ke langit dunia dan mengabulkan setiap doa hamba-Nya yang berdoa ketika itu. Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam: 

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا ، حين يبقى ثلث الليل الآخر، يقول : من يدعوني فأستجيب له ، من يسألني فأعطيه ، من يستغفرني فأغفر له 

“Rabb kita turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang akhir pada setiap malamnya. Kemudian berfirman: ‘Orang yang berdoa kepada-Ku akan Ku kabulkan, orang yang meminta sesuatu kepada-Ku akan Kuberikan, orang yang meminta ampunan dari-Ku akan Kuampuni‘” (HR. Bukhari no.1145, Muslim no. 758) 

Namun perlu dicatat, sifat ‘turun’ dalam hadits ini jangan sampai membuat kita membayangkan Allah Ta’ala turun sebagaimana manusia turun dari suatu tempat ke tempat lain. Kerana tentu berbeza. Yang penting kita mengimani bahawa Allah Ta’ala turun ke langit dunia, kerana yang berkata demikian adalah Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam diberi julukan Ash shadiqul Mashduq (orang jujur yang diotentikasi kebenarannya oleh Allah), tanpa perlu mempertanyakan dan membayangkan bagaimana caranya. 

Dari hadits ini jelas bahawa sepertiga malam yang akhir adalah waktu yang dianjurkan untuk memperbanyak berdoa. Lebih lagi di bulan Ramadhan, bangun di sepertiga malam akhir bukanlah hal yang berat lagi kerana bersamaan dengan waktu makan sahur. Oleh kerana itu, manfaatkanlah sebaik-baiknya waktu tersebut untuk berdoa. 

2. Ketika berbuka puasa 

Waktu berbuka puasa pun merupakan waktu yang penuh keberkahan, kerana pada waktu ini manusia merasakan salah satu kebahagiaan ibadah puasa, iaitu diperbolehkannya makan dan minum setelah seharian menahannya, sebagaimana hadis: 

للصائم فرحتان : فرحة عند فطره و فرحة عند لقاء ربه 

“Orang yang berpuasa memiliki 2 kebahagiaan: kebahagiaan ketika berbuka puasa dan kebahagiaan ketika bertemu dengan Rabb-Nya kelak” (HR. Muslim, no.1151) 

Keberkahan lain pada waktu berbuka puasa adalah dikabulkannya doa orang yang telah berpuasa, sebagaimana sabda Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam: 

ثلاث لا ترد دعوتهم الصائم حتى يفطر والإمام العادل و المظلوم 

‘”Ada tiga doa yang tidak tertolak. Doanya orang yang berpuasa ketika berbuka, doanya pemimpin yang adil dan doanya orang yang dizalimi” (HR. Tirmidzi no.2528, Ibnu Majah no.1752, Ibnu Hibban no.2405, dishahihkan Al Albani di Shahih At Tirmidzi) 

Oleh kerana itu, jangan lewatkan kesempatan baik ini untuk memohon apa saja yang termasuk kebaikan dunia dan kebaikan akhirat. Namun perlu diketahui, terdapat doa yang dianjurkan untuk diucapkan ketika berbuka puasa, iaitu doa berbuka puasa. Sebagaimana hadis 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله 

“Biasanya Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam ketika berbuka puasa membaca doa: 

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله 

/Dzahabaz zhamaa-u wabtalatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insyaa Allah/ 

(‘Rasa haus telah hilang, kerongkong telah basah, semoga pahala didapatkan. Insya Allah’)” (HR. Abu Daud no.2357, Ad Daruquthni 2/401, dihasankan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/232) 

Adapun doa yang tersebar di masyarakat dengan lafaz berikut: 

اللهم لك صمت و بك امنت و على رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين 

adalah hadis palsu, atau dengan kata lain, ini bukanlah hadis. Tidak terdapat di kitab hadis manapun. Sehingga kita tidak boleh meyakini doa ini sebagai hadis Nabi Sollallahu’alaihi Wasallam. 

Oleh kerana itu, doa dengan lafaz ini dihukumi sama seperti ucapan orang biasa seperti saya dan anda. Sama kedudukannya seperti kita berdoa dengan kata-kata sendiri. Sehingga doa ini tidak boleh dipopularkan apalagi dipatenkan sebagai doa berbuka puasa. 

