Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Saturday, December 15, 2012

~19 Hadis mengenai wanita~


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat\kan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhakterhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
 
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi,janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."


SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA...
 


Friday, August 24, 2012

~UNTUK INGATAN~

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ?

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.


Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua

Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga

Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu

Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan

Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.

Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-

MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagiku dan kita semua.

Tuesday, July 10, 2012

Al-Baqarah, 216

''...boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui...'' 
~Al-Baqarah, 216
 

Saturday, June 23, 2012

MeMaSaK MeNgIkUT SunNaH

Masya'Allah... dalam memasak pun ada doa & zikirnya. Memang bagus untuk kita semua terutama sekali untuk para muslimah.

Islam itu sempurna, bukan? Jom kita amalkan...
Terima kasih buat sahabat FBku
Selembut Sutera Secekal Waja atas perkongsian ilmunya

Friday, June 15, 2012

✿ SeTeNaNg-TeNaNg SuNgAi ✿

✿~ SeTENANG mana pun sesebuah SUNGAI itu, satu hari pasti akan melalui bahagian DERAS, berBATU, CERUN dan sebagainya..
~ Airnya juga akan TERUS mengalir ke DEPAN tanpa berPATAH balik ke BELAKANG..

✿~ Begitu juga dengan keHIDUPan.. tidak ada orang yang TIDAK merasai keSUSAHan sedikitpun sepanjang keHIDUPannya..

✿~Dan kita TIDAK akan dapat KEMBALI ke MASA DAHULU lagi..
 
~ Tetapi sesuatu perJALANan pasti ada DESTINASInya.. ingatlah, destinasi SUNGAI ialah ke LAUT, 

✿~Dan destinasi MANUSIA ialah kepada PENCIPTAnya.. ~✿

♥ 8 rangkaian kata-kata indah Rabiatul Adawiyah ♥

✿ 1. “Barang siapa yang menyukai sesuatu nescaya banyak menyebutnya.”

✿ 2. “Mencari rumah untuk dijadikan tempat tinggal amat mudah, tetapi mencari jiran adalah sukar.”

✿ 3. “Apabila ada kegembiraan dengan musibah seperti kegembiraannya dengan nikmat, itulah tanda keredhaan Allah.”

✿ 4. “Tuhanku, tidakku dengar suara binatang mengaum, tidakku dengar desiran pohon yang bergeser, tidak ada air yang mengalir, tidak ada siulan burung yang menyanyi, tidak ada nikmatnya teduhan yang melindungi, tidak ada tiupan bayu yang bertiup nyaman dan tidak ada dentuman guruh yang menakutkan, melainkan ia menjadi bukti keesaan-Mu. Serta tiada satu pun yang sama dengan-Mu.’

✿ 5. “Biar waktu yang akan membuktikan bahawa tiap langkah yang dipijak, tiap titisan darah dan keringat yang mengalir, tiap jiwa yang melayang, akan sampai pada satu keadaan di mana keadilan adalah nadinya. Kesejahteraan adalah nafaznya, kebijaksanaan adalah sifatnya, dan redha Allah adalah tujuannya.”
 ✿ 6. “Ya Allah, ya Tuhanku, Aku berlindung kepada Engkau daripada segala yang boleh memesongkan aku daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau.”

✿ 7. “Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah yang dinamakan cinta.”

✿ 8. “Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku didalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak pada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadamya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar dan berilah aku peluang untuk melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.” 
Dari Majalah IMAN Keluaran Isu no 03


Thursday, June 14, 2012

Selawat Munjiyah

Sumber :http://www.facebook.com/darussyifa
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya 

bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi 

(Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang 

beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta 

ucapkanlah salam dengan penghormatan." 

[Al-Quranul Kareem | Al-Ahzab, 33 : 56]