Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Monday, August 22, 2011

Kasihnya Ibu dan Bapa Bawa ke Syurga

Salam untuk semua, semoga dirahmati Allah

Lahirnya ke dunia, seorang bayi meraung dan menangis memecah kesunyian, saat di mana manusia sekililing menunggu ketibaan insan baru dalam kehidupan. Tangisan bayi comel itu membawa khabar gembira kepada sepasang suami isteri yang bergelar ibu dan bapa. Tangisan itu melakarkan senyuman yang berpanjangan. Penantian yang panjang selama 9 bulan 10 hari terasa sangat bermakna, pengorbanan ibu melahirkan anaknya suatu pengorbanan teragung yang tiada tolak banding.

Namun sangat memilukan apabila pusat penjagaan orang-orang tua sentiasa penuh dan bertambah dengan kedatangan penghuni-penghuni baru setiap masa. Persoalannya, apakah anak-anak sekarang sudah buta dalam menilai dan menghargai? Sedangkan nilai kasih sayang seorang ibu tidak terhingga terhadap anak yang dilahirkan. Ibu yang mendidiknya bermula dengan belajar meniarap hinggalah anak itu pandai berlari-lari, malah tidak kurang yang sangat petah berkata-kata.

Rasulullah menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: “Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.”

Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: “Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

Berbuat baik kepada ibu bapa adalah satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan bagi setiap individu yang bergelar anak tanpa mengira sama ada ibu bapanya itu beriman atau tidak. Dalam surah al-Isra', ayat 23 dan 24, Allah menerangkan kepada kita supaya sentiasa taat kepada mereka:-

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُل رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا

"Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah: Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil.

Melalui nas ini jelas menunjukkan, berbakti kepada ibu bapa bukanlah perkara yang boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang wajib dilakukan. Sebagai anak, kita perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa agar sentiasa akrab meskipun sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri. Perbuatan derhaka amatlah dilarang sama sekali dan mereka yang menderhaka akan mendapat dosa besar. Dalam satu hadis ada menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi SAW pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)

Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga. Dalam satu kisah, sahabat Nabi saw bernama Alqamah, seorang yang taat dan rajin beribadat; mendirikan sembahyang, berpuasa dan bersedekah. Namun pada saat kematiannya Alqamah sangat menderita. Begitu sulit hendak menghadap Allah SWT. Mulutnya seperti terkunci untuk mengucapkan kalimah tauhid sungguhpun setelah ditalqin yakni diajarkan oleh para sahabat. Ini adalah kerana Alqamah lebih mengutamakan dan terlalu cintakan isterinya sehingga mengabaikan ibunya.

Di akhir hayat Alqamah, ibunya tidak memaafkannya kerana masih berkecil hati dengan Alqamah. Melihat keadaannya yang nazak, Nabi memerintahkan sahabat untuk mengumpul kayu api sebanyaknya untuk membakar Alqamah, Maka pada saat itulah, cinta seorang ibu yang telah lama terkubur dalam hatinya mulai hidup dan bersemi lagi, akhirnya ibu Alqamah memaafkannya dan Alqamah dapat menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan tenang.

Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.

Hayatilah sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Redha Tuhan (Allah) ada dalam redha kedua-dua ibu bapa dan kemurkaanNya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

Sekadar renungan buat semua.. sudahkah kita berbakti kepada kedua-duanya?


Renungkanlah dan Ingatlah...

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu-bapanya;  ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah  kepadaKu dan kepada dua orang ibu bapamu, hanya kepada-Kulah kembalimu. (QS. Luqman, 31:14)

Sunday, August 21, 2011

INDAHNYA ANDAI MENJADI WANITA SOLEHAH

Beritahu kepada muslimah itu
Jaga pakaian;
Ia cermin peribadi,
Juga lambang bangsa,
Di mana dan dalam keadaan macam manapun,
Biar orang kenal…
Dia orang ISLAM
Beritahu kepada muslimah itu
Simpan secebis malu;
Kerana malu itu sebahagian daripada iman.

Indahnya andai menjadi wanita Solehah..
Lembut wanita sebab senyumannya..
Cekal wanita sebab beraninya...
Patuh wanita sebab kesetiaannya..
Sabar wanita sebab keimanannya..
Kasih wanita sebab belaiannya..
Lemah wanita sebab air matanya...
Ikhlas wanita sebab simpatinya...
Pendendam wanita sebab cemburunya...
Sayang wanita sebab sifat keibuannya..
Tanpa wanita sebagai sayap kiri perjuangan Islam..lelaki akan mnjadi lemah..
Wallahualam..

Semoga kita tergolong dalam golongan wanita Solehah..Amin ya Rabbal Aalamin

JANGAN BERPUTUS ASA KEPADA ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim / بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم .
لَا يَكُنْ تَأَخُّرُ اَمَدِ العَطَاءِ مَعَ الاِلْحَاحِ فِى الدُّعَاءِ مُوْجِبًا لِيَأسِكَ فَهُوَ ضَمِنَ لك الاِجَابَةَ فِيْمَا يَخْتَارُهُ لَكَ لَا فِيْمَا تَخْتَارُ لِنَفْسِكَ وَفِى الوَقْتِ الَّذِى يُرِدُ لَا فِى الوَقْتِ الَّذِى تُرِيْدُ
“Tertundanya pemberian setelah doa itu dipanjatkan dengan berulang-ulang, hal itu jangan menimbulkan putus asamu kepada Allah. Sebab, Allah telah menjamin diterimanya do’a, akan tetapi mengikuti pilihan Allah untukmu bukan mengikuti pilihanmu untuk dirimu dan di dalam waktu yang dikehendaki Allah bukan di dalam waktu yang engkau kehendaki”.

Berdoa adalah salah satu kewajiban seorang hamba kepada Tuhannya. Allah s.w.t berjanji akan mengabulkan do’a-do’a tersebut sebagaimana firmanNya:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombong-kan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina”. (QS. al Mu’min(40)60)

Ketika seseorang hamba berdoa kepada Allah s.w.t dengan sungguh-sungguh, terlebih lagi doa itu dilaksanakan dengan istiqamah (terus-menerus), maka doa tersebut akan dikabulkan. Demikian itu karena Allah s.w.t sudah berjanji, maka sedikitpun Allah s.w.t tidak akan mengingkari janji-janji-Nya.

Tuesday, August 16, 2011

KONGSI RESIPI-Bebola Biskut Marie


Sumber : Citarasawan

Bahan-bahan
  • 150gm biskut marie-di hancurkan
  • 60gm coklat masakan, dicairkan
  • 50gm jem (ikut suka)
  • 50ml susu segar
Hiasan : Manik gula, coklat rice atau kekacang



Cara-cara :
  1. Satukan biskut marie, coklat cair dan jem, gaul rata. Panaskan susu segar tetapi jangan sampai mendidih.
  2. Kemudian tuangkan susu panas tadi sedikit demi sedikit ke dalam adunan biskut, sebatikan sehingga menjadi doh. Biarkan seketika sehingga biskut agak lembut.
  3. Ambil doh dan bulatkan sebesar bola pingpong dan golek dengan bahan hiasan.
Perkongsian dari Riezanie's Resipi


Monday, August 15, 2011

ANTARA PEREMPUAN SOLEHAH DAN BIDADARI SYURGA

Daripada Ummu Salamah, katanya: “Aku bertanya: “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?” Jawabnya Baginda SAW: “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.” Aku bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?” Baginda SAW menjawab: “Dengan solat, puasa dan ibadah mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih, berpakaian hijau dan berperhiasan kuning…” – Riwayat At-Thabrani.
Sungguh mulia dan sempurna seorang perempuan solehah itu, tarafnya di sisi Allah SWT lebih tinggi daripada bidadari, malahan bidadari hanyalah ibarat gundik-gundik yang mengiringi setiap pergerakannya.
Seringkali orang bertanya, kenapa perlu adanya bidadari di syurga, sedangkan perempuan solehah itu sudah cukup mempesona, sudah cukup sempurna?
Sebenarnya, bidadari-bidadari syurga hanyalah memainkan peranan sebagai penyerlah kecantikan perempuan solehah tersebut. Bayangkan sebuah bintang yang bersinar paling gemerlap di langit, mana mungkin terserlah kecantikannya tanpa bintang-bintang lain yang kurang bersinar di sekeliling. Mana mungkin terserlah kecantikannya jikalau hanya bintang tersebut satu-satunya yang ada di langit. Samalah juga dalam hal ini, perempuan solehah di syurga akan terserlah kecantikannya dengan hadirnya bidadari-bidadari di sekelilingnya.
BAGAIMANAKAH YANG DIKATAKAN PEREMPUAN SOLEHAH?

