1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat
penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada
Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang
daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah
mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka
Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas
untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang
menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa
menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah,
akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa
membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah.
Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki.Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia
memerdekakan anak Nabi Ismail.
9. Tiap perempuan yang
menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam
syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10.
Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta taat\kan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga
mana sahaja yang dikehendaki.
11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.
12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula
berhakterhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang
dan puasanya.
15. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap
ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa
takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka
akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
"Jadi,janganlah
sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang
lelaki itu kuat.Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan
wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."
SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA...