Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Saturday, December 10, 2011

JIWA TENANG DAN GELISAH KETIKA DI PADANG MAHSYAR


SEMUA anggota akan menjadi saksi di atas segala perbuatan di padang Mahsyar kelak. Firman Allah: "Pada hari itu (kiamat) akan bersaksilah ke atas kamu oleh segala lidahmu, tanganmu dan kakimu dengan segala sesuatu yang telah kamu lakukan di dunia dahulu." (Surah An-Nur ayat 24).

Oleh itu, kita mesti menjauhi segala kejahatan yang ditimbulkan anggota badan. Ada ulama yang mengatakan Allah menciptakan tujuh neraka itu sebagai tempat menyeksa anggota yang melakukan dosa.

Maka mata hendaklah digunakan melihat perkara yang baik dan indah, bukan yang haram, yang lucah dan cabul. Telinga mendengar yang baik-baik, bukannya mendengar perkara yang mengandungi maksiat dan haram seperti umpatan dan fitnah.

Perut pula mesti diisi dengan yang halal. Yang buat kita tidak tenang ialah sebab hati kita kotor, bukan saja dengan dosa tapi juga akhlak tercela.

Luqman Al-Hakim menasihati anaknya: "Wahai anakku, apabila perut dipenuhi makanan, maka gelaplah fikiran, bisulah lidah dari menuturkan hikmah (kebijaksanaan) dan malaslah segala anggota badan untuk beribadah." Sahabat Nabi, Abdullah Mas'ud berkata: "Empat perkara yang menggelapkan hati atau melembapkan otak: perut yang terlalu kenyang, berkawan dengan orang yang suka membuat maksiat, tidak insaf terhadap dosa yang lalu dan panjang angan-angan."

Sifat tercela yang membuat kita risau dan sasau adalah hasad dengki iaitu tidak senang melihat orang senang, takbur, ego serta sombong.

Itulah stress pertama dialami syaitan ketika kejadian Adam kerana bimbang Adam akan menandinginya. Begitu juga ujub dan riak, berasa dialah yang sempurna sedangkan orang lain rendah, dengan mengharapkan pujian dan sanjungan, apa lagi bakhil dan kedekut, tidak akan pernah tenang, hatinya akan terikat dengan harta, cinta harta tak salah tapi kedekut itu buat orang gundah.

Apa lagi cintakan kepada kemasyhuran dan 'glamor', langsung tiada perasaan rendah diri pasti hati akan gelisah. Sifat pemarah juga menjadikan orang menjadi pendendam, hanya rasa takut kepada Allah saja boleh menghilangkan rasa marah itu.

Berdusta dan menipu membuat hati dibayangi penyesalan dan tidak tenteram. Dalam kehidupan ini, pasti kita bertemu dengan dua jenis manusia iaitu manusia yang jiwanya tenang dan manusia yang jiwanya gelisah.

Alangkah baiknya jika kita memiliki jiwa yang penuh dengan ketenangan dan ketenteraman. Sebaliknya, pasti rasa gelisah jika seseorang itu jiwanya mengalami kegoncangan dan kegawatan.

Apabila berdepan dengan situasi berkenaan, diri pasti menjadi bingung menyebabkan jiwa dalam kegelisahan dan rasa tidak menentu, terasa bagai tiada tempat mengadu, terkapai-kapai sendirian dan berputus asa.

Saat demikian kita tentu amat memerlukan sesuatu yang dapat membersihkan jiwa dan fikiran daripada kegelisahan. Sekiranya penyakit kencing manis kerana masalah gula berlebihan, kolesterol tinggi kerana banyak lemak, stress pula disebabkan tekanan, maka jiwa yang tidak tenteram pun ada sebabnya.

Sebab utamanya adalah dosa. Dosa adalah racun. Ia meracuni hati dan perasaan, berbanding racun biasa yang memudaratkan anggota badan.

Cara terbaik menyesali dosa silam adalah bermuhasabah. Jika hidup tanpa muhasabah, kita sukar mengetahui mana satu perbuatan harus dikurangkan dan mana satu perbuatan mesti ditinggalkan terus.

Akibatnya, hancurlah nilai kemanusiaan. Pendek kata, muhasabah sangat penting kepada kehidupan Muslim kerana orang yang bermuhasabah termasuk dalam kumpulan mereka yang ingin kembali kepada Allah.

