Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Wednesday, March 9, 2011

PESANAN BUAT ANAKKU


"Wahai anakku..."
Jagalah Allah di kala susah mu nescaya Allah akan menolong mu di kala kesulitanmu,
Jagalah Allah di kala senangmu agar engkau tidak termasuk hamba yang lalai,
Laksanakanlah apa yg Allah katakan, jauhilah apa yang Allah larang...
Allah tidak akan memberikan perintah dan larangan melainkan kebaikan itu kembali kepada engkau.
Bukankah pembuat meja lebih tahu tentang meja daripada meja itu sendiri..?
Engkau lebih memerlukan Allah duhai anakku...

'' Wahai anakku...
Jadilah anak yang berbakti kepada kedua ibu bapa terutama IBUMU...
Ibumu yang mengandungkanmu dengan susah payah,
Yang telah melahirkanmu dengan mempertaruhkan nyawa,
Yang telah menyusuimu selama dua tahun,
Yang telah kau ganggu tidurnya kerana tidak sanggup melihat engkau menangis di malam hari..

' 'Hormatilah ayahmu yg telah menafkahimu dgn membanting tulang bermandikan keringat,
Yang tidak menghiraukan teriknya matahari, dinginnya malam,
Yang tidak mengenal risiko dan musibah pekerjaan yg datang setiap saat demi masa depanmu..

" Tidaklah kami mengharapkan apa-pun darimu,
Kecuali hanya do'a mu kelak ketika Malaikat maut memanggil kami,
Ketika mulut kami sudah tidak boleh bergerak berdzikir,
Ketika lidah kami sudah kaku untuk menyebut Asma Allah,
Ketika tubuh ini sudah terbujur kaku,
Ketika Malaikat Munkar Nakir menyoal kami dialam kubur,,

'' Hanya doamu yang satu-satunya saat itu harapan kami,
Sempatkanlah mengunjungi kuburan kami duhai anak ku..

'' Wahai anak ku....
Jadilah anak yang sholeh dan sholehah,
Anak yang selalu menjaga ayat-ayat Allah disaat orang-orang lain lari dari Allah,
Disaat orang-orang makin jauh dari Allah,
Berpeganglah pada tali Agama Allah.
Jangan sekali-kali engkau melepaskan nya.

'' Ingatlah tentangan zamanmu semakin berat,
Maksiat merajalela, kezaliman dimana-mana,
Ketika hak & batil sudah sukar untuk dibezakan,
Saat itu hanya orang-orang yang berwaspada akan selamat,
Insya Allah..

''Wahai anakku...
Jagalah pergaulan mu, jauhilah fitnah pergaulan mu terutama lawan jenis,
Jangan tatap yg bukan mahram, jangan pandang yg bukan mahram,
Jagalah mata hati mu dgn menundukan pandangan yg tdk halal dilihat,
Jangan matikan mata hati mudgn berhubungan non muhrim lewat syetan HP,
Berkawanlah dgn teman2 yg sholeh,Berkumpul lah dgn teman2 yg sholeh,
Insya Allah itu lebih menyelamatkan mu...

'' Wahai anakku...
Engkau boleh kalah dalam prestasi akademik,
Namun engkau jgn sampai kalah dalam prestasi Ukhrawi,
Lebih baik rangking 10 dengan puasa Isnin Kamis daripada rangking 1 tanpa melakukan puasa Isnin Khamis
Namun jika ada yg baik kenapa tidak diambil?!
Jika ada yg lebih baik kenapa ambil yg baik?!
Jadilah yang terbaik diantara yg terbaik wahai anakku...
Jangan sama dgn teman-temanmu,
minima untuk urusan Ukhrawi engkau harus tetap nombor 1..

'' Wahai anakku...
Jangan remehkan kekuatan doa,
Doamu tanpa pengetahuan orang yg kau doakan tidak ada hijab antara engkau dengan Allah,
Langsung tembus kelangit, langsung di dengar oleh Allah..
Doakanlah orang2-orang yang telah memberi hkepada mu terutama gurumu,
Doakanlah teman-temanmu, saudara-saudaramu yang tidak dapat bersekolah kerana himpitan ekonomi, kerana tergolek lemas dirumah sakit,
Hanya doa dari engkaulah harapan mereka..
Jangan sekali2 berdoa untuk diri mu sendiri, kerana bererti engkau telah melakukan penghianatan terhadap saudara mu...

'' Wahai anakku...
Berjuanglah menegakkan syiar Islam sesuai prestasimu,
Jika engkau menjadi doktor, jadilah doktor yang beriman kerana kesembuhan datang nya dari Allah,
Jika engkau menjadi guru, maka jadilah guru teladan baik bagi murid-muridmu
Jika engkau jadi pengusaha, maka jadilah pengusaha yg jujur..
Doa kami menyertai perjuanganmu wahai anakku...

'' Yang terakhir...
Susulilah kami ditaman Syurga dgn keimanan dan ketaqwaanmu.
Jangan tinggalkan solat malam, jagalah kesucian lahir mu dgn selalu menjaga wudlu, kerana itu akan mempermudahkanmu mendapat ilmu, jagalah puasa Isnin Khamis,
Sempatkan solat Dhuha sebelum berangkat kerja,
Jagalah kemantapan keimananmu dengan sollat berjamaah di masjid,
Meriahkan rumahmu dengan bacaan ayat-ayat Al-Quranmu...

''Maafkan ibu bapamu ini sekiranya tidak dapat membahagiakan kamu."

Artikel : Renungan Kisah Inspiratif

Sunday, March 6, 2011

As Salam...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya?
oleh Madihah Mh pada pada 30hb Januari 2011 pukul 8.14 ptg
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.
Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”
Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”
dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,
saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.
Jawab salam yang betul ialah ;
“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…
Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”
Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.
Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.
* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”
* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.
* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..
Sekian, semoga ada manfaatnya