Memang ada hadis tentang doa berbuka puasa dengan lafaz yang mirip dengan doa tersebut, misalnya: 

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال : اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت فتقبل مني إنك أنت السميع العليم 

“Biasanya Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam ketika berbuka membaca doa: Allahumma laka shumtu wa ‘alaa rizqika afthartu fataqabbal minni, innaka antas samii’ul ‘aliim” 

Dalam Al Futuhat Ar Rabbaniyyah (4/341), dinukil perkataan Ibnu Hajar Al Asqalani: “Hadits ini gharib, dan sanadnya lemah sekali”. Hadis ini juga di-dhaif-kan oleh Al Albani di Dhaif Al Jami’ (4350). Atau doa-doa yang lafaz-nya semisal hadis ini semuanya berkisar antara hadis dhaif atau munkar. 

3. Ketika malam lailatul qadar 

Malam lailatul qadar adalah malam diturunkannya Al Qur’an. Malam ini lebih utama dari 1000 bulan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala: 

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ 

“Malam Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan” (QS. Al Qadr: 3) 

Pada malam ini dianjurkan memperbanyak ibadah termasuk memperbanyak doa. Sebagaimana yang diceritakan oleh Ummul Mu’minin Aisyah Radhiallahu’anha: 

قلت يا رسول الله أرأيت إن علمت أي ليلة ليلة القدر ما أقول فيها قال قولي اللهم إنك عفو كريم تحب العفو فاعف عني 

“Aku bertanya kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah, menurutmu apa yang sebaiknya aku ucapkan jika aku menemukan malam Lailatul Qadar? Beliau bersabda: Berdoalah: 

اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني 

Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘anni ['Ya Allah, sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan menyukai sifat pemaaf, maka ampunilah aku'']”(HR. Tirmidzi, 3513, Ibnu Majah, 3119, At Tirmidzi berkata: “Hasan Shahih”) 

Pada hadis ini Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu’anha meminta diajarkan ucapan yang sebaiknya diamalkan ketika malam Lailatul Qadar. Namun ternyata Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam mengajarkan lafadz doa. Ini menunjukkan bahwa pada malam Lailatul Qadar dianjurkan memperbanyak doa, terutama dengan lafaz yang diajarkan tersebut. 

4. Ketika azan berkumandang 

Selain dianjurkan untuk menjawab azan dengan lafaz yang sama, saat azan dikumandangkan pun termasuk waktu yang mustajab untuk berdoa. Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda: 

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا 

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”) 

5. Di antara azan dan iqamah 

Waktu jeda antara azan dan iqamah adalah juga merupakan waktu yang dianjurkan untuk berdoa, berdasarkan sabda Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam: 

الدعاء لا يرد بين الأذان والإقامة 

“Doa di antara azan dan iqamah tidak tertolak” (HR. Tirmidzi, 212, ia berkata: “Hasan Shahih”) 

Dengan demikian jelaslah bahawa amalan yang dianjurkan antara azan dan iqamah adalah berdoa, bukan selawat, atau membaca murattal dengan suara keras, misalnya dengan menggunakan mikrofon. Selain tidak pernah dicontohkan oleh Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam, amalan-amalan tersebut dapat mengganggu orang yang berzikir atau sedang solat sunat. Padahal Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam bersabda, 

لا إن كلكم مناج ربه فلا يؤذين بعضكم بعضا ولا يرفع بعضكم على بعض في القراءة أو قال في الصلاة 

“Ketahuilah, kalian semua sedang bermunajat kepada Allah, maka janganlah saling mengganggu satu sama lain. Janganlah kalian mengeraskan suara dalam membaca Al Qur’an,’ atau beliau berkata, ‘Dalam shalat’,” (HR. Abu Daud no.1332, Ahmad, 430, dishahihkan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Nata-ijul Afkar, 2/16). 

Selain itu, orang yang berselawat atau membaca Al Qur’an dengan suara keras di waktu jeda ini, telah meninggalkan amalan yang dianjurkan oleh Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam, iaitu berdoa. Padahal ini adalah kesempatan yang bagus untuk memohon kepada Allah segala sesuatu yang ia inginkan. Sungguh rugi jika ia melewatkannya. 

