Rasulullah SAW bersabda, "Kamu semua harus berpegang teguh kepada sunnahku (setelah Al Qur'an) dan sunnah khulafa' rasyidin yang mendapat petunjuk Allah sesudahku. Berpeganglah dengan sunnah itu dan peganglah ia kuat-kuat, serta jauhilah perkara yang diada-adakan (dalam agama), kerana setiap perkara yang diada-adakan itu adalah bid'ah, dan setiap bid'ah itu sesat." (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi).

Tuesday, March 8, 2016


 
Setelah kedua ayat pertama Surat Al-Mulk ini, Allah Ta'ala
menghubungkan hakikat ini dengan seluruh alam dalam bidang yang seluas-luasnya dan setinggi-tingginya. Segala pembicaraan yang disebut dalam ayat-ayat ini merupakan kesan-kesan dari tujuan ayat yang pertama dan merupakan gejala-gejala kekuasaan Allah pentadbiran kerajaan alam,
juga gejala-gejala dari qudrat Allah yang tidak terikat dengan ikatan apapun. Di samping itu ayat-ayat ini juga memberikan penjelasan pada ayat kedua yang menerangkan penciptaan mati dan hidup untuk menguji manusia dan kemudian memberi balasan kepada mereka.

Al-Qur'an menarik pandangan manusia kepada ciptaan-ciptaan Allah, khususnya penciptaan langit dan umumnya penciptaan seluruh makhluq yang lain. Allah mengajak manusia memikirkan ciptaan-ciptaan-Nya dan mengajarkan kepada kita tentang kesempurnaan penciptaan itu. Dalam hal ini Allah menantang kita untuk mengamati dengan seksama langit yang begitu kokoh; dan meyakinkan kita bahwa kita tidak menemukan kecacatan sedikitpun dalam ciptaan Allah; semuanya teratur dengan seimbang dan rapi.

...Kamu sekali-kali tidak melihat pada ciptaan Tuhan Yang Maha Pemurah sesuatu yang tidak seimbang.....[ayat 3]

Di sana tidak ada kecacatan ataupun cela, tidak ada kekurangan dan tidak ada yang kacau balau.

Kemudian Allah Ta'ala menantang kita sekali lagi untuk meng-amati dengan lebih teliti dan seksama terhadap ciptaan-Nya, berulang-ulang.
====================================================================
....Maka lihatlah berulang-ulang, adakah kamu lihat sesuatu yang tidak seimbang? kemudian pandanglah sekali lagi niscaya penglihatanmu akan kembali kepadamu dengan tidak menemukan sesuatu cacat dan penglihatanmu itupun dalam keadaan payah. [ayat 3-4]
=============================================================
TAFSIR SURAH AL MULK AYAT 2






الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Yang menciptakan kematian dan kehidupan
Untuk menguji kamu
Siapakah yang lebih baik amalannya
Dan DIA adalah YANG MAHA BERKUASA
Dan YANG MAHA PENGAMPUN"
-------------------------------------------------------------------

AL MAUT & AL HAYAT(Kematian & Kehidupan)

*Allah menyebut "Al Maut" sebelum "Al hayat" untuk memberikan penekanan dan mencuri fokus manusia yang diciptakanNYA bahawa kehidupan selepas mati adalah kehidupan yang sebenarnya, kerana kehidupan dunia hanyalah terlalu singkat nisbah kepada kehidupan akhirat.

*Sebagai AL MALIK (Raja) yang mempunyai AL MULK (pemerintahan), DIA adalah PENCIPTA (AL KHALIQ). Dia menciptakan kehidupan dunia sebagai ujian kelansungan kehidupan akhirat nanti...sebagai pembuktian kepada manusia itu sendiri terhadap segala amalannya.
---------------------------------------------------------------------

AHSANU (LEBIH BAIK):

Amalan itu mempunyai peringkat2nya.
Contohnya solat tahajud...Ia adalah suatu amalan yang BAIK. Dan Jika sesaorang itu melakukannya walau hanya sekali sekala, ia tetap satu amalan mulia & baik....namun jika dilakukan secara istiqamah,walaupun sedikit, maka itu adalah LEBIH BAIK.
----------------------------------------------------------------------

AL 'AZIZ (YANG MAHA BERKUASA)
* Sebagai AL MALIK (RAJA SEGALA RAJA)...bukan sekadar raja kepada alam dunia...tapi juga kepada alam akhirat....maka DIA adalah AL 'AZIZ yang memiliki kuasa tertinggi & paling berkuasa.

