Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Wednesday, August 3, 2011

Doaku Untukmu Ibu dan Ayah Tercinta

Ya Allah,
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka.......

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya,
atas didikan mereka padaku dan Pahala yang
besar atas kasih sayang yang mereka limpahkan padaku,
peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan
atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku,
atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku,
maka jadikanlah itu semua penyebab susutnya
dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala
kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
hanya Engkaulah yang berhak membalas
kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.


Amin Ya Rabbal 'alamin

Tuesday, August 2, 2011

BICARA KUNCI..

~ Kunci kemuliaan adalah taat kepada Allah SWT dan Rasul-Nya.

~ Kunci rezeki adalah berusaha disertai dengan  istighfar dan ketaqwaan.

~ Kunci syurga adalah mengesakan Allah SWT
    (Tauhid).










~ Kunci iman adalah merenungkan ayat-ayat Allah SWT dan tanda-tanda kebesaran yang ada pada makhluk-makhluk-Nya.

~ Kunci kebaikan adalah kejujuran.

~ Kunci kehidupan hati adalah merenungkan Al-Quran, berdoa di malam hari dan
   meninggalkan perbuatan dosa.

~ Kunci ilmu pengetahuan adalah tidak malu untuk bertanya dan mendengar dengan baik.

~ Kunci kemenangan dan kejayaan adalah sabar.

~ Kunci kebahagiaan adalah taqwa.

~ Kunci bertambahnya nikmat adalah bersyukur.

~ Kunci mencintai akhirat adalah zuhud terhadap duniawi.

~ Kunci agar permintaan dikabulkan oleh Allah adalah berdoa.

8 Cara Kekal Romantik

بسم الله الرحمن الرحيم.
السلام عليكم ورحمة الله
Artikel ni bukan aku sendiri yang tulis ye...jalan2 menerjah blog kawan2, aku cuma copy paste dan edit sikit2 utk bacaan sendiri sambil belajar sikit cara camne nak jadi romantik... agak2nyalah blh ke kita praktik..mudah kot..

Orang kata, apabila usia sesebuah perkahwinan itu semakin meningkat, perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing semakin berkurangan. Malah apa yang dilalui hari-hari bersama pasangan hanyalah satu tanggungjawab dan rutin yang perlu dipenuhi.

Benarkah begitu? Tangapan sebegini sebenarnya lahir daripada mereka yang tidak jujur dengan perkahwinan sendiri.Usia perkahwinan yang semakin bertambah bukanlah alasan untuk merenggangkan sesebuah perhubungan. Ini kerana terdapat banyak cara yang boleh dilakukan agar sesebuah perkahwinan itu tetap harmoni dan penuh dengan perasaan cinta!

Di sini aku kongsikan lapan cara yang boleh anda praktikkan untuk memastikan cinta anda dan pasangan tetap menyala. Pastinya bukan semua kaedah ini mampu memberikan hasil secara langsung kerana ia memerlukan masa dan perlu dijadikan amalan supaya hubungan kasih sesama pasangan terus terikat kukuh.

1. Sesekali masaklah makanan kesukaan pasangan anda, contohnya untuk minum petang. Lebih romantik apabila anda sajikan pada saat dia sedang mengerjakan hal-hal kecil di sekitar rumah. Walaupun cara ini kelihatan mudah, namun kesannya sangat positif. Pasangan akan lebih menghargai jika selera dan pakaiannya dijaga rapi oleh insan tercinta.Sesekali apa salahnya jika sang suami masakkan untuk si isteri...tentu lebih ok kan..

2. Berikan perhatian lebih kepada pasangan ketika dia jatuh sakit. Menemaninya di kamar tidur dan memenuhi apa sahaja kemahuannya merupakan satu terapi terbaik untuk si dia yang tidak sihat. Jangan sesekali beranggapan permintaannya itu sebagai mengada-ngada atau sekadar mahu menarik perhatian. Ini kerana pasangan yang kurang sihat lebih sensitif dan emosi mereka juga kurang stabil. Jadi, jalankanlah peranan anda sebagai seorang isteri dan jururawat kepada pasangan sebaik mungkin.

3. Aktiviti memasak juga dipercayai mampu mengeratkan lagi perhubungan suami isteri. Apa kata anda pilih satu resepi kegemaran keluarga dan masak bersama-sama. Jangan lupa sediakan minuman kesukaan si dia dan putarkan muzik perlahan agar suasana menjadi lebih hangat dan romantik.

