Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Monday, August 8, 2011

Bidadari Syurga Dunia

Tika Cinta Menghampiri Diri                                  
Allahu Rabbul Izzati…
Jika Cinta kan menghampiri diri
Jangan biarkan Cinta kepada-Mu hilang di hati..
Perkenankanlah selalu untuk Mencintai-Mu..
Sepenuh hati dan Ketulusan diri

Allahu Rabbul Izzati…
Hanya kepada-Mu Cinta Hakiki
Cinta yang mengantarkan Keindahan sesungguhnya…
Cinta dengan kebersihan jiwa hati..
Cinta untuk mendapatkan Keredhaan-Mu


Allahu Rabbul Izzati…
Cinta itu pasti kan datang menghampiri diri
Berikanlah Cinta kepada seorang insan mulia..
Yang di dalam dirinya selalu ada keinginan..
Keinginan dengan tujuan Keredhaan-Mu
Itulah Bidadari Syurga Dunia..

Bidadari Syurga Dunia..
Berhiaskan Iman dan Taqwa
Wajah indah berseri.
Kerana air wudhu keseharian dirinya.

Bidadari Syurga Dunia..
Idaman semua wanita solehah
Cerminan seorang berhati mulia
Yang selalu terpatri dalam dirinya.

Bidadari Syurga Dunia..
Ada cahaya yang terpancar di wajah
Menerangi dunia dengan sinar yang menyilaukan
Kerana Kemulian dan Keindahan dirinya.

Bidadari Syurga Dunia..
Dengan rona merah di wajah
Dengan Senyum semanis madu
Yang selalu menghiasi kecantikannya.

Bidadari Syurga Dunia..
Akhlaqul karimah perhiasan dunia
Ilmu sebagai jalan menuju syurga
Dunia menjadi ladang akhirat bagi dirinya
Untuk mencapai Cinta Allah Ta’ala.

PUASA , BELAJAR DARIPADA ULAT KEPOMPONG

Puasa, mengingatkan kita kepada situasi ulat. Belajar daripada ulat..kata orang, meskipun ulat bulu ialah sejenis binatang kecil yang sangat menjijikkan namun menakutkan meskipun ia tidak berdaya.  


Bolehkah ulat mengubah dirinya
menjadi simpatik ? Ternyata boleh, iaitu dengan masuk ke dalam kepompong.  Di dalam kepompong, ulat berpuasa, "berzikir"dan "bertafakkur" selama 36 hari.


Apa yang terjadi setelah itu ?.
Ulat bulu yang menjijikkan ternyata telah berubah menjadi kupu-kupu yang sangat menarik, berwarna-warni, terbang ke sana dan ke mari.


Bagi manusia yang kelakuannya menyebalkan orang lain dan ingin memperbaiki diri, belajarlah daripada ulat bulu ini, masuklah ke dalam kepompong Ramadhan, patuhi sistem berpuasa seperti kepatuhan ulat di dalam kepompong. Kenapa 36 hari ? 30 hari puasa Ramadhan masih belum cukup, tetapi harus disempurnakan dengan puasa Syawal 6 hari. Kata Nabi, barang siapa puasa Ramadhan dan ditambah dengan 6 hari puasa
Syawal maka nilainya setara dengan puasa setahun.


Walla hu'alam...

TANDA-TANDA KURANGNYA IMAN


Tanda-tanda berkurangnya iman supaya kita lebih bersungguh menjaga iman sebagaimana nabi dan sahabat antaranya ialah:

1. Terus menerus melakukan dosa dan tidak berasa bersalah.
2. Berhati keras dan tidak berminat untuk membaca al-Quran.
3. Lambat melakukan kebaikan, seperti terlambat untuk melakukan solat.
4. Meninggalkan sunnah, sunat dan wajib
5. Memiliki suasana hati yang gelisah seperti bosan dalam kebaikan.
6. Tidak berasakan apapun ketika mendengarkan ayat al-Quran dibacakan seperti ketika Allah mengingatkan tentang hukuman dan janji-Nya tentang khabar baik dan akibat berbuat jahat.
7. Berat dalam mengingat Allah.
8. Tidak berasa risau ketika keadaan berjalan bertentangan dengan syari'ah.
9. Terlalu bersemangat dengan kedudukan dan bimbang kehilangan jawatan.
10. Kedekut dan bakhil, tidak mahu membahagikan rezeki yang dikurniakan Allah.
11. Memerintahkan orang lain untuk berbuat kebaikan sementara dirinya sendiri tidak melakukannya.
12. Berasa senang di atas kegagalan orang lain.
13. Hanya memperhatikan yang halal dan haram, dan tidak menghindari yang makruh.
14. Mempermainkan orang yang berbuat kebaikan kecil.
15. Tidak mahu memperhatikan keadaan dan musibah yang ditanggung kaum muslimin.
16. Tidak berasa bertanggungjawab untuk melakukan sesuatu demi kemajuan Islam.
17. Tidak mampu menerima musibah yang menimpanya malah menyalahkan takdir, hanya boleh terima takdir baik sahaja.
18. Suka membantah, hanya untuk berbantah-bantahan, tanpa memiliki bukti.
19. Hanya bersemangat untuk pekerjaan duniawi sebaliknya tidak bersemangat perkara ukhrawi.
20. Berasa bangga dengan kebaikan sendiri, sombong dan bongkak dengan kedudukan, malah banyak lagi.


