Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Monday, May 27, 2013

La haula wala quwwata illa billa


La haula wala quwwata illa billa

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah SAW bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

INGATAN BUAT DIRIMU DAN DIRIKU


Berdoalah selalu.


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

Wednesday, January 2, 2013

~PUASA SUNAT 2013~

Jadual puasa sunat & Ramadhan sepanjang tahun 2013 untuk kita amalkan...insya ALLAH.

Perkongsian daripada Ustaz Don Daniyal
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." - Hadis Riwayat Bukhari

Sunday, December 30, 2012

~ Rahsia Surah Al-Kautsar~

 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


[Perkongsian daripada sahabat FB]

Saturday, December 22, 2012

~ Doa Untuk Menghindari Gangguan Syaitan ~


أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ


Maksudnya : "Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam, daripada celaan, hembusan dan bisikannya."

(Riwayat Abu Daud no. 775)
 

~ Doa Ketika Merasa Sakit Pada Bahagian Tubuh~

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Perkongsian ilmu daripada seorang sahabat FB...jom amalkan

✿Letakkan tangan pada bagian tubuh yang terasa sakit, lalu ucapkan (sebanyak tiga kali):

Bismillaah (Dengan menyebut nama Allah)

✿Kemudian ucapkan sebanyak tujuh kali:

A’uudzu billaahi wa qudratihii min syarri maa ajidu wa uhaadziru

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari keburukan apa yang aku rasakan dan aku khawatirkan. aamiin
(Hadits Riwayat Muslim 4/1728)