4. Setiap orang menyukai kejutan. Salah satu caranya adalah dengan mengirimkan emel atau SMS cinta untuk pasangan. Misalnya, SMS yang berbunyi "I love you" pada saat-saat yang tidak dijangkanya.

5. Anda seharusnya tahu akan kesukaan, minat atau hobi pasangan masing-masing. Untuk meningkatkan tahap romantik anda dan pasangan, apa kata anda cuba meminati hobinya. Tidak perlu memaksa diri, cukup sekadar memberikan sokongan serta prihatin apabila dia bercerita tentang hobinya kepada anda. Perhatian anda pastinya akan membuatkan hati si dia senang dan bertambah sayang kepada anda.

6. Sesekali tuliskan ayat-ayat cinta yang romantik di atas sekeping kad kecil dan lekatkannya di tempat yang mudah dilihat oleh pasangan, contohnya di pintu peti sejuk. Kejutan sebegini pastinya akan membuatkan pasangan anda tersenyum dan tidak sabar untuk mendakap anda sebagai tanda terima kasih.

7. Lakukan aktiviti harian yang biasanya dilakukan oleh pasangan anda seperti menyapu sampah dan mengemas rumah. Si dia pastinya pelik dengan apa yang anda lakukan dan apabila si dia bertanya kepada anda mengapa, jawablah dengan penuh perasaan...“Because I love you..”

8. Jika selalunya anda yang menentukan tempat bercuti atau tempat untuk menjamu selera, apa kata sesekali anda beri peluang kepada pasangan untuk membuat pilihan. Sikap toleransi dan keterbukaan anda ini pastinya akan membuatkan si dia bertambah cinta kepada anda.

Sesekali bagilah dia bunga....terutamanya untuk isteri anda yang gemarkan bunga...

PERSAHABATAN KITA

Sahabat bukanlah MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya…
Bukan Ekonomi yang merupakan MATERI…
Bukan juga PPKN yang dituntut oleh ilmu…
Tapi sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa
Persegi punya 4 titik,,,
Segitiga punya 3 titik,,,
Garis punya titik awal dan titik akhir,,,
Tapi persahabatan kita seperti Lingkaran yang tidak mempunyai titik awal dan akhir…!!!
Aku mungkin bukan teman yang “sempurna” yang kamu cari…
Bukan juga yang “terbaik” di antara semua…
Tapi, satu yang pasti… aku salah satu teman yang akan selalu “Mengingatimu”…
Milikilah sebuah “hati” yang takkan pernah membenci…
Sebuah “senyuman” yang takkan pernah pudar…
Sebuah “sentuhan” yang takkan pernah menyakiti,,,
Sebuah “cinta” yang takkan pernah pindah ke lain hati…
 













Dan sebuah “Persahabatan” yang takkan pernah saling mengkhianati….
Sendiri bukan bererti sepi…
Bersama belum tentu bahagia,,,
Cinta belum tentu indah…
Menangis belum tentu juga sedih…


Berpisah jangan disesali,,,
Tapi, berpisah dengan “sahabat” itulah yang amat disesali….!!!!
Mungkin aku bukan siapa-siapa di matamu,,
Aku cuma mungkin sepenggal iklan dalam hidupmu…
Tapi, aku ingin kau tahu…
Aku akan tetap di sini untukmu…

CantikNya Seorang WANITA

Cantiknya wanita itu..
Cantik seorang wanita itu,sebagai gadis bukan kerana merah kilauan lipstik pada bibir mekar senyuman kosmetik.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai remaja bukan pada kemulusan kulit.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai hawa bukan kerana memikat dan meruntuhkan keimanan kaum adam.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai anak yakni menjadi anak berbakti.
 
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai kakak atau adik adalah menyayangi saudaranya sepenuh hati.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai isteri yakni menjadi pendamping suami nan setia,
 
Seia sekata berjuang bersama menjadikan rumah baiti janati,
 
Penyejuk mata, penawar hati, penajam fikiran,
 
Di rumah isteri.... di jalanan kawan.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai menantu menjauhi pertelingkahan dgn ipar.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai ibu pendidik putra putrinya sbg mujahid sejati.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai mertua tulus hati memberi kepada semua.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai nenek memberi contoh teladan buat cucu cicit.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai warga tua menghitung dengan selembar mashaf.
 