Seorang gadis kecil berkata kepada ayahnya: “Wahai ayahku, aku ingin sekali menjadi perempuan solehah. Bagaimanakah perihal perempuan solehah itu?”
Si ayah pun menjawab: “Wahai anakku, seorang perempuan solehah itu bukan dilihat daripada kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata. Wajahnya hanya memainkan satu peranan yang teramat kecil. Akan tetapi, perempuan solehah dilihat daripada kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi di dalam dada. Itulah perempuan yang terbaik.”
Sambung si ayah lagi: “Anakku, seorang perempuan solehah bukan dilihat daripada bentuk tubuh badannya yang mempesona, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menutup bentuk tubuhnya yang mempesona itu. Perempuan solehah bukanlah dilihat daripada sebanyak mana kebaikan yang diberikannya, tetapi daripada keikhlasan hatinya ketika ia memberikan segala kebaikan itu. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa indah lantunan suaranya, tetapi dilihat daripada apa yang sering mulutnya bicara. Perempuan solehah bukan dilihat daripada keahliannya berbahasa, tetapi daripada bagaimana ia bicara dan hujah kebenaran di sebaliknya.”
“Lalu apa lagi ayah?” Sahut puteri kecil itu, dengan perasaan ingin tahu yang tidak berbelah bagi.
“Ketahuilah puteriku, perempuan solehah itu bukan dilihat daripada keberaniannya memakai pakaian yang grand, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya. Perempuan solehah bukan dilihat daripada kekhuatirannya digoda orang di tepi jalanan, tetapi dilihat daripada kekhuatirannya bahawa dirinyalah yang mengundang orang tergoda. Perempuan solehah bukan dilihat daripada seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia hadapi, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TuhanNya, dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberikan.”
Si puteri kecil mengangguk-angguk tanpa faham.
“Dan ingatlah wahai puteriku,” sambung si ayah lagi. “Perempuan solehah bukan dilihat daripada sifat mesranya dalam bergaul, tetapi dilihat daripada sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul.”
Si anak terus bertanya, “Wahai ayahku, siapakah yang memiliki sifat-sifat tersebut? Bolehkah saya menjadi sepertinya? Mampukah dan layakkah saya untuk berada di syurga nanti?”
Si ayah mengangguk-angguk sambil menggosok-gosok kepala puterinya. “Ya, anakku. Sesiapa sahaja boleh memilikinya. Nabi Muhammad SAW, rasul junjungan telah bersabda bahawa apabila seorang perempuan itu menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga dari pintu-pintu yang ia kehendakinya (riwayat Al-Bazzar).”
NILAI SEORANG PEREMPUAN SOLEHAH
Apakah nilai seorang perempuan solehah? Berapakah harganya di sisi Allah SWT? Jawab Al-Khawarizmi, pakar Matematik Islam:
Jika wanita solehah dan beragama = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100
Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000
Tetapi jika yang ’1′ tiada…
Maka, tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok ‘0’.
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa nilai perempuan solehah itu terlampau berharga, sehinggakan kecantikan, kekayaan dan keturunannya tidak akan dilihat sama sekali tanpa keimanan dan kepatuhan kepada Allah SWT.

Wahai perempuan solehah, ketahuilah bahawa,
Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!

RUJUKAN:
1.  Burhan Sodiq. Engkau Memang Cantik Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu; Kemilau Publika Sdn. Bhd; 2009.
2.  Wanita Solehah Lebih Baik Daripada Bidadari Syurga. http://www.rakanmasjid.com/component/content/article/36-health/496-wanita-solehah-lebih-baik-daripada-bidadari-syurga.html

Sumber: PSIPUM

Friday, August 12, 2011

Doa Keinsafan & Kemantapan Iman & Kecemerlangan

1.Tips Membakar Semangat Belajar
Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Ba’its
(Yang Maha Membakar Semangat)

Sambil Berdoa:

Ya Allah Ya Ba’its Yang Maha Membakar Semangat, hambaMu ini sangat lemah semangat, bakarkan semangatku untuk membolehkan daku belajar dengan penuh semangat.