* Selaku hamba yang bersifat segala kekurangan, mereka pasti pernah melakukan dosa. Dan Allah menjanjikan keampunan untuk mereka selaku AL AZIZ. terhadap yang mahu bertaubat.
-----------------------------------------------------------------------

*AL GHAFUR (YANG MAHA PENGAMPUN)
Bermakna....
~ mengampuni secara meNUTUP dosa
~ MengHAPUSkan dosa
~ Memaafkan berULANG-ULANG
.........................................................................................

PENGGABUNGAN SIFAT AL'AZIZ & AL GHAFUR
* Sifat pemerintah yang tertinggi itu mempunyai kuasa yang teratas....Yang juga mampu mengampuni dengan PENGAMPUNAN YANG SEMPURNA....

* Rujukan: Tafsir AL MISBAH.

TAFSIR SURAH AL MULK AYAT 1


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan)
Tuhan yang menguasai seluruh pemerintahan
Dan DIA Maha Kuasa atas segala sesuatu
---------------------------------------------------------------

~TABAARAK (Maha berkat/suci):
Allah memulakan surah ini dengan satu kejutan...
Untuk menarik seluruh perhatian manusia
Dengan kalimah TASBIH
Kerana seluruh alam ini bergema dengan kalimah ini
Seluruh malaikat & seluruh alam bertasbih kepadaNYA
---------------------------------------------------------------

~BIYADIHI( DitanganNYA):
Maha suci Allah daripada sifat berjisim.

Sikap salafussoleh:
1. Tanpa ta'wil:
“ Dan tidaklah mengetahuinya (ayat ‘Mutasyabihat itu) melainkan Allah dan mereka yang teguh keilmuannya…” (Ali Imran:7)

2.Dengan ta'wil:
Dengan merujuk kepada sifat QUDRAH Allah.

*Adapun golongan wahabi, mereka mengkufurkan semua golongan yang membuat ta'wil kepada ayat mutasyabihat,namun pada waktu sama mereka sendiri telah menta'wil dengan cara BATIL & TAJSIM...dengan mengatakan Allah mempunyai tangan.
-----------------------------------------------------------------------------

AL MULK (Pemerintahan):
Seluruh alam ini ...
bukan sekadar alam dunia ini
tapi juga seluruh alam akhirat
Berada dalam tadbir Allah...
Dialah Raja bagi kehidupan dunia ini
Dialah juga Raja bagi kehidupan diakhirat nanti...
--------------------------------------------------------------------

'ALA KULLI SYAI'IN QADIIR (Berkuasa atas segala sesuatu):
Tiada siapa pun yang dapat mengganggu-gugat seluruh pentadbiran alam ini...
Segalanya tunduk kepada QudrahNYA
Segalanya patuh kepada IradahNYA
Dan tiada siapa yang dapat mencabar pemerintahanNYA
-------------------------------------------------------------------------

Ayat ini adalah satu seruan
Untuk menggugah jiwa manusia
Supaya MENYAKINI...
TUNDUK PATUH...
MENYERAH....
Kepada Allah pentadbir seluruh alam
Dan akur kedudukan kita hanyalah sebagai hambaNYA
Yang wajib melaksanakan seluruh tuntutan TAKLIF ILAHI
Sebagaimana patuhNYA seluruh alam ini yang selalu bertasbih kepada Allah....
Dan seluruh kehidupan dunia akan dipertanggungjawabkan di alam akhirat nanti...
Di mana Allah juga adalah RAJA di sana...