Cantik seorang wanita itu, sebagai akidah mengendam rindu kekasih..... pasrah di atas sejadah.

* KeRENDAHan Hati *

Hatiku ...jujurlah... Kalau engkau tak sanggup menjadi cemara yang kukuh di puncak bukit ... jadilah saja belukar yang teguh di tepi jurang.Belukar itu senantiasa istiqomah dalam perjuangannya untuk hidup. Ia belajar dari kesehariannya untuk mendewasakan batangnya, batangnya yang menyanggahnya untuk tidak masuk ke dalam jurang...
Hatiku...ketahuilah!!!
Ternyata untuk menjadi belukar saja itu tidak mudah!!!
Belukar harus ikhlas agar ia tak iri pada cemara...
Belukar harus tawadhu' agar ia tak sombong pada rumput...
Belukar tetap belukar sampai ia bisa berjumpa dengan Penciptanya...
Kalau engkau tak sanggup jadi belukar...jadilah saja rumput,
Tetapi rumput yang senantiasa memperkuat pinggiran jalan...
Kalau engkau tak sanggup menjadi langit...jadilah saja bumi,
Tetapi bumi yang setia dan ikhlas untuk dipijaki oleh setiap manusia.
Tidak semua insan sanggup berbuat seperti pengemis yang tawadhu',...
Izzah'nya tinggi walau orang lain merendahkannya...
Kerana ia mempunyai HATI sehingga dekat dengan sang Robbi...
 ♫•*¨*•.¸¸ﷲ¸¸.•*¨*•♫♥::♥::♥ hamba...ﷲ♥::♥::♥♫•*¨*•.¸¸ﷲ....¸¸.•*¨*•♫ *♥*
  بِسْــــــ...ــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ *♥*
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku agar kalian rendah hati hingga tidak ada seorang pun yang berbuat jahat atas yang lain dan tidak berbangga satu orang atas yang lain." (HR Abu Daud). Allah memberikan jaminan kepada orang-orang yang rendah hati untuk mengangkat darjatnya, meneguhkan posisinya, meningkatkan kedudukannya. Ini semua tak lebih kerana dalam rendah hati itu ada kasih yang bergelora pada orang lain, ada cinta yang membahana pada mereka sehingga dia beranggapan bahwa tidaklah pantas dirinya menganggap orang lain lebih tidak berharga, lebih rendah, dan tak bermakna. Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam bersabda,
"Tidaklah ada dalam tawadhu' itu kecuali akan mengangkat darjat seorang hamba. Maka, rendah hatilah nescaya Allah akan mengangkat darjat kalian." (HR Ad-Dailami). "Barang siapa rendah hati kerana Allah, Allah akan angkat (kedudukannya)." (HR Ahmad dan Ibnu Majah). Dan ALLAH Azza Wa Jalla .Berfirman : Dan, Allah tentu akan memperlakukan orang yang berlaku sebaliknya, yang sombong akan Allah rendahkan darjatnya sebagaimana yang menimpa iblis yang durhaka pada Tuhannya. "Dan (ingatlah), tatkala Kami berfirman kepada para malaikat, 'Sujudlah kamu semua kepada Adam', lalu mereka sujud kecuali iblis. Dia berkata, 'Apakah aku akan sujud kepada orang yang Engkau ciptakan dari tanah'?" (QS Al-Isra 17: 61). Rendah hati adalah mahkota orang-orang soleh..hiasan diri kaum mukmin sejati. Rendah hati adalah ubat yang menyembuhkan kesombongan dan mematikan keangkuhan, mengerdilkan sifat takbur.Tak banyak orang yang mampu berlaku rendah hati kerana ia memang sifat mulia yang hanya bisa dimiliki oleh orang-orang mulia, ia sikap terhormat yang hanya pantas disandang pada pundak orang-orang terhormat pula...

Monday, August 1, 2011

Fadhilat Solat Terawih

Assalamualikum w.b.t....


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan:

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.


Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibu bapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arash supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan AL-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah swt mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah swt tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat: Hai Hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibu bapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah swt tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada Nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru hara di Padang Mahsyar).

Malam 23 - Allah swt binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada Nur.

Malam 24 - Allah bukakan peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan kepada orang bertarawih pahala pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Siratulmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah swt kurniakan kepadanya 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah swt kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah swt beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

“Hai hambaKu: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama Salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’”.

Wallahua'lam...