Saidina Umar r.a pernah berkata: "Muhasabah dan hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung di hadapan Allah." Mereka yang berani bermuhasabah dan kemudian melakukan perubahan sebenarnya orang yang berjaya.

Allah berfirman maksudnya: "Golongan yang bertakwa adalah golongan yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka ingat kepada Allah dan memohon ampun di atas dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah. Mereka tidak meneruskan perbuatan keji sedang mereka mengetahui." (Surah Ali-Imran ayat 135).

Antara soalan muhasabah diri ialah sudahkah kita menunaikan segala suruhan Allah? Jika dengan ibu bapa, kita takut dimarahi.

Bagaimana pula dengan Allah? Selepas Rasulullah wafat, Saidina Abu Bakar bertanya kepada anaknya, Aisyah r.a, isteri Rasulullah s.a.w. "Apakah lagi ada perbuatan yang nabi buat sedang ayah tidak melakukannya?"

Lihatlah betapa prihatinnya beliau terhadap amalan sehingga jika boleh, beliau hendak ikut semua amalan yang pernah nabi lakukan.

Selain itu, sudahkah kita menambahkan ilmu pengetahuan mengenai Allah, rasul, malaikat, segala Rukun Iman dan Rukun Islam? Sepatutnya berilah sedikit waktu bagi menambahkan ilmu agama.

Adakah kita membaca al-Quran pada setiap hari? Al-Quran ialah penawar, ubat yang mujarab kepada seluruh alam. Menerusi al-Quran, manusia mempunyai panduan, petunjuk, malah menjadi teman di kala kesunyian di alam kubur.

Setiap hari kita boleh membaca akhbar, maka membaca al-Quran sepatutnya lebih diutamakan.

Kemudian adakah kita sering kali sibukkan masa dengan mencari kesalahan orang lain dan melupakan kesalahan yang dilakukan diri sendiri?

Firman Allah bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Jauhilah daripada bersangka buruk terhadap sesama Muslim. Sesungguhnya ia adalah satu dosa."


Sumber : www.al-bakriah.com.my-Ditulis oleh Zawawi Yusoh

Pesanan Buat Diriku dan Dirimu

 


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w. 
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8)Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Al Quran adalah Penyembuh dan Rahmat Allah SWT

Allah Maha Penyembuh...Yakinlah..





 وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ 
 dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku – Al Syu’araa : 80

وَإِن يَمْسَسْكَ اللَّهُ بِضُرٍّ فَلَا كَاشِفَ لَهُ إِلَّا هُوَ
Jika Allah menimpakan sesuatu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia.  Yunus:107
Allah ta’ala mengatakan al Quran adalah penyembuh -Syifaa

وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاء وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ
Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman  - Isra:82

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاء
Katakanlah, Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman


Hadis sahih Rasulullah s.a.w
قال النبي -صلَّى الله عليه وسلم :  عليكم بالشفائين: العسل والقرآن  
Bersabda Nabi s.a.w, bagi kamu 2 penawar:  Madu dan al Quran - riwayat ibn Majah, Hakim, Baihaqi


Kata-kata ulamak
العلامة ابن القيم رحمه الله: "فمن لم يشفه القرآن فلا شفاه الله ومن لم يكفه فلا كفاه الله"


Berkata Imam Ibn Qayyim rhm: Sesiapa yang tidak dapat disembuhkan oleh al Quran, maka Allah tidak akan menyembuhkan orang tersebut, dan barang siapa yang tidak merasa cukup dengan al Quran, maka Allah tidak akan membuatnya cukup selamanya – Lihat Zad al Ma’ad


Kisah Ibn Qayyim
Imam Ibn Qayyim rhm: Aku pernah sakit ketika berada di Makkah. Waktu itu aku tidak menemukan doktor atau ubat. Akhirnya aku mencuba mengubati diriku sendiri dangan surah al Fatihah. Aku melihat pengaruh yang amat menakjubkan. Kemudian aku mengambil segelas air zam-zam. Aku bacakan al Fatihah berulang-ulang ke dalam air tersebut, lalu aku minum. Setelah itu aku pulih seperti sediakala. Dari pengalaman tersebut, aku melakukan hal yang sama apabila diserang penyakit. Kesannya sangat luar biasa.  Aku juga biasa mengubati dengan cara ini bila orang-orang yang datang mengeluh sakit kepadaku. Banyak di antara mereka sembuh dengan cepat – lihat kitab Zad al-Ma’ad.