2. Tips Menundukkan Hawa Nafsu

Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Qohhar
(Yang Maha Menundukkan Nafsu dan Ego)

Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Qohhar, sesungguhnya Engkau Maha menundukkan nafsu dan ego hamba-hambaMu, kami ini hamba-hambaMu seringkali kalah dengan hawa nafsu kami sehingga melakukan banyak kesalahan terhadapMu. Kami merintih kepadaMu agar Engkau menundukkan nafsu dan ego kami agar kami mampu melakukan agendaMu.


3. Tips Mendapatkan Ilmu Kebijaksanaan & Kecerdasan

Seru Nama Allah (40X selepas solat dan sebelum belajar / kelas bermula).
  • Allah Ya Alim ( Yang Maha Berilmu)
  • Allah Ya Hakim ( Yang Maha Bijaksana)
  • Allah Ya Rashid ( Yang Maha Cerdas)
Sambil Berdoa:

Ya Allah Ya Alim, Ya Hakim, Ya Rashid, sesungguhnya Engkau Maha Berilmu, bijaksana dan cerdas, kami ini hambaMu yang jahil merayu dan merintih akan sedikit ilmu, kebijaksanaan dan kecerdasanMu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu di dunia ini.


4. Tips Mengatur Jadul Hidup & Belajar

Seru Nama Allah (40X selepas solat)

  • Allah Ya Baari’
(Yang Maha Mengatur Jadual)

Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Baari’, sesungguhnya Engkau Maha mengatur jadual hidup hamba-hambaMu ini, kami ini hambaMu yang tidak mampu mengatur jadual hidup kami sendiri. Kami menyerahkan seluruh jiwa raga kami kepadaMu untuk Engkau aturkan dengan agenda dan jadualMu agar kami mampu menjadi hamba dan khalifahMu.


5. Tips Menyucikan Kekotoran Pada Jiwa

Seru Nama Allah (40X selepas setiap solat)

  • Allah Ya Quddus Ya Jalil
( Yang Maha Menyucikan dan Yang Maha Menjernihkan)

Sambil Berdoa:

Ya Allah Quddus Ya Jalil, Engkau Maha Menyucikan dan menjernihkan, sucikan dan jernihkan jiwaku yang kotor ini. Bersihkan penyakit malas, pentingkan diri, mengikut hawa nafsu, pentingkan dunia yang menghinggapi jiwaku ini agar jiwaku bersih dan mampu untuk taat kepadaMu.


6. Tips Mengingat Dalam Peperiksaan

Seru Nama Allah (40X selepas setiap solat dan sebelum masuk dewan peperiksaan)

  • Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan)
  • Allah Ya Haadi (Yang Maha Memberi Petunjuk)
  • Allah Ya Nur (Yang Maha Memancarkan Cahaya)
  • Allah Ya Baari’(Yang Maha Mengatur)


Sambil Berdoa :

Ya Allah Ya Zohir, yang Maha Menampakkan, nampakkan kepadaku jawapan-jawapan bagi soalan-soalan peperiksaan ini.

Ya Allah Ya Haadi, yang Maha Memberi Petunjuk, berikanlah petunjuk kepada jawapan bagi soalan ini.

Ya Allah Ya Nur, yang Maha Memancarkan Cahaya, pancarkan cahayaMu dalam fikiranku agar daku nampak jawapan-jawapan bagi soalan-soalan ini.

Ya Allah Ya Baari’, yang Maha Mengatur, aturkan jari-jari tanganku untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaan ini.

Insya Allah aamiin ya Allah.

Thursday, August 11, 2011

Kasih Dan Cinta Dalam Islam

                                                                                           
“Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta ditanya,
“Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?”,
maka dijawabnya,
“Oh, tidak…kawan sahaja atau apasahaja alasannya,”
Ketahuilah dia seorang
pasangan KAZZAB (penipu)

Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan.

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?…”

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yangtepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya,menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau’.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa’ (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau’.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikatcinta.Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab,kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura-puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengahjalan?Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat
kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.