Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Thursday, April 21, 2011

IMAN SEMUT



Pada zaman Nabi Allah Sulaiman a.s. berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman nampak seekor semut melata di atas batu;lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu".

Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan ALLAH, aku percaya rezeki di tangan ALLAH, aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

Lantas Nabi Allah Sulaiman pun bertanya: "Wahai semut,berapa banyakkah engkau makan? Apakah yang engkau gemar makan? Dan banyak mana engkau makan dalam sebulan?"

Jawab semut: "Aku makan hanya sekadar sebiji gandum sebulan".

Nabi Allah Sulaiman pun mencadangkan: "Kalau kamu makan hanya sebiji gandum sebulan tak payah kamu melata di atas batu, aku boleh tolong".

Nabi Allah Sulaiman pun mengambil satu bekas, diangkat semut itu dan dimasukkan ke dalam bekas; kemudian Nabi ambil gandum sebiji, dibubuh dalam bekas dan tutup bekas itu. Kemudian Nabi tinggal semut di dalam bekas dengan sebiji gandum selama satu bulan.

Bila cukup satu bulan Nabi Allah Sulaiman lihat gandum sebiji tadi hanya dimakan setengah sahaja oleh semut, lantas Nabi Allah Sulaiman menemplak semut: "Kamu rupanya berbohong pada aku!. Bulan lalu kamu kata kamu makan sebiji gandum sebulan, ini sudah sebulan tapi kamu makan setengah".

Jawab semut: "Aku tidak berbohong, aku tidak berbohong, kalau aku ada di atas batu aku pasti makan apapun sehingga banyaknya sama seperti sebiji gandum sebulan, kerana makanan itu aku cari sendiri dan rezeki itu datangnya daripada Allah dan Allah tidak pernah lupa padaku. Tetapi bila kamu masukkan aku dalam bekas yang tertutup, rezeki aku bergantung pada kamu dan aku tak percaya kepada kamu, sebab itulah aku makan setengah sahaja supaya tahan dua bulan. Aku takut kamu lupa."

Itulah Iman Semut!

Friday, April 15, 2011

PUISI CINTA BUAT SUAMIKU

Senyummu adalah bahagiaku


Ceriamu adalah dambaanku


Gelisahmu adalah kebimbanganku


Air matamu adalah kesedihanku


Kau penglipur lara dukaku


Kau pengiring suka citaku


Bersama kita dalam menuju hari-hari yang barkah


Ikatan ini berawal dari hati atas nama cinta


Jalinan ini bermula dari rasa atas nama sayang


Pertautan ini berasal dari angan atas nama rindu


Sungguh ini adalah cinta, sayang, dan rindu..


Cinta, sayang, dan rindu atas nama pengabdian kepada Rabbul Izzati


Malam ini bintang bersinar cinta, bulan tersenyum sayang, angin mendesir rindu


Wahai bintang, bulan dan angin


Sampaikanlah salam cinta, sayang, dan rinduku kepadanya


Sungguh aku sangat mencintaimu kerana Allah.

Wednesday, April 13, 2011

Kisah Bumi Memuntahkan Jenazah Orang Murtad

 
Kisah ini terjadi pada zaman Rasulullah saw sebagai pengajaran dan tanda kekuasaan Allah SWT.
Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a, berkata:

Di antara kami ada seorang lelaki dari Bani Najjar yang beragama Nasrani, dia telah membaca surah Al Baqarah dan surah Ali-Imran serta selalu menulis untuk Rasulullah Saw. Kemudian dia melarikan diri untuk bersama-sama ahli kitab.

Anas berkata:'Ahli kitab menyanjungnya'

Mereka ( ahli Kitab) berkata: 'Lelaki ini telah menulis untuk Muhammad menyebabkan mereka mengaguminya'.

Setelah beberapa ketika bersama-sama ahli kitab, laki-laki tersebut meninggal dunia.


Ahli kitab menggali kubur dan mengkebumikannya. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Ahli kitab berkata :Ini mesti perbuatan Muhammad dan sahabat-sahabatnya kerana dia melarikan diri dari mereka. Mereka telah mengali kubur dan mengeluarkan mayat ini.

Kemudia mereka menggali kubur dengan lebih dalam dan mengebumikannya. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Ahli kitab berkata : Ini mesti perbuatan Muhammad dan sahabat-sahabatnya kerana dia melarikan diri dari mereka. Mereka telah mengali kubur dan mengeluarkan mayat ini.

Kemudia mereka menggali kubur dengan lebih dalam setakat mereka mampu. Pada pagi kesokannya, bumi memuntahkannya ke permukaan. Mereka akhirnya mengetahui bahawa itu adalah bukan perbuatan manusia. Maka mereka mencampakkannya begitu sahaja di permukaan bumi. ( Imam al-Bukhari dan Muslim)
Semoga kita dapat mengambil iktibar dari kisah benar ini yang menimpa individu yang mendurhakai Allah SWT. Semoga Allah merahmati dan mematikan kita dalam iman dan memperoleh ihsanNya.