Beberapa cara untuk meningkatkan keimanan kita:


1. Tilawah Al-Quran dan mentadabburi maknanya, hening dan dengan suara yang lembut tidak tinggi, maka insya-Allah hati kita akan lembut. Yakinkan bahawa Allah sedang berbicara dengan kita.
2. Menyedari keagungan Allah. Segala sesuatu berada dalam kekuasaannya. Banyak hal di sekitar kita yang kita lihat yang menunjukkan keagungan-Nya kepada kita.
Segala sesuatu terjadi sesuai dengan kehendak-Nya. Allah maha menjaga dan memperhatikan segala sesuatu, bahkan seekor semut hitam yang bersembunyi di balik batu hitam dalam kepekatan malam sekalipun.
3. Berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan setidaknya hal-hal dasar yang dilakukan dalam kehidupan seharian seperti cara solat dan berwuduk dengan betul, mengetahui erti daripada nama dan sifat-Nya. Orang yang bertakwa adalah mereka yang berilmu.
4. Menghadiri majlis zikir yang mengingat Allah. Malaikat mengelilingi majlis seperti itu.
5. Selalu menambah perbuatan baik lainnya. Allah akan memudahkan jalan bagi seseorang yang bersedekah dan memudahkan jalan bagi orang yang berbuat kebaikan. Amal kebaikan harus dilakukan secara berterusan.
6. Berasa takut kepada akhir hayat yang buruk. Mengingat kematian akan mengingatkan kita daripada terlena terhadap kesenangan dunia.
7. Mengingat tahap kehidupan akhirat, peringkat ketika kita diletakkan dalam kubur ketika kita diadili ketika kita dihadapkan pada dua kemungkinan, akan berakhir di syurga atau neraka.
8. Berdoa, menyedari bahawa kita memerlukan Allah. Berasa kecil di hadapan Allah.
9. Cinta kita kepada Allah harus kita tunjukkan dalam tindakan. Kita penuh berharap semoga Allah berkenan menerima solat kita dan senantiasa berasa takut akan melakukan kesalahan.
Malam hari sebelum tidur sepatutnya kita bermuhasabah memperhitungkan perbuatan kita sepanjang hari itu.
10. Menyedari akibat daripada berbuat dosa dan pelanggaran. Iman seseorang akan bertambah dengan melakukan kebaikan dan menurun dengan melakukan perbuatan buruk.
11. Semua yang terjadi adalah kerana Allah menghendaki hal itu terjadi. Ketika musibah menimpa kita, itupun daripada Allah.

Sunday, August 7, 2011

Kenapa Fitrah Wanita suka Menangis


Bismillahirrahmanirrahim.....

Kenapa wanita suka menangis??

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"
...

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.
......"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"
Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka
menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.
Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki
dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak
dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu:
Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah
pintu hatinya " tempat di mana cinta itu ada." ♥

Sifat-Sifat Wanita Ahli Syurga

Siapakah wanita yang menjadi ahli Syurga? Apakah ciri-ciri atau sifat-sifat yang menjadi kunci bagi wanita memasuki syurga?

Sebuah hadis Nabi menyatakan:
Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

Menurut hadis di atas sekurang-kurangnya ia telah menggariskan empat dasar atau sifat utama yang menjadi teras bagi seorang wanita muslimah memasuki syurga, iaitu menunaikan kewajipannya kepada Allah dalam makna melaksanakan ibadah-ibadah yang diwajibkan ke atasnya seperti sembahyang, puasa, dan lain-lain ibadah wajib yang mampu dilaksanakan.

Sebuah hadis menyebutkan bahawa sembahyang adalah perkara pertama yang akan disoal di hari Kiamat.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu, Nabi Sallallahu Alahi Wasallam bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang pertama sekali dikira dari amalan hamba di hari kiamat ialah sembahyang; sekiranya sembahyang itu sempurna, maka beruntung dan berjayalah dia, dan sekiranya ia rosak, maka kecewa dan rugilah dia, kalau kewajipan fardhu masih kurang, Allah berfirman: Lihatlah adakah amalan-amalan sunat untuk menyempurnakan kekurangan tersebut. Demikianlah seterusnya dengan amalan yang lain"
(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Di samping menunaikan kewajipan kepada Allah, menunaikan hak dan kewajipan kepada suami juga merupakan hal yang tidak boleh diabaikan oleh seorang wanita.

Tertunainya hak dan tanggungjawab suami barulah akan turun keredhaan dan rahmat Allah kepadanya. Menjaga kehormatan diri juga merupakan hal yang digariskan oleh hadis di atas. Antara hal-hal yang boleh diketegorikan dalam konteks menjaga kehormatan itu ialah mempunyai sifat pemalu, jika suaminya keluar dia akan menguruskan dan menjaga dirinya dan harta suaminya dengan amanah. Bila suaminya datang kepadanya dia akan menjaga mulut daripada menyebutkan perkataan yang tidak elok didengar.

Sebuah hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan bahawa:

"Sesungguhnya sopan santun dan keimanan adalah saling berkaitan, jika
salah satunya dikeluarkan, yang satu lagi juga akan hilang serentak."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

Maksud hadis ini ialah jika kesopanan atau sifat malu sudah hilang, iman juga akan hilang bersama-samanya. Betapa besarnya pengaruh antara kesopanan dan keimanan kepada diri seorang wanita itu, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menegaskan dengan sabda baginda:

"Apabila sesesorang itu terlibat dengan penzinaan, ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu mencuri ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu meminum arak ia bukan lagi seorang beriman, apabila seseorang itu menyelewing setelah diberi amanah oleh orang lain ia bukan lagi seorang beriman, dan apabila seseorang diantara kamu menipu ia bukan lagi seorang beriman, oleh itu berjaga-jagalah! "

Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang digambarkan oleh hadis yang dipaparkan di awal makalah ini. Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan
berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan
hak-hak suami mereka."
(Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Isteri adalah pusat dan sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya kepada suami dan juga anak-anak.

Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan damai dalam rumahtangga. Dalam hal ini, para isteri sayugialah akan sentiasa bersikap baik kepada suami. Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda:

"Seorang wanita yang menyakiti hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para malaikat dan umat manusia."

Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya.

"Wanita yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya, Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun,
walaupun dia berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya."
(Hadis Riwayat Imam Majah dan An-Nasai)

Kerdilnya Hamba


Bulan tersenyum saat malam bertandang,
Membawa seindah rasa pada sang bintang,
Hati resah tika rasa itu datang,
Nadi Iman mula bergoyang-goyang.

Kerdilnya hamba dirasakan,
Kapal diri tidak mampu dinakhodakan,
Berirama sungguh bisikan Syaitan,
Akal terlena nafsu dikejutkan.

Jiwa bertanya pada Tuhan,
Adakah ini fitrah manusiawan,
Kadang ikut Tuhan kadang ikut Syaitan,
Dangkalnya Iman jiwa tidak keruan.

Wahai Sang Tuhan,
Ku tangisi ombak harapan,
Ku titip dalam sebuah kiriman,
Agar dibersihi nista dari insan,
Biar pengakhiranku dalam keindahan,
Agar hidupku tidak hilang keredhaan,
Mahu ku jejak Syurga yang diidamkan
.

Usah Salah Guna Nikmat Sihat

Islam merupakan satu agama yang cukup memberi perhatian terhadap kesihatan. Barang siapa yang diberikan kesihatan daripada Allah s.w.t, dia mestilah memelihara kesihatan tersebut.
Betapa pentingnya menjaga kesihatan terserlah apabila Rasulullah s.a.w. menyebut dalam sebuah hadis bahawa: Permintaan yang paling disukai Allah daripada hamba-Nya ialah meminta dianugerahkan kesihatan yang sempurna. Bahkan Baginda sendiri mengajarkan umatnya supaya mengamalkan selawat shifak.
Di dalam tafsiran Ibn Abbas, nikmat yang dimaksudkan dalam ayat surah al- Kauthar ayat 8, mafhumnya: “Di kemudian hari kamu akan ditanya tentang nikmat dan ia adalah nikmat kesihatan. Manusia akan dipertanggungjawabkan apakah yang telah dilakukan ketika sihat.”
Jika diteliti syariat Islam yang diturunkan Allah kesemuanya diturunkan untuk memelihara kesihatan manusia. Cuma skop kesihatan diperluaskan pada kesihatan mental, fizikal, spirituil, keturunan dan harta. Setiap sesuatu yang diharamkan syariat adalah disebabkan Allah tahu ianya memudaratkan kesihatan manusia. Setiap yang dihalalkan pula sudah pasti boleh memanfaatkan mereka.
Menurut pandangan Islam, kesihatan akan dapat dipelihara dengan baik jika manusia mengamalkan satu tabiat hidup yang telah diatur dengan baik.
Kesihatan akan terpelihara jika manusia menjaga makan minum mereka. Ini bertepatan dengan pepatah yang menyebut you are what you eat atau anda adalah apa yang anda makan.
Islam menyeru supaya umatnya memilih makanan yang mempunyai dua kriteria, iaitu halal dan baik atau berkhasiat. Makanan kita mestilah daripada yang halal sumbernya dan zatnya serta berkhasiat dan baik yang sesuai dengan tubah badan seseorang.
Soal makan adalah penting kerana antara makanan dan keperibadian seseorang mempunyai pertalian yang amat kuat. Makanan yang baik dan halal akan menjamin akhlak yang lahir juga baik, sebaliknya makanan daripada sumber yang haram akan menyebabkan lahirnya akhlak yang negatif.
Setelah memilih makanan yang halal dan baik, Islam memberi panduan tentang adab makan pula iaitu bersederhana dalam makan. Ia menyeru umatnya supaya makan dan minumlah tapi jangan berlebih-lebih. Ini diperakui oleh para doktor bahawa makan yang berlebihan boleh mengakibatkan penyakit obesiti atau kegemukan. Rasulullah s.a.w mengajar umat baginda supaya makan dengan tiga jari yang bermaksud memperkecilkan suapan, begitu juga pesan Baginda supaya umatnya membahagikan perut kepada tiga bahagian. Satu untuk makan, satu untuk minum dan satu lagi untuk pernafasan.
Sesetengah daripada kita ada tabiat buruk dalam adab makan. Walaupun perutnya kenyang tetapi disebabkan ada di antara kawannya yang mempelawanya makan percuma, dia masih sanggup mengisi lagi perut yang sudah penuh. Tak kurang juga yang dapat peluang makan percuma di rumah terbuka atau jamuan akan mengambil peluang makan seolah-olah dia makan untuk seminggu. Ramai juga yang tidak menahan nafsu melihat deretan panjang makanan dalam jamuan bufet, lalu diambil kesemuanya hingga penuh pinggan seperti bukit akhirnya bila tidak termakan ia dibuang begitu sahaja.
Kebersihan juga memainkan peranan penting untuk menjamin kesihatan.
Banyak hadis yang mengajak umat mengamalkan kebersihan seperti seruan sugi gigi setiap kali sebelum solat. Ini bererti seorang Islam akan menggosok gigi sekurangnya lima kali sehari. Begitu juga larangan melonggok sampah di sudut rumah.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Janganlah kamu suka melonggokkan sampah di depan rumah seperti orang Yahudi.”
Demi menjamin kesihatan, orang Islam diarahkan supaya memberi hak pada setiap anggota tubuh badan supaya tercegah daripada penyakit. Sesungguhnya mencegah adalah lebih baik daripada merawat. Tubuh badan wajar diberi hak rehat dan juga hak bergerak.
Banyak riwayat daripada Rasulullah s.a.w, menceritakan kelebihan berjoging misalnya. Begitu juga untuk hak rehat, ada waktu tertentu yang disuruh kita tidur.
Pernah satu hari Baginda Rasulullah s.a.w melihat anaknya Fatimah tidur semula selepas subuh lalu baginda terus mengejutkannya dan berkata, “Adakah kamu akan tidur di waktu Allah sedang membahagikan rezekinya?”
Jika Alllah memberi sakit kepada seseorang ia adalah bertujuan mengingatkan kita pada nikmat kesihatan.
Ini disebabkan nikmat sihat dan waktu lapang adalah dua nikmat yang selalu melekakan manusia. Apabila diberi sakit barulah manusia dapat menilai erti kesihatan yang sesungguhnya tidak dapat dinilai atau dibeli dengan wang ringgit.
Menjaga kesihatan dalam Islam bukanlah sekadar luaran sahaja tetapi makanan rohani juga harus dititikberatkan. Jiwa yang tidak disantap dengan pengisian dan ilmu yang berfaedah akan terasa gersang.
Akhirnya jiwa ini akan mencari sesuatu yang tidak baik sebagai mengisi vakum di dalamnya.
Ramai juga yang terlibat dalam penyalahgunaan nikmat kesihatan. Nikmat sihat dikira salah guna jika di kala sihat manusia lupa beribadat.
Dia leka dengan perkara lain yang menjauhkan dirinya daripada Allah sebaliknya apabila dia sakit atau ditarik nikmat sihat daripadanya barulah dia teringat hendak memperbanyakkan ibadahnya.
Sesungguhnya kesihatan adalah nikmat Allah yang paling berharga. Gunakanlah ia sebaik mungkin untuk mendekatkan diri pada Allah. Penyalahgunaan nikmat sihat di sisi Allah adalah sesuatu yang dilarang di dalam Islam.

Catatan oleh:
Senator Dato' Dr.Mashitah Ibrahim