Saturday, June 7, 2014

Semoga Amalan Diterima

Cara solat khas untuk wanita
"Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa"



Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..

Sebuah artikel khusus dipinjam untuk tatapan para muslimah dan mukminah. Walaupun penulis asalnya tidak dapat dikenalpasti namun mudah- mudahan banyak darinya dapat kita jadikan pedoman dalam memperbaiki diri insha ALLAH.

Selamat menimba ilmu..


Baiki cara solat khas untuk perempuan. Ingatlah.. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita.

Kaum lelaki tolong forwardkan pada kawan2 perempuan anda dan isteri.

Ilmu yang terlalu bernilai, rugi kalau tak dikongsi bersama. Topik adalah mengenai adab2 solat. Bila pergi solat di tempat awam, lihat macam2 gaya org dirikan solat, baru kini timbul kesedaran utk kongsi cara betul solat bagi muslimah agar solat kita berkualiti.

Bagaimana solat yg tidak berkualiti diterima Allah...umur dah lanjut macam ni pun solat masih di peringkat mediocre, itu pun kalau boleh di kategorikan begitu. Secara ringkasnya, sebelum memulakan solat, kita dicadangkan mengambil masa 2 minit untuk "menyediakan diri" sblm menghadap Yg Esa.

2 perkara yg elok dilakukan sebelum berniat utk solat sewaktu kita berdiri tegak sblm lafaz niat :

1. Minit pertama - Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak utk diberi peluang menghadap yg Esa. Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal-lah.

2. Minit kedua - Membangkitkan rasa BERTUHAN. Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya. Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hamba2nya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua2 perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetul2kan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sbg wanita dan selayak2nya adab utk menghadap Tuhan.

1) Mengangkat takbir - ada 3 cara mengangkat takbir :
i. Dgn meletakkan kedua2 ibu jari di bawah cuping telinga
ii. Dgn meletakkan kedua2 jari telunjuk di bawah cuping telinga
iii. Mengangkatkedua2 tgn sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua2 lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan2 yg berupa kambing hitam gemar bergayut2 dicelah lengan(bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya
kedua2 lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

2) Qiyyam - cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah2 menyentuh ulu hati. Tangan kanan diletakkan di atas tgn kiri agak2 selesa. Pastikan kedua2 lengan adalah rapat mendekati badan.

3) Rukuk - peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan. Kedua2 tgn melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut. Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah). Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.

4) 'Iktidal - tegakkan badan semasa membaca "Sami Allahuliman hamidah..." dan mengangkat tgn posisi takbir ketika membaca "rabbanaa lakal hamdu"

5) Sujud - sujud dari segi istilah ialah "penyerahan diri yg tertinggi". Tertib sujud ialah dgn meletakkan kedua2 lutut ke lantai, baru diikuti tapak tgn dan seterusnya dahi. Kedua2 tgn dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua2 tgn dan di situlah dahi diletakkan. Jgn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari shj).Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.

6) Duduk antara 2 sujud - ada 2 cara : i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.

7) Bangun selepas sujud - duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging. Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua2 tgn.

8)Tahiyyat - mengangkat telunjuk pada ketika menyebut "....illallahh.
." ( "laa ilaa ha ILLALLAH") Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.

9) Salam - tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah.Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.

10) Berdoa sesudah solat - seelok2 duduk ialah dgn melapikkan papan punggung dgn kedua2 kaki. Tgn diangkat separas dada dan berdoalah dlm keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dgn tgn yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

Perlu diingatkan bahawa kain yg digunakan utk solat juga perlu menepati ciri2 yg tertentu. Antaranya:

1) Tidak jarang. Rata2 kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seelok2nya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan 2 lapis kain).

Ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dlm dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tgn tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

2) Kadang2 sewaktu musafir, ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung shj (tak payah org lain, saya pun begini).
Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan shj digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaik2nya pakai stokin yg tebal (ustazah mencadangkan stokin yg lazim dipakai ketika bersukan) ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

3) Adakain telekung yg indah bersulam dan berkerawang.
Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut pjg,jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung,
rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati2lah. Sama2lah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama.

Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Saya akui, terasa agak berat.
Pengalaman saya, oleh kerana telekung saya agak jarang, saya kini memakai tudung labuh di dlm telekung setiap kali solat sambil berazam utk membeli telekung yg lebih baik kualitinya. Walaupun kadang2 terasa panas ketika solat saya gagahkan juga. Yg penting, saya mencuba seboleh2nya untuk mendapatkan solat yg diterima Allah, walaupun dari segi khusyuk solat, saya masih merangkak. Yg penting, kita kena ingat, inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi.

Jgn pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna.

‘Biar susah sekarang, jangan susah di alam baqa'.

**Dari Abdullah bin Amr r.a.,Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..**


Perkongsian daripada sahabat FB

Tuesday, June 3, 2014

Jangan Panjang Angan-angan



Allah Berfrman....
"Aku bersaksi tiada Tuhan selainKU
Tiada sekutu bagiKU
Dan Muhammad adalah hambaKU & RasulKU
Siapa yang tidak rela terhadap ketentuanKU
Tidak sabar terhadap ujianKU
Tidak mensyukuri ni'matKU
Maka hendaklah dia mencari Tuhan lain selainKU

Siapa yang sedih terhadap kehidupan dunianya
Seolah-olah dia sedang marah kepadaKU.
Siapa yang mengeluh atas suatu musibah
Bererti dia telah mengeluh tentangKU

Siapa yang mendatangi orang kaya
Lalu ia merendahkan dirinya kerana kekayaan orang itu
Maka hilanglah duapertiga agamanya.

Siapa yang memukul wajahnya(kerana kesedihan) kerana kematian seseorang
Seolah-olah ia telah mengambil tombak untuk memerangiKU
Siapa yang mematahkan kayu di atas kubur (kerana kesedihan)
Seolah-olah dia telah menghancurkan Ka’abahKu dengan tangannya.

Siapa yang tak peduli dari mana ia mendapat makanannya
Maka Allah juga tak peduli dari pintu mana
Dia akan dimasukkan ke Neraka Jahannam

Siapa yang tidak bertambah agamanya
Bererti dia telah merugikan dirinya
Maka mati adalah lebih baik baginya.

Siapa yang mengamalkan apa yang dia ketahui
Maka Allah akan mewariskan untuknya ilmu yang tidak dia ketahui.
Dan siapa yang panjang angan-angan
Maka amalnya menjadi tidak ikhlas.

(Hadis Qudsi dari Kitab susunan Imam Al Ghazali)


Perkongsian Drp Sahabat Fb: Pn.Hjh Paridah Mohamad
 

Saturday, May 3, 2014

PESAN SAHABAT

"Carilah TANGAN yang akan mengenggam kita saat kita JATUH.

MATA yang selalu melihat kebaikan kita pada saat kita TAK SEMPURNA,
Dan HATI yang sentiasa menerima kita pada saat kita dalam KESUSAHAN". 


TENTANG TAHMID( Memuji Allah )

 

Dan katakanlah: “Segala puji bagi Allah Yang tidak mempunyai anak dan tidak mempunyai sekutu dalam kerajaan-Nya dan Dia bukan pula hina yang memerlukan penolong dan agungkanlah Dia dengan pengagungan yang sebesar-besarnya. (Al Isra 17:111)

Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al Qur’an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya; (Al Kahfi 18:1)

Katakanlah: “Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba-Nya yang dipilih-Nya. Apakah Allah yang lebih baik, ataukah apa yang mereka persekutukan dengan Dia?” (An Naml 27 :59)

Dan Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, bagi-Nyalah segala puji di dunia dan di akhirat, dan bagi-Nyalah segala penentuan dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan. (Al Qoshos 28:70)

Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya. (Saba' 34: 1) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (al Fatihah 1:2)

