Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Sunday, January 23, 2011

Adakah Cinta Itu Ada...............?

Apakah cinta itu ada????
Andai cinta itu ada,
Kenapa matahari terbit sebelum fajar datang.
Andai cinta itu ada,
Kenapa bintang enggan bercahaya dan bersembunyi takut akan keheningan kesombongan dan keangkuhan.
Andai cinta itu ada,
Kenapa awan-awan yang berarak indah terganti dengan asap merah yang membawa tangisan.
Andai cinta itu ada,
Kenapa aku harus menangis di bawah bulan purnama.
Andai cinta itu ada,
Kenapa masih banyak manusia-manusia yang terlelap dalam kelaparan.
Andai cinta itu ada,
Kenapa banyak janda yang menangis dalam jubah kesendirian kerana penindasan dan pembunuhan.
Andai cinta itu ada,
Kenapa banyak bayi yang harus terkubur dalam kegelapan dan kemiskinan.
Andai cinta itu ada,
Kenapa ada benci di antara manusia yang hidup di atas bumi yang sama.

Adakah cinta itu ada?
Atau cinta hanya kata-kata tanpa makna?
Atau cinta hanya dongeng untuk pengantar tidur belaka?
Atau cinta hanya untuk kesenangan ego dan status sosial belaka?
Cinta ? 
Adakah cinta itu ada.....
Buat kita dan buat semua?

No comments:

Post a Comment