6. Ketika sedang sujud dalam solat 

Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda: 

أقرب ما يكون العبد من ربه وهو ساجد . فأكثروا الدعا 

“Seorang hamba berada paling dekat dengan Rabb-nya ialah ketika ia sedang bersujud. Maka perbanyaklah berdoa ketika itu” (HR. Muslim, no.482) 

7. Ketika sebelum salam pada solat wajib 

Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda: 

قيل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم أي الدعاء أسمع قال جوف الليل الآخر ودبر الصلوات المكتوبات

“Ada yang bertanya: Wahai Rasulullah, bilakah doa kita didengar oleh Allah? Beliau bersabda: “Di akhir malam dan di akhir solat wajib” (HR. Tirmidzi, 3499) 

Ibnu Qayyim Al Jauziyyah dalam Zaadul Ma’ad (1/305) menjelaskan bahawa yang dimaksud ‘akhir solat wajib’ adalah sebelum salam. Dan tidak terdapat riwayat bahawa Nabi Sollallahu’alaihi Wasallam dan para sahabat merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada solat wajib. Ahli fiqih masa kini, Syaikh Ibnu Utsaimin Rahimahullah berkata: “Apakah berdoa setelah solat itu disyariatkan atau tidak? Jawapbannya: tidak disyariatkan. Kerana Allah Ta’ala berfirman: 

فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاةَ فَاذْكُرُوا اللَّهَ 

“Jika engkau selesai solat, berzikirlah” (QS. An Nisa: 103). Allah berfirman ‘berzikirlah’, bukan ‘berdoalah’. Maka setelah solat bukanlah waktu untuk berdoa, melainkan sebelum salam” (Fatawa Ibnu Utsaimin, 15/216). 

Namun sungguh disayangkan kebanyakan kaum muslimin merutinkan berdoa meminta sesuatu setelah salam pada solat wajib yang sebenarnya tidak disyariatkan, kemudian justru meninggalkan waktu-waktu mustajab yang disyariatkan iaitu di antara azan dan iqamah, ketika azan, ketika sujud dan sebelum salam. 

8. Pada hari Jumaat 

Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda, 

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم ذكر يوم الجمعة ، فقال : فيه ساعة ، لا يوافقها عبد مسلم ، وهو قائم يصلي ، يسأل الله تعالى شيئا ، إلا أعطاه إياه . وأشار بيده يقللها 

“Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam menyebutkan tentang hari Jumat kemudian beliau bersabda: ‘Di dalamnya terdapat waktu. Jika seorang muslim berdoa ketika itu, pasti diberikan apa yang ia minta’. Lalu beliau mengisyaratkan dengan tangannya tentang sebentarnya waktu tersebut” (HR. Bukhari 935, Muslim 852 dari sahabat Abu Hurairah Radhiallahu’anhu) 

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Fathul Baari ketika menjelaskan hadits ini beliau menyebutkan 42 pendapat ulama tentang waktu yang dimaksud. Namun secara umum terdapat 4 pendapat yang kuat. 

Pendapat pertama, iaitu waktu sejak imam naik mimbar sampai selesai solat Jum’at, berdasarkan hadis: 

هي ما بين أن يجلس الإمام إلى أن تقضى الصلاة 

“Waktu tersebut adalah ketika imam naik mimbar sampai solat Jumaat selesai” (HR. Muslim, 853 dari sahabat Abu Musa Al Asy’ari Radhiallahu’anhu). 

Pendapat ini dipilih oleh Imam Muslim, An Nawawi, Al Qurthubi, Ibnul Arabi dan Al Baihaqi. 

Pendapat kedua, iaitu setelah Asar sampai terbenamnya matahari. Berdasarkan hadis: 

يوم الجمعة ثنتا عشرة يريد ساعة لا يوجد مسلم يسأل الله عز وجل شيئا إلا أتاه الله عز وجل فالتمسوها آخر ساعة بعد العصر 

“Dalam 12 jam hari Jumaat ada satu waktu, jika seorang muslim meminta sesuatu kepada Allah Azza Wa Jalla pasti akan dikabulkan. Carilah waktu itu di waktu setelah ashar” (HR. Abu Daud, no.1048 dari sahabat Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu. Dishahihkan Al Albani di Shahih Abi Daud). Pendapat ini dipilih oleh At Tirmidzi, dan Ibnu Qayyim Al Jauziyyah. Pendapat ini yang lebih masyhur di kalangan para ulama. 

Pendapat ketiga, iaitu setelah Asar, namun di akhir-akhir hari Jumaat. Pendapat ini didasari oleh riwayat dari Abi Salamah. Ishaq bin Rahawaih, At Thurthusi, Ibnul Zamlakani menguatkan pendapat ini. 

Pendapat keempat, yang juga dikuatkan oleh Ibnu Hajar sendiri, iaitu menggabungkan semua pendapat yang ada. Ibnu ‘Abdil Barr berkata: “Dianjurkan untuk bersungguh-sungguh dalam berdoa pada dua waktu yang disebutkan”. Dengan demikian seseorang akan lebih memperbanyak doanya di hari Jum’at tidak pada beberapa waktu tertentu saja. Pendapat ini dipilih oleh Imam Ahmad bin Hambal, Ibnu ‘Abdil Barr. 

9. Ketika turun hujan 

Hujan adalah nikmat Allah Ta’ala. Oleh kerana itu tidak boleh mencelanya. Sebagian orang merasa jengkel dengan turunnya hujan, padahal yang menurunkan hujan tidak lain adalah Allah Ta’ala. Oleh kerana itu, daripada tenggelam dalam rasa jengkel lebih baik memanfaatkan waktu hujan untuk berdoa memohon apa yang diinginkan kepada Allah Ta’ala: 

ثنتان ما تردان : الدعاء عند النداء ، و تحت المطر 

“Doa tidak tertolak pada 2 waktu, iaitu ketika azan berkumandang dan ketika hujan turun” (HR Al Hakim, 2534, dishahihkan Al Albani di Shahih Al Jami’, 3078) 

10. Hari Rabu antara Zuhur dan Asar 

Sunnah ini belum diketahui oleh kebanyakan kaum muslimin, iaitu dikabulkannya doa di antara solat Zuhur dan Asar di hari Rabu. Ini diceritakan oleh Jabir bin Abdillah Radhiallahu’anhu: 

أن النبي صلى الله عليه وسلم دعا في مسجد الفتح ثلاثا يوم الاثنين، ويوم الثلاثاء، ويوم الأربعاء، فاستُجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين فعُرِفَ البِشْرُ في وجهه 
قال جابر: فلم ينزل بي أمر مهمٌّ غليظ إِلاّ توخَّيْتُ تلك الساعة فأدعو فيها فأعرف الإجابة 

“Nabi solallahu ‘alaihi wasalam berdoa di Masjid Al Fath 3 kali, iaitu hari ISnin, Selasa dan Rabu. Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara dua solat. Ini diketahui dari kegembiraan di wajah beliau. Berkata Jabir : ‘Tidaklah suatu perkara penting yang berat pada saya kecuali saya memilih waktu ini untuk berdoa,dan saya mendapati dikabulkannya doa saya‘” 

Dalam riwayat lain: 

فاستجيب له يوم الأربعاء بين الصلاتين الظهر والعصر 

“Pada hari Rabu lah doanya dikabulkan, iaitu di antara solat Zuhur dan Asar” (HR. Ahmad, no. 14603, Al Haitsami dalam Majma Az Zawaid, 4/15, berkata: “Semua perawinya tsiqah”, juga dishahihkan Al Albani di Shahih At Targhib, 1185) 

11. Ketika Hari Arafah 

Hari Arafah adalah hari ketika para jemaah haji melakukan wukuf di Arafah, iaitu tanggal 9 Dzulhijjah. Pada hari tersebut dianjurkan memperbanyak doa, baik bagi jemaaah haji maupun bagi seluruh kaum muslimin yang tidak sedang menunaikan ibadah haji. Sebab Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda: 

خير الدعاء دعاء يوم عرفة 

“Doa yang terbaik adalah doa ketika hari Arafah” (HR. At Tirmidzi, 3585. Di shahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi) 

12. Ketika Perang Berkecamuk 

Salah satu keutamaan pergi ke medan perang dalam rangka berjihad di jalan Allah adalah doa dari orang yang berperang di jalan Allah ketika perang sedang berkecamuk, diijabah oleh Allah Ta’ala. Dalilnya adalah hadis yang sudah disebutkan di atas: 

ثنتان لا تردان أو قلما تردان الدعاء عند النداء وعند البأس حين يلحم بعضهم بعضا 

“Doa tidak tertolak pada dua waktu, atau minimal kecil kemungkinan tertolaknya. iaitu ketika azan berkumandang dan saat perang berkecamuk, ketika kedua kubu saling menyerang” (HR. Abu Daud, 2540, Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Nata-ijul Afkar, 1/369, berkata: “Hasan Shahih”) 

13. Ketika Meminum Air Zam-zam 

Rasulullah Sollallahu’alaihi Wasallam bersabda: 

ماء زمزم لما شرب له 

“Khasiat Air Zam-zam itu sesuai niat peminumnya” (HR. Ibnu Majah, 2/1018. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah, 2502) 

Demikian huraian mengenai waktu-waktu yang paling dianjurkan untuk berdoa. Mudah-mudahan Allah Ta’ala mengabulkan doa-doa kita dan menerima amal ibadah kita. 


Amiin Ya Mujiibas Sa’iliin. 

Penulis: Yulian Purnama 
sumber : www.muslim.or.id