Syarat yang mesti dipatuhi

Beriman & Yakin

قُلْ هُوَ لِلَّذِينَ آمَنُوا هُدًى وَشِفَاءٌ ۖ وَالَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ فِي آذَانِهِمْ وَقْرٌ وَهُوَ عَلَيْهِمْ عَمًى
Katakanlah, Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar)

Doa Nabi Ayub

أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ 


"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang" al Anbiya:83
Faktor kepada  ketenangan jiwa
Hidayah petunjuk dan tauhid – kerana kesesatan dan kesyirikan penyebab kepada tekanan dan rasa sempit


Keimanan yang tulus disertai amal salih.
Ilmu yang bermanafaat. Seseorang yang luas ilmunya akan luas dan lapanglah dadanya.

Sentiasa berzikir kepada Allah pada setiap waktu dan keadaan. Zikir mempunyai pengaruh yang sangat besar untuk membuatkan dada jadi lapang serta menghilangkan kesedihan dan kebimbangan.
Berserah diri dan kembali kepada Allah, mencinta-Nya sepenuh hati, dan menghadapkan seluruh jiwa dan raga kepada-Nya serta merasakan kenikmatan ketika beribadah kepada-Nya
Bersikap berani. Orang yang berani adalah orang yang lapang dadanya.Melihat orang yang lebih rendah dan tidak melihat orang yang lebih tinggi dalam perkara kesihatan dan rezeki serta hal-hal lain yang berkaitan

Menyandarkan hati, tawakkal, dan berbaik sangka pada Allah. 


Orang yang benar bertawakkal pada Allah tidak akan terpengaruh oleh was-was dan hal-hal yang membawa kepada kebimbangan
Berbesar hati, tidak gelisah, dan tidak emosi kerana pengaruh rasa cemas dan khayalan yang disebabkan oleh fikiran-fikiran buruk. Tidak kecewa dan marah, tidak mengharapkan hilangnya hal-hal yang tidak disukai, dan tidak mengharap terjadinya hal-hal yang dibenci. Hendaklah menyerahkan segala urusan kepada Allah azzawajalla, sambil tetap berusaha hal-hal yang bermanafaat dan selalu memohon ampunan dan keselamatan kepada-Nya.
Hanya memikirkan hal-hal yang membawa manafaat kepada agama dan dunia.Jika ditimpa sesuatu yang tidak disukai, hendaknya membandingkannya dengan pelbagai nikmat yang telah dikurniakan untuknya, baik yg berbentuk agama, juga dunia. Akan nyata nikmat jauh lebih banyak. Demikian juga bandingkan antara bahaya yang dibimbangi akan menimpa dirinya dengan keselamatan yang dia akan dapati. Jangan biarkan kemungkinan yang kecil mengalahkan kemungkinan yang lebih besar and lebih kukuh. Dengan cara perbandingan seperti ini, nescaya kekuatiran dan kegelisahan yang terdapat pada dirinya akan hilang.

Doa-doa al Sunnah Bila keluh-kesah, sedih, bimbang, dalam kesusahan

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ عَبْدُكَ، ابْنُ عَبْدِكَ، ابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِيْ
بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ
أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِيْ كِتَابِكَ،
أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِيْ عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ،
أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيْعَ قَلْبِيْ، وَنُوْرَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ


“Ya Allah! Sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (Adam) dan anak hamba perempuanMu (Hawa). Ubun-ubunku di tanganMu, keputusan-Mu berlaku padaku, qadhaMu kepadaku adalah adil. Aku mohon kepadaMu dengan setiap nama (baik) yang telah Engkau gunakan untuk diriMu, yang Engkau turunkan dalam kitabMu, Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang Engkau khususkan untuk diriMu dalam ilmu ghaib di sisiMu, hendaknya Engkau jadikan Al-Qur’an sebagai penenteram hatiku, cahaya di dadaku, pelenyap duka dan kesedihanku.”
(HR. Ahmad 1/391. Menurut pendapat Al-Albani, hadits tersebut adalah sahih)

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحُزْنِ، وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ، وَضَلَعِ الدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ

“Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari (hal yang) menyedihkan dan menyusahkan, lemah dan malas, bakhil dan penakut, lilitan hutang dan penindasan orang.”
(HR. Al-Bukhari 7/158. Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam senantiasa membaca doa ini, lihat kitab Fathul Baari 11/173)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ الْعَظِيْمُ الْحَلِيْمُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيْمُ
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَرَبُّ اْلأَرْضِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْكَرِيْمُ


“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Pengampun. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai arasy, yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Tuhan Yang menguasai arasy, lagi Maha Mulia.” (HR. Al-Bukhari 7/154, Muslim 4/2092)

اَللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو فَلاَ تَكِلْنِيْ إِلَى نَفْسِيْ طَرْفَةَ عَيْنٍ،
وَأَصْلِحْ لِيْ شَأْنِيْ كُلَّهُ، لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ

“Ya Allah! Aku mengharapkan (mendapat) rahmatMu, oleh karena itu, jangan Engkau biarkan diriku sekejap mata (tanpa pertolongan atau rahmat dariMu). Perbaikilah seluruh urusanku, tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau.”
(HR. Abu Dawud 4/324, Ahmad 5/42. Menurut pendapat Al-Albani, hadits di atas adalah hasan dalam Shahih Abu Dawud 3/959)

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَانَكَ إِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِيْنَ

“Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau.Sesungguhnya aku tergolong orang-orang yang zhalim.”
(HR. At-Tirmidzi 5/529 dan Al-Hakim. Menurut pendapatnya yang disetujui oleh Adz-Dzahabi: Hadits ini shahih 1/505, lihat Shahih At-Tirmidzi 3/168)

اللهُ اللهُ رَبِّي لاَ أُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا

“Allah-Allah adalah Tuhanku. Aku tidak menyekutukanNya dengan sesuatu.”(HR. Abu Dawud 2/87 dan lihat Shahih Ibnu Majah 2/335)
Kitab Rujukan

سعيد بن علي بن وهف القحطاني, العلاج  بالرقى من الكتاب والسنة
ابو الفداء محمد عزت محمد عارف, عالج نفسك بالقرآن

Berubat Dengan Doa dan Ruqyah dari al-Quran & sunnah,Dr.Sa’id bin Ali Wahf al-Qohthoni.
Ubatlah dirimu dengan Quran, Abu al-Fida’ Muhammad I’zzat Muhammad A’riff.

Perkongsian daripada sahabat Fb ku Hjh Has Zahrany

Friday, December 2, 2011

DOA SEWAKTU BERSUJUD & KEISTIMEWAANNYA



Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya.

Sabda Rasulullah s. a. w :- "Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, iman yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat.

Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya.

Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat"

Mendengar itu para sahabat bertanya: "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda: "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?"

Sahabat Menjawab: "Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana sesungguhnya pada hari itu kiamat) muka umatku akan putih (berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah swt menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud"

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

"Tunjangkanlah resah mu di dada SOLAT, Himpunkan perit mu di genggaman DOA, Tutupi kekecewaan mu dgn keTAQWAan dan Nilaikan kesucian hati mu dengan keIKHLASAN hati."

KEBESARAN SOLAT 2 RAKAAT

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. ' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syura Ma'waa.

Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail a.s dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail a.s selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meski! p! un aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan....."

Marilah sama-sama kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.

* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).

* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila ia mengkehendaki sesuatu, hanyalah ia berfirman kepada (hakikat)benda itu: "Jadilah Engkau!", maka ia terus menjadi"-ayat 82, surah Yassin.
Wallahu'alam Bisshawab.

HATI VS RASA


Berbicara tentang hati dan rasa kukutip bait2 puisi daripada seorang sahabat muka bukuku, terima kasih kak Sharifah Hanim atas perkongsian. Hati dan Rasa hanya milik Allah.Dipinjamkan sementara cuma.Kemudikan hati kita agar tidak terasa kecewa, hawa nafsu tundukkan segala,pada Alah serahkan semuanya.