Doa ucapan mereka di dalam Syurga itu ialah Maha Suci Engkau dari segala kekurangan wahai Tuhan! Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera! Dan akhir doa mereka ialah segala puji dipersembahkan kepada Allah yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam! (Yunus 10:10)

Dia lah Yang Tetap Hidup; tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; maka sembahlah kamu akan Dia dengan mengikhlaskan amal ugama kamu kepadaNya semata-mata. Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. ( Ghafir 40:65)

Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka, serta mereka dihakimi dengan adil; dan (masing-masing bersyukur akan keputusan itu dengan) mengucapkan: “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam!” (az Zumar 39:75)

Serta (ingatlah bahawa) segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam. (as Saffaat 37:182)

Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya. Dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): “Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam”. (al An'am 6:45)

Ingatan dan Perkongsian Drp: Pn.Hjh Paridah Mohamad (Sahabat FB)

Saturday, February 8, 2014

Garam Oh Garam

Pesan seorang Ustazah...
Buat Tukang Masak, Suri rumahtangga dan siapa saja yg suka masak ini.Ini cara betul mengunakan garam dan juga untuk rawatan mengikuti cara Rasulullah.

Kita disogok dgn fakta palsu; Ambil garam lebih boleh kena darah tinggi (Ini protokol yahudi)

Back to cara hidup Nabi (SAW), Sebelum makan Nabi (SAW) letak secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan dimakan. Sampai di tempat baru, Nabi (SAW) ambil garam dulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat baru. Untuk ubat penyakit rohani, air perlu dicampur garam terutama sihir dan santau. Kenapa?

Allah dah cipta garam adalah penarik toksid/asid/racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif, (pengamalan Pengamal Perubatan Islam untuk bersih rumah atau pagar rumah perlu tabur garam di sekeliling rumah. Garam juga unsur yg boleh balance balik sistem tubuh kita. ini sunnah kita.

Tapi garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu tinggi/panas. Maksudnya kalau nak masak, guna garam bukit dan jangan bubuh garam masa makanan menggelegak atas dapur. Tutup api dan biar suhu turun dulu. Baru letak garam. Kita panggil bubuh garam atas darat macam orang arab buat; Bubuh garam masa nak makan.

Sebab?

Garam ada sodium dan potassium. Tubuh perlu potassium lebih. Kalau dalam suhu panas, garam hanya tinggal sodium. Potassium rosak dalam suhu panas. Sebab tu kena darah tinggi.




Seelok-eloknya di tempat makan sentiasa ada mangkuk kecil garam dan sunnah Rasulullah SAW mencalit secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan diletakkan ke lidah bahagian depan. Ianya akan mengaktifkan kelenjar enzim penghadaman.

Wallahu'alam.

Taken from Ustazah Masjid KLIA...perkongsian daripada https://www.facebook.com/www.moh.gov.my

Friday, February 7, 2014

♥ Untukmu Sebuah Hati ♥


★ Untuk sebuah hati yg masih menanti. Menantilah dengan cinta. Cinta yang senantiasa membuatmu selalu menerima akan kehendakNya. Suatu saat kau akan tahu, penantianmu kerana cintaNya bukanlah penantian yg sia2.

★ Untuk sebuah hati yg masih menunggu. Menunggulah dgn senyuman. Senyuman tulus yg kau berikan pd stiap org yg mempertanyakannya. Katakan padanya, aku tak pernah kesepian, dengan segenap kasih-Nya

★ Untuk sebuah hati yg masih mencari. Mencarilah dgn ikhtiar. Ikhtiar yg suci tanpa paksaan waktu, ikhtiar penuh doa dan harapan, ikhtiar yang suci di atas jalanNya

★ Untuk sebuah hati yg masih merindu. Merindulah tanpa nafsu. Nafsu yg selalu membuatmu lemah. Rinduilah Allah, yg senantiasa membuatmu kuat. Suatu ketika nanti kau akan mengerti, cinta dan rindu padaNya adalah penantian yang terindah..

°¤♣¤°Akrab Persahabatan Kerana Allah SWT°¤♣¤°

Monday, July 29, 2013

SUNNAH BERZIKIR

http://www.facebook.com/pages/Sunnah-Rasulullah-saw-Ya-Rasulullah-kami-mencintai-mu/128636130551164

Bacalah Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar, Lailahaillah (zikir Fatima) dengan istiqamah dan kiralah dengan jari-jarimu kerana jari-jari ini akan menjadi saksi pada hari kiamat. (HR Tarmizi)

Daripada Jabir bin Abdullah RA katanya: Apabila melalui tempat tinggi kami bertakbir dan bertasbih apabila menuruni ke tempat rendah. (Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yang membaca Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali dan Allahu akbar 33 kali, lalu di genapkan menjadi 100 kali dengan membaca Laa Ilaha Illa Allahu Wahdahu Laa Syarika Lahu, Lahu al-Mulku Wa Lahu al-Hamdu Yuhyi Wa Yumiitu Wa Huwa ‘Ala Kulli Syai in Qadir selepas solat fardhu maka di ampuni dosanya walau sebanyak buih di lautan." (HR.Imam Muslim)

Daripada Aisyah RA katanya, Rasulullah SAW menyebut Allah dalam setiap masa. (Riwayat Muslim)

Daripada Ali katanya: Fatimah RA mengadu tentang apa yang terjadi pada tangannya sebab menggiling. Beliau pergi mengadap Rasulullah SAW untuk memohon seorang pembantu tetapi baginda tiada.beliau meninggalkan pesan terhadap Aisyah. Apabila Rasulullah SAW kembali Aisyah memberitahu baginda. Kata Ali RA: Baginda datang menemui kami di tempat tidur, lalu aku berdiri untuk menyambut. Baginda bersabda:duduklah, lalu baginda dua bersama kami sehingga aku dapati kaki baginda terasa sejuk di atas dadaku. Baginda bersabda: Mahukah aku tunjukkan kepada kamu berdua apa yang lebih daripada pembantu? Apabila kamu ke hamparan tidur atau tempat berbaring bertakbirlah 33 kali bertasbih 33 kali dan bertahmid 33 kali Ini lebih baik bagi kamu daripada pembantu Kata Ibnu Sirin tasbih adalah sebanyak 34 kali.
(Riwayat Muttafaqun Alaihi)

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda "Allah berfirman,: Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu di antara keduanya. Disebutkan dalam satu hadis yang lain, "Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu" (HR Imam Ahmad)

Hendak mengucapkan inalilahi wa inna ilahi raaj'i uun apabila ditimpa musibah walaupun tercabut tali seliparnya (Tanbihul Ghafilin)

Baca Bismillah apabila hendak telah air minuman dan Alhamdulillah apabila selesai telan air minuman. (Bukhari)

Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya Allah Yang Maha Memberkahi lagi Maha Tinggi memiliki banyak malaikat yang selalu mengadakan perjalanan yang jumlahnya melebihi malaikat pencatat amal, mereka senantiasa mencari majelis-majelis zikir. Apabila mereka mendapati satu majelis zikir, maka mereka akan ikut duduk bersama mereka dan mengelilingi dengan sayap-sayapnya hingga memenuhi jarak antara mereka dengan langit dunia. Apabila para peserta majelis telah berpencar mereka naik menuju ke langit. Beliau melanjutkan: Lalu Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung menanyakan mereka padahal Dia lebih mengetahui daripada mereka: Dari manakah kamu sekalian? Mereka menjawab: Kami datang dari tempat hamba-hamba-Mu di dunia yang sedang mensucikan, mengagungkan, membesarkan, memuji dan memohon kepada Engkau. Allah bertanya lagi: Apa yang mereka mohonkan kepada Aku? Para malaikat itu menjawab: Mereka memohon surga-Mu. Allah bertanya lagi: Apakah mereka sudah pernah melihat surga-Ku? Para malaikat itu menjawab: Belum wahai Tuhan kami. Allah berfirman: Apalagi jika mereka telah melihat surga-Ku? Para malaikat itu berkata lagi: Mereka juga memohon perlindungan kepada-Mu. Allah bertanya: Dari apakah mereka memohon perlindungan-Ku? Para malaikat menjawab: Dari neraka-Mu, wahai Tuhan kami. Allah bertanya: Apakah mereka sudah pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat menjawab: Belum. Allah berfirman: Apalagi seandainya mereka pernah melihat neraka-Ku? Para malaikat itu melanjutkan: Dan mereka juga memohon ampunan dari-Mu. Beliau bersabda kemudian Allah berfirman: Aku sudah mengampuni mereka dan sudah memberikan apa yang mereka minta dan Aku juga telah memberikan perlindungan kepada mereka dari apa yang mereka takutkan. Beliau melanjutkan lagi lalu para malaikat itu berkata: Wahai Tuhan kami! Di antara mereka terdapat si Fulan yaitu seorang yang penuh dosa yang kebetulan lewat lalu duduk ikut berzikir bersama mereka. Beliau berkata lalu Allah menjawab: Aku juga telah mengampuninya karena mereka adalah kaum yang tidak akan sengsara orang yang ikut duduk bersama mereka. (Shahih Muslim)

Monday, May 27, 2013

La haula wala quwwata illa billa


La haula wala quwwata illa billa

Tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah jua.

Rasulullah SAW bersabda, “Lahaula wala quwta illa billah adalah salah satu khazanah syurga.” (HR Bukhari dan Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang mengucapkan La Haula Wala Quwwata illa billah, maka ia akan menjadi ubat kepada 99 penyakit, yang paling ringan adalah kebimbangan”. (HR Tabrani)

INGATAN BUAT DIRIMU DAN DIRIKU


Berdoalah selalu.


1. Doa adalah sebagai pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.

2. Dengan berdoa akan meningkatkan lagi ketaqwaan dan kekuatan iman seseorang mukmin.

3. Allah amat mengasihi dan menyukai akan hamba-hambaNya yang selalu berdoa dan meminta sesuatu kepada-Nya.

4. Dengan berdoa akan mententeramkan jiwa kita, menjadi penawar dan penenang kepada hati yang bersedih. Firman Allah, 'Ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang'. (surah Ar-Ra'du ayat 28).

5. Berdoa adalah ubat penyembuh bagi segala jenis penyakit yang ada pada diri manusia sama ada penyakit zahiriah mahupun penyakit batiniah.

6. Doa merupakan tali penghubung di antara anak dengan kedua ibu bapa yang telah meninggal dunia maka doa dari anak-anaknya yang soleh amatlah dinantikan untuk mendoakan kesejahteraan mereka di dalam kubur. Bersabda Rasulullah, 'Apabila anak Adam meninggal dunia, maka putuslah semua amalannya melainkan 3 perkara iaitu, sedekah jariah, ilmu yang manfaat dan anak yang soleh yang (setiasa) mendoakannya'. (H.R.Bukhari dan Muslim)

7. Dengan berdoa Allah akan membukakan pintu rahmat-Nya kepada manusia. Bersabda Rasulullah, 'Doa itu adalah anak kunci kepada pintu rahmat'. (H.R.Ad-Dailami)

8. Doa adalah penghubung dan pengikat tali persaudaraan dan kasih sayang di antara sesama mukmin. Bersabda Rasulullah, 'Doa seseorang mukmin terhadap saudaranya (mukmin) secara diam-diam, pasti diperkenankan oleh Allah. (H.R.Muslim)

Wednesday, January 2, 2013

~PUASA SUNAT 2013~

Jadual puasa sunat & Ramadhan sepanjang tahun 2013 untuk kita amalkan...insya ALLAH.

Perkongsian daripada Ustaz Don Daniyal
Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri ra berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Maksudnya: "Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan ALLAH nescaya ALLAH akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan) 70 tahun." - Hadis Riwayat Bukhari

Sunday, December 30, 2012

~ Rahsia Surah Al-Kautsar~

 
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.


[Perkongsian daripada sahabat FB]

Saturday, December 22, 2012

~ Doa Untuk Menghindari Gangguan Syaitan ~


أَعُوذُ بِاللهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ مِنْ هَمْزِهِ وَنَفْخِهِ وَنَفْثِهِ


Maksudnya : "Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada gangguan syaitan yang direjam, daripada celaan, hembusan dan bisikannya."

(Riwayat Abu Daud no. 775)
 

~ Doa Ketika Merasa Sakit Pada Bahagian Tubuh~

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Perkongsian ilmu daripada seorang sahabat FB...jom amalkan

✿Letakkan tangan pada bagian tubuh yang terasa sakit, lalu ucapkan (sebanyak tiga kali):

Bismillaah (Dengan menyebut nama Allah)

✿Kemudian ucapkan sebanyak tujuh kali:

A’uudzu billaahi wa qudratihii min syarri maa ajidu wa uhaadziru

“Aku berlindung kepada Allah dan kekuasaannya dari keburukan apa yang aku rasakan dan aku khawatirkan. aamiin
(Hadits Riwayat Muslim 4/1728)
 
 

Saturday, December 15, 2012

~SaLaM~




Tambah kapsyen
KEBAJIKAN yang paling ringan adalah
Menunjukkan muka yang berseri seri dan
Kata-kata yang lemah lembut.

(Saidina Ali bin Abi Talib)

~19 Hadis mengenai wanita~


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat\kan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhakterhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu,maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
 
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

"Jadi,janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."


SEKADAR PERKONGSIAN UNTUK RENUNGAN BERSAMA...
 


Friday, August 24, 2012

~UNTUK INGATAN~

APA YANG TERJADI PADA TUBUH KITA SETELAH DIKUBURKAN ?

Sesungguhnya mayat di dalam kubur akan melalui beberapa fasa perubahan. Berikut ini adalah fasa tersebut secara ringkas sejak malam pertama di alam kubur sehingga 25 tahun berikutnya.


Malam Pertama
Setelah dikuburkan, pembusukan bermula pada daerah perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang anak cucu Adam saling bergulat dan menjaganya di dunia. Setelah itu, jasad akan mula berubah menjadi hijau kehitaman. Setelah berbagai solekan dan alat-alat kecantikan semasa hayat di dunia, setelah meninggal dunia manusia hanya akan memiliki satu warna sahaja.

Malam Kedua

Anggota-anggota tubuh yang lain seperti limpa, hati, paru-paru dan lambung akan mula membusuk.

Hari Ketiga

Anggota-anggota tubuh mula mengeluarkan bau yang busuk.

Setelah Seminggu

Wajah dan mata mula membengkak.

Setelah 10 hari

Tetap terjadi pembusukan pada anggota-anggota tubuh.

Setelah 2 Minggu

Rambut mulai gugur. Lalat hijau mulai mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat-ulat pun mula menutupi seluruh tubuh.

Setelah 6 Bulan

Semua anggota telah tiada yang tinggal cuma tulang rangka sahaja.

Setelah 25 Tahun

Rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, anda akan menemukan satu tulang yang sangat kecil disebut ‘Ajbudz Dzanab’ (tulang ekor), dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh ALLAH SWT pada hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati ALLAH, inilah tubuh yang selama ini kita jaga.

Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada ALLAH dengannya.
Oleh kerana itu, janganlah biarkan umur dan jasad kita dalam keadaan sia-sia janji ALLAH adalah benar.

Ya ALLAH, Dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-

MU. Ya ALLAH, jadikanlah kuburan kami sebagai satu taman dari taman-taman syurga dan jangan jadikan ianya sebagai satu lubang dari lubang-lubang api neraka.
Aaamiiin Ya Robbal Alamiiin.

Semoga bermanfaat bagiku dan kita semua.