A  ~  Apalah hebatnya sebuah rasa

B  ~  Bertelingkah hati di luar batasan

C  ~  Cermin hati dicalari kuku kuku perasaan

D  ~  Damai bagai terjerut tali kekeliruan

E  ~  Ego berbalah disanggah resah

F  ~  Fikir mengalah disimbah asid nafsu serakah

G  ~  Galaknya perasaan menghayun senjata tajam leka

H  ~  Hati tersayat tiada berdarah

I  ~  Iman tertunduk ditempeleng nafsu durjana

J  ~  Jantung berdetak rasa terus memberontak

K  ~  Keadilan tercabar rasa seakan tiada gentar

L  ~  Laluan hati terbiar dalam kawalan rasa

M  ~  Mengherdik hati pada rasa umpama sia sia

N  ~  Naluri rasa cuba bermaharajalela

O  ~  Ombak rasa mengganas hati menjadi lemas

P  ~  Patah sayap hati dipanah petir rasa menggila

Q  ~  Qualifikasi hati terus dicabar rasa

R  ~  Rakusnya rasa menyentap keharmonian hati

S  ~  Suara hati menjerit lemah seakan kalah

T  ~  Tolonglah hamba-Mu Ya Allah

U  ~  Usirlah rasa kejam menakluk hati

V  ~  Vacuum pembersih kotoran hati seakan mogok berhenti

W  ~  Wahai Pemilik hati pada-Mu diserahkan urusan hati

X  ~  X ray untuk scan dalaman hati ada di Tangan-Mu

Y  ~  Yang Maha Pemberi Yang Maha Penguasa segala

Z  ~  Zaman menelan peradaban insan,moga iman tidak hilang dibaham perasaan.

Thursday, December 1, 2011

JENIS-JENIS HATI




Para ulama telah menyatakan, Allah S.W.T  telah mengkategorikan hati kepada 3 jenis

1. Qalbun Sahih
Qalbun Sahih bermaksud hati yang suci. Apabila kita menyebut perkataan suci, ianya bermakna hati itu bersih, sihat dan bebas daripada segala gangguan yang boleh menyebabkan pemiliknya menentang perintah dan larangan Allah. S.W.T

2. Qalbun Mayyit
Qalbun Mayyit bererti, hati yang mati. Orang yang memiliki jenis hati ini tidak akan mengenal penciptanya. Mereka tidak mahu menyembah Allah, serta tidak akan dicintai Allah. Selain itu, mereka juga tidak mahu mendapat keredaan daripada Allah serta akan terlepas daripada rahmat Allah.

3. Qalbun Maridh
Hati ini adalah hati yang sakit, Golongan yang mempunyai jenis hati ini, masih mempunyai kehidupan tetapi hatinya ada menyimpan benih-benih penyakit. Kadangkala mereka hidup sihat, tetapi ada ketikanya mereka kadangkala melebihkan dunia, ikut nafsu, tamak, dengki, takabbur, ujub dan riak.

Kita perlu ingat, kita bukan sahaja perlu membersihkan diri daripada segala jenis kotoran, kuman dan penyakit tetapi hati juga perlu dibersihkan daripada sifat tercela ini.

Hati yang sakit ini, asalnya mempunyai dua motivasi
> Motivasi untuk  mengajak kepada Allah, Rasul serta mencari kebahagiaan abadi di akhirat
> Motivasi untuk menuju kepada kehidupan dan kebahagiaan di dunia yang sifatnya hanya sementara

Beza hati Mukmin dan Hati  kafir
Sayidina Ali berpesan: 
Hati seseorang mukmin itu bersih, terdapat pada pelita yang bercahaya.
Manakala hati sesorang kafir itu hitam serta berpenyakit"

Sumber:
ubathatiapakahpenawarnya.blogspot.com

PENGHULU ISTIGHFAR



Dari Syaddad bin Aus radhiallahu 'anhu dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, maksudnya:

"Penghulu istighfar ialah apabila seseorang mengatakan, 
Ya ALLAH, ENGKAUlah Tuhanku tiada Tuhan melainkan ENGKAU yang menjadikan aku dan akulah hambaMU dan aku sentiasa dalam genggaman (kuasa)MU dan aku terikat dengan perjanjian denganMU semampuku. Sesungguhnya aku berlindung kepadaMU daripada kejahatan yang aku lakukan. Aku kembalikan kepadaMU segala nikmat yang ENGKAU berikan kepadaku dan aku kembali kepadaMU dengan dosaku, oleh kerana itu ampunilah aku, kerana tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali ENGKAU). 

Nabi MUHAMMAD SAW bersabda, "Sesiapa membacanya pada siang hari dengan penuh keyakinan lalu ia mati pada hari itu sebelum datang petang hari maka ia termasuk dari ahli syurga. Dan sesiapa membacanya pada malam hari dengan penuh keyakinan, lalu ia meninggal dunia sebelum pagi hari maka ia termasuk dari ahli syurga".

(Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari)